Keputusan Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016: Juara – UPM ANGELS

 

MINGGU KE-10 AKHIR: 3 APRIL 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
UPM ANGELS  
 
16
 
vs
 
13
 
  KERIS CONLAY

 

MINGGU KE-10 TEMPAT KE-3 & KE-4: 3 APRIL 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
SSTMI TSUNAMI  
 
42
 
vs
 
31
 
  NS WANDERERS

 

MINGGU KE-9 SEPARUH AKHIR: 27 MAC 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
UPM ANGELS  
 
20
 
vs
 
15
 
  SSTMI TSUNAMI
KERIS CONLAY  
 
47
 
vs
 
16
 
  NS WANDERERS

 

MINGGU KE-8 SUKU AKHIR: 20 MAC 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
UPM ANGELS  
 
14
 
vs
 
10
 
  KS DBKL
SSTMI TSUNAMI  
 
19
 
vs
 
10
 
  UITM LIONS

 

MINGGU KE-8 SUKU AKHIR: 19 MAC 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
NS WANDERERS  
 
34
 
vs
 
23
 
  ISKANDAR RAIDERS
KERIS CONLAY  
 
36
 
vs
 
00
 
  POLITEKNIK MALAYSIA

 

MINGGU KE-7: 13 MAC 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
UPM ANGELS  
 
39
 
vs
 
07
 
  ASAS RC
NS WANDERERS  
 
28
 
vs
 
12
 
  PANTHERS BLOWPIPES
POLITEKNIK MALAYSIA  
 
30
 
vs
 
22
 
  KS DBKL

 

MINGGU KE-7: 12 MAC 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
SSTMI TSUNAMI  
 
50
 
vs
 
19
 
  COBRA
KERIS CONLAY  
 
27
 
vs
 
10
 
  UITM LIONS
ISKANDAR RAIDERS  
 
56
 
vs
 
16
 
  KL SARACENS

 

MINGGU KE-6: 6 MAC 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
KS DBKL  
 
35
 
vs
 
26
 
  PANTHERS BLOWPIPES
UITM LIONS  
 
26
 
vs
 
26
 
  MERSING EAGLES
UPM ANGELS  
 
55
 
vs
 
10
 
  KL SARACENS
SSTMI TSUNAMI  
 
29
 
vs
 
11
 
  KOR JLJ DIRAJA

 

MINGGU KE-6: 5 MAC 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
NS WANDERERS  
 
20
 
vs
 
12
 
  POLITEKNIK MALAYSIA
ISKANDAR RAIDERS  
 
43
 
vs
 
15
 
  ASAS RC

 

MINGGU KE-5: 28 FEBRUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
UPM ANGELS  
 
39
 
vs
 
37
 
  ISKANDAR RAIDERS
POLITEKNIK MALAYSIA  
 
32
 
vs
 
19
 
  PANTHERS BLOWPIPES
NS WANDERERS  
 
13
 
vs
 
11
 
  KS DBKL
ASAS RC  
 
34
 
vs
 
17
 
  KL SARACENS

 

MINGGU KE-5: 27 FEBRUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
COBRA  
 
31
 
vs
 
26
 
  KOR JLJ DIRAJA
KERIS CONLAY  
 
27
 
vs
 
21
 
  MERSING EAGLES

 

MINGGU KE-4: 21 FEBRUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
NS WANDERERS  
 
50
 
vs
 
12
 
  COBRA
UPM ANGELS  
 
22
 
vs
 
17
 
  MERSING EAGLES
KS DBKL  
 
15
 
vs
 
13
 
  KOR JLJ DIRAJA
POLITEKNIK MALAYSIA  
 
28
 
vs
 
26
 
  SSTMI TSUNAMI

 

MINGGU KE-4: 20 FEBRUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
UITM LIONS  
 
31
 
vs
 
17
 
  ASAS RC
ISKANDAR RAIDERS  
 
26
 
vs
 
21
 
  KERIS CONLAY

 

MINGGU KE-3: 17 FEBRUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
UPM ANGELS  
 
