Royal 7s Ke-17: Pasukan tuan rumah intai kejuaraan

Majlis bersama pihak penaja yang turut disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar(tengah) selaku penaung Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan.

Majlis bersama pihak penaja yang telah berlansung di Wisma OCM ini turut disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar(tengah) selaku penaung Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan. Kredit Foto – Sukandaily

17th International Power Royal Sevens 2015 - logoNS Wanderers selaku pasukan tuan rumah berazam untuk membaiki rekod pasukan dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens ke-17 yang akan berlansung selama 2 hari di padang Majlis Perbandaran Seremban bermula 17 Okt ini.

Pasukan tuan rumah selaku pemegang rekod kejuaraan sebanyak 8 kali dibimbing oleh pengurus pasukan, Fahmy Jalil akan menurunkan beberapa pemain kebangsaan seperti pasangan adik beradik Anwarul Hafiz dan Anwarul Aswad Ahmad serta Azmir Zainal Abidin. Selain itu juga turut mempertaruhkan khidmat pemain import dari Fiji mereka iaitu Ropate Mokuvakaca selaku pemain prop, Viliame Waqnidroha selaku scrumhalf dan Ratu Orisi yang akan bermain di posisi sayap pasukan.

Sebanyak 20 pasukan kelab akan berentap untuk merebut kejuaraan ini turut mempetaruhkan pemain import dari Fiji bagi memberi tentangan sengit. Walaupun pada edisi kali ini tanpa sebarang penyertaan dari pasukan kelab luar negara, namun sudah pasti penyertaan dari pasukan tempatan ternama akan memberikan persembahan permainan yang mantap. Hanya pasukan Islamia College dari Cape Town, Afrika Selatan yang akan berentap dengan pasukan tempatan di dalam kategori Sekolah.

Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens ke-17-001
Dalam majlis bersama pihak penaja di Wisma OCM hari ini, Abdul Jalil Borhanuddin selaku Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan berkata; “Kejuaraan bagi kejohanan yang berprestij ini sering memberikan kejutan. Bagi edisi sebelum ini, pasukan Iskandar Raiders yang pertama kali menyertai kejohanan ini berjaya mengalahkan beberapa pasukan ternama untuk bergelar juara. Tahun ini kami berharap dapat melihat pasukan-pasukan baru dapat memberi cabaran sengit kepada pasukan yang berpengalaman sekali gus mengangkat martabat perkembangan sukan ragbi 7 sebelah di negara ini.”

Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar selaku penaung Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan juga turut hadir untuk menyempurnakan majlis penyerahan cek tajaan dari pihak penaja iaitu pihak Bata Malaysia Sdn Bhd, Nestle, 100 Plus, Majlis Sukan Negeri Sembilan, Westports, Majlis Sukan Negara, Orix, Can-One, Cement Industries of Malaysia (CIMA), LEKAS, Kimgres dan juga dari Bina Terbit Sdn Bhd.


Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens ke-17-002

 

KUMPULAN DIVISYEN PERDANA
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  ISKANDAR RAIDERS  
  2.  
 
  PANTHERS BLOWPIPES  
  3.  
 
  ATM JLJ  
  4.  
 
  STJ WARRIORS  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  COBRA  
  2.  
 
  SSTMI  
  3.  
 
  BANGI HUNTERS  
  4.  
 
  NS BARBARIANS  
         
KUMPULAN C
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  NS WANDERERS  
  2.  
 
  KELAB DIRAJA SELANGOR  
  3.  
 
  KL TIGERS  
  4.  
 
  SIKAMAT GUNNERS  
   
KUMPULAN D
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KERIS CONLAY  
  2.  
 
  DBKL  
  3.  
 
  PLATINUM BULLS  
  4.  
 
  ZAABA OB  
         
KUMPULAN E
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  TERENGGANU RC  
  2.  
 
  ASAS RC  
  3.  
 
  UPM ANGELS  
  4.  
 
  NS PERANTAU  
       
         

 

 

KUMPULAN DIVISYEN SEKOLAH
KUMPULAN W
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SMS TUANKU JAAFAR  
  2.  
 
  SMK SRI MERSING  
  3.  
 
  SMS HULU SELANGOR  
  4.  
 
  SM TUANKU MUHAMMAD  
   
KUMPULAN X
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SS TUNKU MAHKOTA ISMAIL  
  2.  
 
  MAKTAB TENTERA DIRAJA  
  3.  
 
  SEKOLAH ALAM SHAH  
  4.  
 
  SEKOLAH KING GEORGE V  
         
KUMPULAN Y
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KL SARACENS  
  2.  
 
  KOLEJ ISLAMIA  
  3.  
 
  KOLEJ VOKASIONAL ARAU  
  4.  
 
  SBPI JEMPOL  
   
KUMPULAN Z
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  AKADEMI RAGBI JOHOR  
  2.  
 
  SBPI KUANTAN  
  3.  
 
  SBPI GOMBAK  
  4.  
 
  S. DATUK ABDUL RAZAK  
         

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.822 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X