Malaysia rempuh Thailand!

Pasukan ragbi Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Thailand dengan kutipan mata 53 berbalas 7 pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Asia 2015 yang telah berlansung di stadium Majlis Bandaraya Petaling jaya pada 16 Mei 2013. Foto Kredit - Sukandaily.com.my

Pasukan ragbi Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Thailand dengan kutipan mata 53 berbalas 7 pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Asia 2015 yang telah berlansung di stadium Majlis Bandaraya Petaling jaya pada 16 Mei 2013. Foto Kredit – Sukandaily.com.my

Pasukan ragbi Malaysia akhirnya menutup tirai kejohahan dengan cemerlang setelah mengekalkan rekod tanpa kalah di dalam Kejohanan Ragbi Asia 2015(Asia Rugby Championship 2015). Malaysia yang muncul selaku juara setelah membelasah Thailand dengan kutipan mata perlawanan sebanyak 53 berbalas 7 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan. Pasukan Thailand yang sememangnya musuh tradisi sekian lama di dalam sukan ini bermula ghairah untuk mencuri mata namun kerakusan itu telah menghadiahkan mata penalti mudah kepada pasukan kebangsaan seawal minit ke-5. Selang 3 minit kemudian, sekali lagi Malaysia terus berjaya mendapat mata penuh menerusi jatuhan try pertama yang berjaya dirobek oleh Mohamad Syarif Sudin dan tendangan conversion yang disempurnakan oleh Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain.

Thailand yang mula hilang fokus kini terpaksa menerima asakan demi asakan seolah-olah merelakan pasukan kebangsaan terus merobek kubu lawan untuk menambah mata dan terus mengikat kutipan mata sebanyak 27 berbalas 7 hingga tamat separuh masa pertama. Sebaik wisel separuh masa ke-2 bermula, Pemain kebangsaan, Amirul Sani seolah-olah mendapat rentak dengan penuh yakin untuk terus menebuk kubu lawan dan melakukan jatuhan try yang ke-3 dalam perlawanan ini pada minit ke-4 separuh masa kedua ini. Tanpa membuang masa, Sae Faalupega terus mendepositkan mata melalui tendangan conversion sekaligus mencipta jurang mata sebanyak 34 berbalas 7.

Walaupun pasukan Thailand melakukan pertukaran beberapa pemain dan cuba mengubah taktikal permainan namun masih tidak dapat mengutip sebarang mata sejak bermula separuh masa kedua ini. Kesempatan ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh anak didik Lee Nyuk Fah untuk terus bergasak mantap memberi tekanan. Gemuruh sorakan padu dari para penyokong yang hadir seramai hampir 10 ribu mengegarkan stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini juga seolah-olah menaikkan semangat pasukan kebangsaan untuk terus berentap tanpa membuang masa. Pada minit ke-31 separuh masa kedua, larian pantas Etonia Vaqa Saukuru dari tepi padang yang memecahkan benteng pertahanan pasukan lawan akhirnya berjaya mendapat kutipan mata try terakhir yang terus mengikat mata perlawanan sebanyak 53 berbalas 7 ke saat akhir.

Sejurus tamat perlawanan, Lee Nyuk Fah selaku jurulatih pasukan kebangsaan dengan penuh gembira berkata “Saya sekali lagi berterima kasih kepada semua para pemain saya yang bermain bermati-matian di dalam kejohanan ini. Sememangnya mereka semua beraksi di satu tahap persembahan yang terbaik. Tidak lupa juga, kepada semua para penyokong yang hadir penuh semangat memberi sokongan memenuhi stadium pada hari ini. Ianya satu kenangan manis buat saya sepanjang karier saya di dalam sukan ini.”

Jurulatih ini juga turut berkata bahawa pasukan ini juga akan meneruskan cabaran seterusnya dalam kejohanan Piala Crescent pada dari 6 hingga 14 Jun ini di Melaka sebelum mempersiapkan pasukan ini sepenuhnya untuk membadai kempen saingan divisyen satu pada tahun hadapan.

Mohd Syahir Asraf Rosli (berjersey biru) memikul tanggungjawab selaku kapten pasukan bagi kempen Kejohanan Ragbi Asia 2015 ini.

Mohd Syahir Asraf Rosli (berjersey biru) memikul tanggungjawab selaku kapten pasukan bagi kempen Kejohanan Ragbi Asia 2015 ini.

Manakala Mohd Syahir Asraf Rosli selaku kapten pasukan turut meluahkan rasa gembira apabila berjaya membawa pasukan ini sekali lagi layak ke divisyen satu, “Kemenangan ini merupakan satu kemenangan yang amat bermakna kepada semua pemain di dalam pasukan ini dan saya berterima kasih kepada mereka. Tanpa komitmen dan persefahaman yang tinggi di dalam pasukan ini tidak mungkin untuk sampai ke tahap ini. Saya amat berharap agar momentum pasukan ini dapat dikekalkan untuk bersaing di divisyen satu nanti setelah kali terakhir berada di dalam divisyen satu pada tahun 2011 sejak 2009. Kemenangan ini juga saya hadiahkan kepada semua para penyokong yang hadir dan di luar sana. Sokongan padu mereka membakar semangat juang kami untuk terus berjuang!”.

Malaysia yang kini layak ke divisyen satu pasti akan menerima saingan yang lebih sengit di mana akan berentap dengan pasukan-pasukan yang lebih hebat iaitu Sri Lanka, Kazakhstan dan Filipina.

Sebaik majlis penyampaian hadiah selesai, sebahagian besar para penyokong yang masih tidak berganjak pulang tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan memenuhi padang untuk bergambar bersama para pemain.

Sementara itu pemain Thailand, Warongkom Khamkoet telah dinobatkan sebagai pemain terbaik keseluruhan setelah berjaya mengutip kutipan mata perlawanan terbanyak pada kejohanan ini.

Keputusan Kejohanan Ragbi Asia 2015 – Pusingan Akhir

PUSINGAN KE-3: 16 MEI 2015
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
MALAYSIA  
 
53
 
vs
 
07
 
  THAILAND
UAE  
 
16
 
vs
 
12
 
  CHINESE TAIPEI

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.850 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X