30
 
vs
 
17
 
  UITM LIONS

 

MINGGU KE-3: 14 FEBRUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
SSTMI TSUNAMI  
 
33
 
vs
 
07
 
  PANTHERS BLOWPIPES
UITM LIONS  
 
20
 
vs
 
10
 
  KL SARACENS
NS WANDERERS  
 
37
 
vs
 
14
 
  KOR JLJ DIRAJA

 

MINGGU KE-3: 13 FEBRUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
KERIS CONLAY  
 
28
 
vs
 
00
 
  UPM ANGELS
MERSING EAGLES  
 
25
 
vs
 
20
 
  ISKANDAR RAIDERS
KS DBKL  
 
28
 
vs
 
10
 
  COBRA

 

MINGGU KE-2: 31 JANUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
KOR JLJ DIRAJA  
 
28
 
vs
 
26
 
  PANTHERS BLOWPIPES
KS DBKL  
 
19
 
vs
 
18
 
  SSTMI TSUNAMI
MERSING EAGLES  
 
28
 
vs
 
19
 
  KL SARACENS

 

MINGGU KE-2: 30 JANUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
COBRA  
 
27
 
vs
 
10
 
  POLITEKNIK MALAYSIA
KERIS CONLAY  
 
27
 
vs
 
17
 
  ASAS RC

 

MINGGU PERTAMA: 24 JANUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
COBRA  
 
39
 
vs
 
22
 
  PANTHERS BLOWPIPES
SSTMI TSUNAMI  
 
28
 
vs
 
20
 
  NS WANDERERS

 

MINGGU PERTAMA: 23 JANUARI 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
KERIS CONLAY  
 
14
 
vs
 
05
 
  KL SARACENS
MERSING EAGLES  
 
21
 
vs
 
17
 
  ASAS RC
UITM LIONS  
 
27
 
vs
 
13
 
  ISKANDAR RAIDERS
POLITEKNIK MALAYSIA  
 
42
 
vs
 
27
 
  KOR JLJ DIRAJA

 

 

 

KUMPULAN PASUKAN LIGA SUPER KESATUAN RAGBI MALAYSIA 2016
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KERIS CONLAY  
  2.  
 
  UITM LIONS  
  3.  
 
  MERSING EAGLES  
  4.  
 
  UPM ANGELS  
  5.  
 
  ASAS RC  
  6.  
 
  ISKANDAR RAIDERS  
  7.  
 
  KL SARACENS  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  COBRA  
  2.  
 
  SSTMI TSUNAMI  
  3.  
 
  KOR JLJ DIRAJA  
  4.  
 
  KS DBKL  
  5.  
 
  POLITEKNIK MALAYSIA  
  6.  
 
  NS WANDERERS  
  7.  
 
  PANTHERS BLOWPIPES  
         

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI LIGA SUPER 2016


1. PENYERTAAN PASUKAN & PEMAIN

1.1. Penyertaan adalah terdiri dari Kelab Elit yang telah melalui proses penyaringan sebelum ini. 10 pasukan yang terbaik mengikut ranking kejohanan tahun 2015, layak secara otomatik dan dua (2) pasukan teratas dari Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan (NICC) 2015. Jika terdapat pasukan yang telah layak menaik diri, Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk memasukkan pasukan ranking seterusnya dari NICC 2015, untuk menyertai kejohanan.

1.2. Ke semua Pasukan adalah terdiri dari pasukan Kelab yang berdaftar secara sah dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau Kelab Sukan Badan Berkanun atau Kelab Sukan Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan bernaung di bawah Ahli Gabungan KRM.

1.3. Hanya pemain yang telah berdaftar melalui program Pendaftaran KRM sahaja dibenarkan bermain.

1.4. Pemain warga asing yang bermastautin dan bekerja atau menuntut pelajaran di Malaysia dibenarkan bermain di bawah kategori pemain ‘expatriate’.

