Edisi ke-45 COBRA 10s bermula!

Kejohanan Cobra 10s bertaraf antarabangsa sering menarik perhatian para penaja setiap tahun. Foto Kredit - Sukandaily

Kejohanan Cobra 10s bertaraf antarabangsa sering menarik perhatian para penaja setiap tahun. Foto Kredit – Sukandaily

COBRA atau singkatan penuh bagi 'Combined Old Boys Rugby Association' adalah sebuah kelab ragbi terkemuka di Malaysia yang bernaung di bawah Kesatuan Ragbi Selangor dan Kesatuan Ragbi Malaysia.Kejohanan ragbi 10 sepasukan; COBRA 10s yang sememangnya sinonim dengan panggilan “home of rugby 10s” kini masuk edisi ke-45 yang akan berlansung pada 7 & 8 November 2015 ini. Sebanyak 16 pasukan terhebat akan mempamerkan aksi terhebat mereka di kejohanan ini yang menawarkan ganjaran bernilai USD 10,000 kepada pasukan juara. Pada edisi kali ini, pihak penganjur memperkenalkan format kejohanan baharu untuk memberi peluang kepada pasukan tempatan bersaing di perlawanan antara bangsa yang berprestij ini. Peluang yang diberikan ini dengan harapan agar dapat menarik lebih banyak penyertaan dari kelab tempatan untuk menimba pengalaman perlawanan berstatus antara bangsa ini.

Piala Kejohanan Cobra 10s yang menjadi rebutan 16 pasukan pada edisi kali ini. Foto Kredit - Sukandaily

Piala Kejohanan Cobra 10s yang menjadi rebutan 16 pasukan pada edisi kali ini. Foto Kredit – Sukandaily


Perkembangan sukan ragbi di tanah air yang kian meningkat di samping keghairahan Piala Dunia Ragbi yang sedang berlansung ketika ini pasti ianya memberi satu tanda aras yang terbaik bagi kejohanan ragbi COBRA 10s ini khususnya penyertaan dari pasukan tempatan dan kehadiran para peminat ke stadium. Kualiti kelab ragbi COBRA selaku penganjur juga turut diberi kepercayaan dengan penyertaan beberapa pasukan bertaraf antarabangsa di mana kelab ini pernah dinobatkan Anugerah Kepimpinan Sukan Kebangsaan oleh Majlis Sukan Negara pada 1996.

“Populariti sukan ragbi di negara ini kian meningkat bersama kualiti yang ditunjukan. Kami percaya yang Kelab Ragbi COBRA dan kejohanan COBRA 10s ini juga secara tidak lansung menyumbang kepada perkembangan ini”,ujar Presiden COBRA, Lt. Kol(Bersara) Tommy Pereira mengenai perkembangan sukan ragbi di tanah air.

Logo baharu kejohanan Cobra 10s diperkenalkan setelah penganjuran masuk ke edisi-45 pada tahun ini. Foto Kredit - Sukandaily

Logo baharu kejohanan Cobra 10s diperkenalkan setelah penganjuran masuk ke edisi-45 pada tahun ini. Foto Kredit – Sukandaily


Selain itu, dalam majlis yang sama pihak penganjur bersama pihak penaja juga turut memperkenalkan logo baru Kejohanan COBRA 10s yang turut di hadiri beberapa pemain pasukan COBRA di Hotel Best Western, Petaling Jaya.

Semua peminat sukan ragbi tanah air dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan yang akan berlansung di di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya selama 2 hari tanpa sebarang bayaran tiket dikenakan.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 0.832 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X