KEHEBATAN PENGUINS TERSERLAH…

Pasukan Penguins International rangkul juara untuk kali ke-6 bagi edisi kejohanan ke-45 ini. Foto Kredit - Sukandaily

Pasukan Penguins International rangkul juara untuk kali ke-6 bagi edisi kejohanan ke-45 ini. Foto Kredit – Sukandaily

Cobra 10s logo-W245Kejohanan ragbi 10 sepasukan; COBRA 10s edisi ke-45 akhirnya menutup tirainya dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Penguins International yang berpengkalan di United Kingdom dan merupakan kejuaraan ke-6 buat pasukan ini setelah memenanginya pada tahun 2011. Perlawanan akhir kali ini menyaksikan pasukan tempatan iaitu Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(KSDBKL) buat pertama kalinya layak keperlawanan akhir. Setelah menjuarai Kejohanan ragbi NS Royal 7s pasukan KSDBKL menjadi tumpuan dalam kejohanan kali ini.

Gandingan mantap pemain pemain Fiji dan anak tempatan yang berpengalaman, KSDBKL dibawah jurulatih Nik Safuan Ismade akhirnya menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan hingga ke peringkat akhir. Penguins yang dikenali dengan pemain yang mempunyai reputasi yang tinggi di peringkat antarabangsa terus mengasak dan berjaya mendahului KSDBKL dengan mata sebanyak 20 tanpa balas diseparuh masa pertama.

Pemain KSDBKL(biru) cuba menyekat pergerakan lawan mereka dari Penguins International(putih) diperlawanan akhir Cup Kejohanan Ragbi Cobra 10s yang diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Foto Kredit - Sukandaily

Pemain KSDBKL(biru) cuba menyekat pergerakan lawan mereka dari Penguins International(putih) diperlawanan akhir Cup Kejohanan Ragbi Cobra 10s yang diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Foto Kredit – Sukandaily


Tersentak dan terdesak KSDBKL telah membuat beberapa pertukaran taktikal dan berjaya menukar rentak permainan untuk memintas Penguins dengan skor kutipan mata sebanyak 21 berbalas 20. Pengalaman serta kekuatan mental pasukan Penguins terus mengasak dan kealpaan pemain KSDBKL dimanafaatkan oleh Penguins untuk melakukan try melalui pergerakkan mauling dikawasan 22 KSDBKL diminit minit akhir perlawanan untuk menjadikan kedudukan 27 berbalas 21.

'Try Given'...pengadil Ben Blain dari England mengesahkan try yang dilakukan oleh pemain Penguins semasa perlawanan akhir Cup. Foto Kredit - Sukandaily

‘Try Given’…pengadil Ben Blain dari England mengesahkan try yang dilakukan oleh pemain Penguins semasa perlawanan akhir Cup. Foto Kredit – Sukandaily


Pasukan Penguins International berjaya membawa pulang trofi kejohanan serta wang tunai USD10,000.00 yang disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Krishnan Tan.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.171 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X