1.5. Pemain warga asing yang dibawa masuk khas untuk bermain ragbi yang dikategorikan sebagai pemain ‘import’ , dihadkan pendaftaran mereka kepada lima (5) orang sahaja yang mana hanya empat(4) orang sahaja dibenarkan didaftarkan untuk satu-satu perlawanan dan hanya tiga(3) orang dibenarkan bermain dalam satu masa, perlawanan.

Nota: Pemain Import wajib mematuhi Regulation 4 World Rugby serta diluluskan oleh KRM mengikut syarat-syarat yang termaktub dalam Manual/Memorandum KRM.

1.6. Pemain yang telah berdaftar dengan sesebuah pasukan yang bermain dalam Kejohanan NICC 2015 dan tidak melayakkan diri ke Kejohanan Liga Super 2016,tidak dibenarkan bermain dalam Kejohanan Liga Super 2015 termasuk pemain expatriate


UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1. Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Ragbi Antarabangsa (World Rugby) Laws of the Game- Rugby Union 2016 yang dikuat-kuasa oleh KRM kecuali ianya disebut dalam peraturan ini bagi menyesuaikan dengan keperluan sinario ragbi di Malaysia.

2.2. Sekiranya timbul sebarang keraguan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris (Laws of The Game) akan digunakan.


3. PENDAFTARAN PEMAIN / PEGAWAI

3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai maksima 35 orang pemain dan 5 orang pegawai sahaja dalam kejohanan ini. Hanya 23 orang pemain sahaja yang perlu didaftarkan pada satu-satu perlawanan. Satu salinan Borang Pendaftaran Pasukan dan Borang Pendaftaran perlawanan lengkap dengan No. Pendaftaran berserta Kad Pengenalan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang bertugas 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.2 Semua perlawanan akan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang perlawanan 10 minit selepas masa ditetapkan dengan minima 12 orang pemain, dianggap memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawannya dengan kiraan empat (4) Gol ( 00 – 28 ).

3.3 Pasukan yang menurunkan pemain-pemain yang tidak didaftarkan dengan Program Pendaftaran KRM, akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pembatalan keputusan perlawanan (jika pasukan tersebut menang) dan juga Denda maksima sebanyak RM2,000.00.

3.4 Pemain-pemain dimestikan membawa Kad Pendaftaran KRM dan Kad Pengenalan (MyKad atau BAT C10) ke setiap perlawanan untuk semakan Urusetia.

3.5 Sekurang-kurangnya seorang jurulatih yang mempunyai kelulusan Kejurulatihan Level 2 World Rugby(WR) didaftarkan sebagai jurulatih pasukan.

3.5.1 Jika tiada jurulatih yang berkelayakan setara dengannya, maka jurulatih yang akan didaftarkan wajib mengikuti “kursus khas” kejurulatihan yang akan dikelolakan oleh Lembaga Kejurulatihan sebelum kejohanan bermula (sebagai tindakan interim).

3.5.2 Jurulatih berkenaan dikehendaki menghadiri Kursus Kejurulatihan Level 2 WR yang diadakan dalam tempuh tahun 2016.

3.6 Pengurus Pasukan dan Pegawai lain yang didaftarkan adalah bertanggungjawab penuh terhadap pergerakan pasukan dan bertindak sebagai pegawai yang dibolehkan berurusan dengan Urususetia Kejohanan.

3.7 Tatacara Pendaftaran Pemain adalah seperti di Lampiran A.


4. YURAN KEJOHANAN

4.1. Setiap pasukan yang bertanding dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 2,000.00 dengan deposit sebanyak RM 1,000.00.
4.2. Yuran kejohanan hendaklah dibayar selewat-lewatnya 1 minggu sebelum kejohanan bermula iaitu pada atau sebelum 17hb Januari 2016.
4.3. Pasukan yang gagal membuat bayaran selepas tarikh yang dinyatakan boleh dikenakan tindakan denda tambahan sebanyak maksima RM1,000.00.
4.4. Wang cagaran boleh dihapuskan berdasarkan kepada butiran seperti Lampiran B.


