Misi Kelantan untuk kejuaraan treble

Sukandaily - Kelantan juara Kejohanan Ragbi Piala Agong 2012

Kelantan dalam misi mengejar kejuaraan treble setelah dinobat juara dua tahun berturut-turut. Foto – Sukandaily

Kejohanan Piala Agong yang merupakan acara kemuncak bagi sukan ragbi Tanah Air adalah amat dinanti-nantikan oleh semua pasukan ragbi negeri seluruh Malaysia termasuk dari Sabah, Sarawak dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) serta pasukan Polis DiRaja Malaysia malah di antara kejohanan yang dinantikan oleh sebahagian besar peminat ragbi tempatan.

Kejohanan yang masuk edisi ke-31 bagi tahun 2013 ini pasti menarik perhatian untuk menyaksikan sama ada pasukan Kelantan dapat mengekalkan prestasi mempertahankan kejuaraan yang telah disandang sebanyak tiga kali berturut – turut sejak 2010. Pasukan Kelantan yang berada di dalam Kumpulan A bersama dengan Johor, Melaka dan Perak akan memulakan cabaran pertama dengan menentang pasukan Melaka di padang Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Bagi pasukan Johor pula akan bertandang di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR), Ipoh untuk menentang pasukan Perak yang turut berada di dalam kumpulan A.

Sementara itu pasukan Negeri Sembilan selaku penyandang naib juara pada edisi sebelumnya akan berdepan dengan pasukan Selangor dalam kumpulan B di padang Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Manakala pasukan Kedah selaku tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan ATM dan pasukan Kuala Lumpur akan menentang pasukan Terengganu di padang Sekolah Menengah Victoria,Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan yang sama Polis DiRaja Malaysia akan diuji oleh Terengganu dalam Kumpulan B di padang PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kejohanan ini yang dijadualkan akan berlansung selama 6 minggu dijangkakan pusingan akhir akan berlansung pada 15 Disember 2013 nanti.

Kepada semua pasukan yang bertanding kami ucapkan selamat maju jaya.


Senarai Kumpulan:
======================
Senarai Kumpulan A
======================
1.) KELANTAN
2.) MELAKA
3.) JOHOR
4.) PERAK

======================
Senarai Kumpulan B
======================
1.) NEGERI SEMBILAN
2.) SELANGOR
3.) Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
4.) PAHANG

======================
Senarai Kumpulan C
======================
1.) KEDAH
2.) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
3.) TERENGGANU
4.) KUALA LUMPUR

======================
Senarai Kumpulan D
======================
1.) SABAH
2.) SARAWAK

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X