Kelantan kecundang..Terengganu lega..

Pemain center Perak Muhammad Hakim bin Abu Hasan(kanan) melakukan try diminit minit akhir permainan bagi memastikan kemenangan untuk pasukannya diKejohanan Ragbi Piala Agong yang telah berlangsung di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kredit Foto - Sukandaily

Pemain center Perak Muhammad Hakim bin Abu Hasan(kanan) melakukan try diminit minit akhir permainan bagi memastikan kemenangan untuk pasukannya diKejohanan Ragbi Piala Agong yang telah berlangsung di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kredit Foto – Sukandaily


Tirai kejohanan ragbi Piala Agong edisi ke-33 yang telah bermula dengan empat perlawanan peringkat kumpulan berlangsung di padang A Universiti Putra Malaysia dan juga di utara tanah air. Perak yang diundi dalam Kumpulan B bersama Kelantan dan Kuala Lumpur turun sebagai pasukan bukan pilihan, namun berjaya membuktikan kemampuan untuk bersaing dalam kejohanan kali ini.

Pasukan Perak mengejutkan Kelantan apabila tendangan penalti disempurnakan oleh Mohd Amir Aswad Mat Saad diminti ke9 permainan. Kelantan terus mengasak dan berjaya melakukan dua try sementara Perak menambahkan 3 mata lagi hasil dari tendangan penalti untuk menjadikan kedudukan Kelantan 10 Perak 6 diseparuh masa pertama.

Pada minit masa kedua, pasukan Kelantan menambahkan mata menerusi try oleh lock mereka Mohd Ikhwan Ikmal Zulkipli.Pasukan Perak membuat beberapa pertukaran bagi memantapkan barisan serangan dan ini membuahkan hasil apabila berjaya mengatasi Kelantan dengan mata 16 berbalas 15.

Kealpaan pemain Perak memberi peluang buat pasukan Kelantan untuk memintas kembali kedudukan apabila fullback mereka Muhammad Nazreen Fitri bin Nasrudin menyempurnakan tendangan penalti diminit ke76. Enggan menyerah kalah pemain pemain Perak terus mengasak dan berjaya menambahkan mata diminit minit akhir permainan melalui try oleh pemain center Muhammad Hakim Abu Hasan bagi memastikan kemenangan mutlak keatas Kelantan 21 berbalas 18.

Dalam perkembangan yang sama naib juara tahun lepas Terengganu dipaksa berhempas pulas untuk menewaskan Selangor dengan kutipan mata 26 berbalas 9.

Pemain center Terengganu(hitam) Suliano Volivolituevei berjaya melakukan tumbangan keatas flyhalf Selangor Muhammad Siddiq Amir bin Jalil(merah) semasa perlawanan Kumpulan A Kejohanan Ragbi Piala Agong yang telah diadakan di padang A, Universiti Putra Malaysia Serdang. Kredit Foto - Sukandaily

Pemain center Terengganu(hitam) Suliano Volivolituevei berjaya melakukan tumbangan keatas flyhalf Selangor Muhammad Siddiq Amir bin Jalil(merah) semasa perlawanan Kumpulan A Kejohanan Ragbi Piala Agong yang telah diadakan di padang A, Universiti Putra Malaysia Serdang. Kredit Foto – Sukandaily


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MINGGU PERTAMA
MINGGU PERTAMA: 5 SEPTEMBER 2015
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
PERAK  
 
21
 
vs
 
18
 
  KELANTAN
PDRM  
 
37
 
vs
 
08
 
  PERLIS
JOHOR  
 
58
 
vs
 
00
 
  PULAU PINANG
TERENGGANU  
 
26
 
vs
 
09
 
  SELANGOR

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X