Sinaran STAR lenyap di INSPEN

'HAKA' oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar Juara Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens 2014 setelah menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh 17 berbalas 7 di Stadium Inspen Kampus 2, Bangi.- FOTO: Sukandaily

‘HAKA’ oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar Juara Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens 2014 setelah menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh 17 berbalas 7 di Stadium Inspen Kampus 2, Bangi.- FOTO: Sukandaily

Bangi: Kejohanan Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens menutup tirai bagi musim ini di mana menyaksikan pertemuan buku dengan ruas di antara Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dengan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (STAR) yang telah diadakan di Stadium INSPEN Kampus 2, Bangi.

Gadingan dua tonggak utama Khusainy Ishak yang juga bekas pemain kebangsaan dan khidmat jurulatih dari Fiji, Usaia Biumaiwai telah membawa sinar baru kepada pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar apabila berjaya mengalahkan musuh tradisi mereka Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh dengan skor 17 berbalas 7 sekali gus merampas takhta kejuaraan yang disandang pada musim lalu.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang turut menjuarai Liga Super Six tahun ini turun sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan akhir Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens, namun pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar ternyata lebih menyerlah dengan kombinasi pemain-pemain yang mantap dapat menyekat rentak pergerakkan lawan hingga ke wisel penamat.

Pergerakkan Flyhalf Kolej Melayu Kuala Kangsar Mohamad Faris bin Pead(tengah) berjaya dikekang oleh pemain Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh semasa perlawanan akhir Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens yang diadakan di Stadium Inspen Kampus 2, Bangi.- FOTO: Sukandaily

Pergerakkan Flyhalf Kolej Melayu Kuala Kangsar Mohamad Faris bin Pead(tengah) berjaya dikekang oleh pemain Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh semasa perlawanan akhir Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens yang diadakan di Stadium Inspen Kampus 2, Bangi.- FOTO: Sukandaily

Pemain flyhalf Kolej Melayu Kuala Kangsar Mohamad Faris bin Pead yang juga telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir kejohanan menjadi pengerak utama memusnahkan impian Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh untuk mengekalkan kejuaraan buat kali kedua. Manakala pemain Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR), Muhammad A’azim Badarudin juga telah dianugerahkan penjaring terbanyak bagi musim ini. Pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) selaku juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000 beserta trofi

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan mutu permainan yang amat membanggakan serta menunjukkan bahawa sukan ragbi di peringkat sekolah telah mencapat tahap yang tinggi sekali gus mengangkat martabat kejohananan ini yang berprestij yang mampu memikat syarikat-syarikat ternama selaku penaja.

Kejohanan tahunan ini membabitkan enam buah sekolah iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (STAR), Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (SDAR), Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS), Sekolah Menengah Sains Selangor Kuala Lumpur (SMSS) dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor Ulu Yam (Semashur).

DYMM Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah yang turut hadir telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan akhir Malaysian Super Six Schools Rugby Fifteens ini.


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 1.532 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X