Scorpion Touch cemerlang di Shanghai

Scorpion Touch Putrajaya berjaya merangkul tempat kedua di 11th Shanghai International Touch Tournament 2014. Pasukan bergambar dengan Presiden FIT Mr. Erick ACKER.

Scorpion Touch Putrajaya berjaya merangkul tempat kedua di 11th Shanghai International Touch Tournament 2014. Pasukan bergambar dengan Presiden FIT Mr. Erick ACKER.

SHANGHAI CHINA – Malaysia selaku hos penganjuran Piala Dunia FIT Touch 9th Touch World Cup 2019 Malaysia sudah boleh menarik nafas lega apabila wakil tunggal Malaysia ke Shanghai, skuad Scorpion Touch Putrajaya dari Wilayah Persekutuan Putrajaya berjaya melangkah ke final kategori Mens Open 11th Shanghai International Touch Tournament(SITT) di Bandaraya Shanghai baru-baru ini.

Kejohanan SITT 2014 anjuran Shanghai Touch menyaksikan tempat kedua menjadi milik Scorpion Touch Putrajaya. Malah keputusan ini menunjukkan Malaysia sudah memiliki pemain yang berpotensi besar untuk membawa cabaran negara menjelang penyertaan kali pertama Malaysia ke Piala Dunia FIT Touch ke-8 yang bakal berlangsung 27 April hingga 5 Mei 2015 di Coffs Harbour New South Wales Australia.

Terdahulu, Scorpion Touch Putrajaya berjaya mempamirkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan setelah mereka berjaya menewaskan semua pasukan di dalam Kumpulan B. Scorpion Touch Putrajaya menewaskan Beijing Touch (7-2), tewaskan Singapore Bucks (4-2), tewaskan pasukan tuan rumah Shanghai Dragons (6-1) dan tewaskan Shanghai T-Rax (8-1). Scorpion Touch Putrajaya muncul juara Kumpulan B.

Pertembungan sengat Scorpion Touch Putrajaya menentang Hong Kong Blue Dragons. Amirul Haziq Hasdi mengatur serangan balas di kejohanan 11th Shanghai International Touch Tournament 2014.

Pertembungan sengat Scorpion Touch Putrajaya menentang Hong Kong Blue Dragons. Amirul Haziq Hasdi mengatur serangan balas di kejohanan 11th Shanghai International Touch Tournament 2014.

Saingan Kumpulan A, Hong Kong Blue Dragons naib juara tahun lalu mendominasi semua perlawanan di Kumpulan A. Hong kong Blue Dragons menewaskan Shanghai Rhinos (13-1), tewaskan Shanghai Horny Wolves (11-1) dan menewaskan Guangzhou SCAU-China Touch World Cup Development Squad (7-0). Hong Kong Blue Dragons muncul juara Kumpulan A.

Separuh akhir, Scorpion Touch Putrajaya berjaya menewaskan Guangzhou SCAU (3-0) manakala Hong Kong Blue Dragons menewaskan Beijing Touch (6-0).

Perlawanan akhir, pertemuan selama 20 minit amat menterujakan para penonton apabila Scorpion Touch Putrajaya bermain bermati-matian menyerang dan bertahan dari serangan balas Hong Kong Blue Dragons yang membariskan pemain-pemain ternama bertaraf dunia dari tiga negara; Japan, Hong Kong dan Singapore. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada saingan 10 minit pertama dan masing-masing melakukan shut-down pada taktik-taktik menyerang di dalan zon serangan 5 meter. Setelah gagal membolosi benteng pertahanan Scorpion Touch Putrajaya, Hong Kong Blue Dragons menukar teknik bermain dan berjaya melakukan touchdown satu demi satu. Scorpion Terpaksa akur dengan jurang perbezaan pengalaman para pemain Hong Kong yang rata-rata 20 tahun lebih berpengalaman berbanding Malaysia. Hong Kong Blue Dragons menewaskan Scorpion Touch Putrajaya (5-1) di final Mens Open.

Scorpion Touch Putrajaya (biru kuning) bergambar dengan Hong Kong Blue Dragons selepas tamat aksi akhir Mens Open 11th Shanghai International Touch Tournament 2014.

Scorpion Touch Putrajaya (biru kuning) bergambar dengan Hong Kong Blue Dragons selepas tamat aksi akhir Mens Open 11th Shanghai International Touch Tournament 2014.

“Pada usia yang begitu muda bagi negara kita dalam Sukan FIT Touch, saya amat bangga melihat anak muda Malaysia meskipun ia hanya datang dari sebuah kelab kecil telah mampu bersaing di pentas dunia dan berjaya ke final Men Open SITT. Scorpion telah menimba banyak pengalaman dan mempelajari pelbagai kaedah baru di sini. Ia merupakan kenangan paling manis selama 3 tahun kami bergiat cergas dalam Sukan FIT Touch yang juga dikenali sebagai Touch Football di Australia dan New Zealand.” Ujar Sufiani.

“Kami ingin merakam jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat Presiden Perbadanan Putrajaya dan Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Talib Datuk Bandar Kuala Lumpur. Mereka telah banyak menolong kami sejak dari awal lagi.” Ujar Sufiani.

“Kejayaan ini hanyalah permulaan kepada suatu hasrat yang lebih besar, kami ingin menyumbang pemain-pemain yang berbakat besar dan berpotensi untuk mewakili Malaysia ke 8th Touch World Cup 2015 Australia dan 9th Touch World Cup 2019 Malaysia. Peluang untuk kita berjaya melalui sukan ini amat besar, malah ia sebuah sukan antarabangsa yang dimainkan lebih 40 negara di dunia dan telah dimainkan secara meluas oleh para belia lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak di seluruh Malaysia.’ Ujar Sufiani.

“Saya mewakili peminat Sukan FIT Touch menggesa agar Sukan FIT Touch diperkenalkan di SUKMA Malaysia memandangkan kita sudah dipilih oleh federation of international Touch (FIT) menjadi Tuan Rumah Piala Dunia Touch 2019 malah sukan ini sudah pun di terima di peringkat Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia, MARA (MRSM), Perbadanan Putrajaya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).” Ujar Sufiani lagi.

Sebagai rekod, Scorpion Touch Putrajaya mengorak langkah menyertai kejohanan FIT Touch Antarabangsa Shanghai sejak 4 tahun lalu. Kali pertama penyertaan mereka adalah pada edis ke-8 tahun 2011 di mana Scorpion Touch Putrajaya Women berjaya menduduiki tempat ke-3. Kali kedua ialah pada Edisi ke-10 tahun 2013 dan Scorpion Touch Putrajaya Men menduduki tempat ke-3. Pada tahun ini, Scorpion Putrajaya berjaya melangkah ke final pada edisi ke-11 dan menunjukkan peningkatan mutu permainan yang begitu memberangsangkan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden FIT, Mr. Erick ACKER san disaksikan oleh Setiausaha Agong FIT Mr. Bill Ker, Presiden China Touch Mr. Jeremy Burks dan Presiden Shanghai Touch Mr. Peter Chiang


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.818 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X