5. FORMAT PERTANDINGAN

5.1. Pusingan Awal:

5.1.1. Empat belas (14) pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan tujuh (7) pasukan setiap kumpulan.
5.1.2. Pembahagian pasukan dalam kumpulan akan mengikut ranking pasukan Liga Super pada tahun lalu dan untuk pasukan yang layak dari NICC akan mengikut ranking mereka. Jika terdapat pasukan yang menarik diri, maka ranking pasukan akan diselaraskan mengikut urutan standard yang diguna-pakai.
5.1.3. Pasukan akan bermain secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing.
5.1.4. Dua (2) pasukan teratas dari setiap kumpulan akan melayakkan diri ke Perlawanan Separuh Akhir.

Kumpulan A: R1, R3, R5, R7, R9, NICC1, NICC3.
Kumpulan B: R2, R4, R6, R8, R10, NICC2, NICC4.

5.2. Pusingan Akhir:

5.2.1. Perlawanan Separuh Akhir Cup

1. 1A vs 2B
2. 1B vs 2A

5.2.2. Pasukan yang tewas di perlawanan Separuh Ahkir akan bermain untuk merebut tempat ke 3 & ke 4 manakala pasukan yang menang akan bermain di perlawanan Akhir.
5.3. Penurunan (Demotion) dan Kenaikkan (Promotion).
5.3.1. Pasukan terbawah dalam kumpulan akan diturunkan ke NICC 2016.
5.3.2. Manakala pasukan yang teratas NICC 2016 (mengikut kesesuaian) akan dinaikkan ke MRSL 2017.


Notis Pindaan Peraturan Pertandingan MRSL 2016.

Lanjutan kepada semakkan semula Jawatakuasa Pertandigan dan dluluskan oleh Majlis KRM, berikut adalah format perlawanan pusingan akhir MRSL 2016 untuk rujukan dan tindakan semua yang terlibat:

Peraturan 5:

5.2. Pusingan Akhir:
Selepas pusingan liga satu pusingan dalam kumpulan, empat (4) pasukan teratas setiap kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan akhir. 5.2.1. Perlawanan Suku-Akhir akan mengikut aturan berikut:

1. A1 vs B4
2. B2 vs A3
3. A2 vs B3
4. B1 vs A4
* Pemenang akan melayakkan diri keperlawanan separuh akhir.

5.2.2. Perlawanan Separuh Akhir

1. Menang A1/B4 vs Menang B2/A3
2. Menang A2/B3 vs Menang B1/A4
5.2.3. Pasukan yang tewas di perlawanan Separuh Ahkir akan bermain untuk merebut tempat ke 3 & ke 4 manakala pasukan yang menang akan bermain di perlawanan Akhir.


6. PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Dalam perlawanan yang diadakan secara liga, jika perlawanan dihentikan sebelum separuh masa tamat, maka kedudukan pasukan adalah seri tetapi skor diambil kira sebagai rekod. Jika perlawanan dihentikan selepas separuh masa pertama, maka skor adalah kekal sekiranya perlawanan tidak dapat diteruskan selepas berhenti rehat 30 minit.

6.2. Manakala dalam perlawanan kalah mati, jika perlawanan dihentikan sebelum separuh masa tamat dan jika gagal disambung semula selepas 30 minit, maka perlawanan semula akan diadakan dengan kiraan perlawanan baru. Jika perlawanan terpaksa dihentikan selepas separuh masa pertama dan gagal disambung semula selepas 30 minit, maka keputusan/kedudukan semasa akan diambil kira sebagai keputusan tamat perlawanan.

6.3. Bagi perlawanan peringkat akhir (pusingan kalah-mati), jika berlaku keputusan seri selepas tamat masa penuh perlawanan, tambahan masa limabelas ( 15 ) minit setiap separuh masa akan dijalankan secara “sudden death” untuk menentukan pemenangnya. Pasukan yang mendapat mata pertama dalam masa tambahan akan diisytiharkan pemenang dan perlawanan akan ditamatkan. Sekiranya kedua-dua pasukan masih seri selepas masa tambahan, maka pemenang akan ditentukan melalui sepakan conversion pada jarak 22 meter secara ‘sudden-death’.

