• Decrease font size
  • Reset font size to default
  • Increase font size
Sila lawati laman web versi baru sepenuhnya di http://www.sukandaily.com.my/v4 | Laman web versi ini tidak akan dikemaskini | Harap Maklum

Sukandaily | Sport images at its best
WEB FOTOGRAFI TERBAIK SUKAN RAGBI DAN SUKAN FIT TOUCH


PENGUMUMAN

Pihak Sukandaily ini memaklumkan bahawa segala kandungan maklumat pada laman web versi ini tidak akan dikemaskini di mana pihak kami telah menaik taraf laman web ke versi baru sepenuhnya di http://www.sukandaily.com.my/v4

Walaubagaimanapun pihak kami tidak akan menutup terus laman web versi lama ini untuk rujukan para pelawat.

Sebarang kesulitan amat dikesali.


Keputusan Kejohanan Piala Agong 2014

Minggu Ke-3: 27 September 2014
Kump.
Pasukan
Mata
vs
Mata
Pasukan
A
PDRM
90
-
05
SELANGOR
B
KELANTAN
121
-
03
PERAK
C
NEGERI SEMBILAN
20
-
05
KEDAH
D
TERENGGANU
65
-
00
W.P KUALA LUMPUR

Keputusan Sepenuhnya

 

Sekiranya anda ingin perkongsian pautan laman web Sukandaily.com.my ini di laman web anda, anda boleh lakukan dengan meletakkan paparan berikut yang bersaiz 800x100 pixel


Salin kod di bawah ini dah letakkan di laman web anda
 
SCORPION TOUCH CEMERLANG DI SHANGHAI INTERNATIONAL
Ditulis oleh Sufiani   

Presiden FIT Mr. Erick ACKER dan Setiausaha Agong FIT Mr. Bill Ker menyampaikan hadiah tempat ke-2 kepada Scorpion Touch Putrajaya

Scorpion Touch Putrajaya berjaya merangkul tempat kedua di 11th Shanghai International Touch Tournament 2014. Pasukan bergambar dengan Presiden FIT Mr. Erick ACKER.


SHANGHAI CHINA - Malaysia selaku hos penganjuran Piala Dunia FIT Touch 9th Touch World Cup 2019 Malaysia sudah boleh menarik nafas lega apabila wakil tunggal Malaysia ke Shanghai, skuad Scorpion Touch Putrajaya dari Wilayah Persekutuan Putrajaya berjaya melangkah ke final kategori Mens Open 11th Shanghai International Touch Tournament di Bandaraya Shanghai baru-baru ini.

Kejohanan SITT 2014 anjuran Shanghai Touch menyaksikan tempat kedua menjadi milik Scorpion Touch Putrajaya. Malah keputusan ini menunjukkan Malaysia sudah memiliki pemain yang berpotensi besar untuk membawa cabaran negara menjelang penyertaan kali pertama Malaysia ke Piala Dunia FIT Touch ke-8 yang bakal berlangsung 27 April hingga 5 Mei 2015 di Coffs Harbour New South Wales Australia.

Read more...
 
Sinaran STAR lenyap di INSPEN
Ditulis oleh Encik Editor   

'HAKA' oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar Juara Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens 2014 setelah menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh 17 berbalas 7 di Stadium Inspen Kampus 2, Bangi.- FOTO: Sukandaily
'HAKA' oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar Juara Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens 2014 setelah menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh 17 berbalas 7 di Stadium Inspen Kampus 2, Bangi.- FOTO: Sukandaily

Bangi: Kejohanan Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens menutup tirai bagi musim ini di mana menyaksikan pertemuan buku dengan ruas di antara Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dengan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (STAR) yang telah diadakan di Stadium INSPEN Kampus 2, Bangi.

Gadingan dua tonggak utama Khusainy Ishak yang juga bekas pemain kebangsaan dan khidmat jurulatih dari Fiji, Usaia Biumaiwai telah membawa sinar baru kepada pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar apabila berjaya mengalahkan musuh tradisi mereka Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh dengan skor 17 berbalas 7 sekali gus merampas takhta kejuaraan yang disandang pada musim lalu.

Read more...
 
STADIUM MBPJ KEMBALI BERGEMA - MALAYSIA SEVENS!
Ditulis oleh Encik Editor   

Barisan pemain ragbi kebangsaan semasa sidang media yang telah diadakan di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.- FOTO: Sukandaily
Barisan pemain ragbi kebangsaan semasa sidang media yang telah diadakan di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.- FOTO: Sukandaily


KUALA LUMPUR - Hasrat untuk mengadakan Kejohanan Ragbi Malaysia Sevens di Stadium Merdeka tidak kesampaian apabila pihak pengurusan stadium telah membatalkan tempahan di saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun dengan usaha yang dilaksanakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia untuk mendapatkan gelanggang berhasil apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya menangguh kerja kerja menaik taraf untuk memberi laluan bagi Kejohanan Ragbi Malaysia Sevens diadakan.

Sebanyak 12 pasukan akan beraksi di Kejohanan siri kedua selepas Hong Kong. Kejohanan ini amat penting kerana semua pasukan yang bertanding akan menjadikan kayu pengukur sejauh mana keupayaan mereka untuk merebut pingat di Sukan Asia yang akan diadakan di Incheon, Korea kelak.

Read more...
 
SSTMI menepati ramalan kejuaraan
Ditulis oleh Encik Editor   

Ketua Pasukan SSTMI Mohd Akmal Abdul Manaf(tengah) bersama Pengurus Pasukan Razbi Abdul Razak(kanan) dengan Piala Kejohanan Ragbi Super Cup KRM - Piala Tan Sri  Dato Wira  Abdul Halim bin Karim. - FOTO: Sukandaily
Ketua Pasukan SSTMI Mohd Akmal Abdul Manaf(tengah) bersama Pengurus Pasukan Razbi Abdul Razak(kanan) dengan Piala Kejohanan Ragbi Super Cup KRM - Piala Tan Sri Dato Wira Abdul Halim bin Karim. - FOTO: Sukandaily

Serdang: Pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) kini gah meluaskan kuasa mereka dalam arena kejohanan ragbi tanahair setelah berjaya menjulang Piala Tan Sri Dato Wira Abdul Halim bin Karim dengan menewaskan penyandang juara tahun lalu yakni pasukan Borneo Eagles RC setelah mengutip kutipan mata terakhir sebanyak 25 berbalas 6 yang telah berlangsung di padang A Universiti Putra Malaysia Serdang.

Read more...
 
More Articles...
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2
Sila lawati laman web versi baru sepenuhnya di http://www.sukandaily.com.my/v4 | Laman web versi ini tidak akan dikemaskini | Harap Maklum