6.4. Pasukan yang enggan meneruskan perlawanan tanpa kebenaran pengadil perlawanan, tertakluk kepada pengesahan Pengarah Pertandingan akan disingkirkan daripada Kejohanan.

6.5. Perlawanan yang dihentikan atas sebab-sebab keselamatan/rusuhan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk dibuat keputusan ke atas status perlawanan berkenaan dan keputusannya adalah muktamat.


7. MASA PERLAWANAN

7.1. Semua perlawanan akan dijalankan selama empat puluh (40) minit setiap separuh masa dengan sepuluh (10) minit waktu rehat.


8. MATA PERLAWANAN

8.1. Bagi Pusingan Awal, mata perlawanan akan diberikan mengikut kiraan berikut:
8.1.1. Menang – 4 mata
8.1.2. Menang dengan skor sama/lebih dari 4 try – 1 mata bonus
8.1.3. Seri – 3 mata
8.1.4. Kalah – 1 mata
8.1.5. Kalah dengan beza skor sama/kurang dari 7 mata – 1 mata bonus
8.1.6. Tidak hadir – 0 mata


9. RANKING PASUKAN

9.1. Selepas perlawanan Pusingan Awal, semua pasukan yang bertanding akan disusun-atur mengikut kedudukan (Ranking) berdasarkan kepada jumlah mata terkumpul. Jika terdapat 2 atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama, maka urutan berikut akan diguna pakai untuk menentukan kedudukan pasukan di atas:

9.1.1. Pasukan yang mempunyai perbezaan skor yang tertinggi
9.1.2. Pasukan yang mendapat gol (try + conv) terbanyak
9.1.3. Pasukan yang mendapat try terbanyak
9.1.4. Pasukan yang mempunyai jumlah skor tertinggi
9.1.5. Pasukan yang bolos terendah

9.1.6. Pasukan yang mempunyai purata skor tertinggi
9.1.7. Keputusan perlawanan di antara ke dua pasukan terlibat.
9.1.8. Jika masih sama maka undian lambungan syiling akan dijalankan dengan cara “best of 3”.


10. PEMAIN GANTIAN

10.1. Lapan (8) orang pemain boleh digantikan termasuk minima dua (2) orang pemain gantian “front row” boleh dilakukan pada bila-bila masa perlawanan termasuk masa tambahan.
10.2. Penggantian tidak akan dibenarkan jika seseorang pemain itu diarah ‘keluar padang’ oleh pengadil.
10.3. Jika permain ‘import’ dikenakan tindakan kad merah, pasukan tidak boleh menggantikan pemain tempatan dengan pemain ‘import’ lain dalam satu-satu perlawanan.


11. PENGGANTUNGAN

11.1. Pemain yang diarah ‘keluar padang’ (kad merah) oleh pengadil, secara automatik digantung daripada bermain perlawanan berikutnya sehingga Lembaga Disiplin KRM bersidang bagi menyemak dan memutuskan untuk menambah penggantungan atau sebaliknya.

11.2. Pemain yang mengumpul 3 kad kuning dalam perlawanan-perlawanan sebelumnya akan digantung satu (1) perlawanan berikutnya secara otomatik.

11.3. Pegawai Pasukan yang dilaporkan oleh Pegawai Perlawanan atau Pegawai Teknikal Kejohanan kerana melanggar disiplin pertandingan boleh dikenakan tindakan berdasarkan kepada Regulation 17’s IRB.


12. PENGADIL DAN HAKIM GARISAN

12.1. Semua Pegawai Perlawanan (Pengadil [Referee], Pembantu Pengadil [AR], Pengadil ke 4 [No. 4] dan Coach Match Official [CMO] akan dilantik oleh Lembaga Pengadil Kesatuan Ragbi Malaysia untuk setiap perlawanan.

12.2. Setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.


13. PERLAWANAN YANG DITUNDA.

13.1. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa keadaan tidak sesuai untuk dijalankan perlawanan disebabkan cuaca atau hal-hal lain, perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada masa yang ditentukan oleh Pengarah Kejohanan atau wakilnya.


14. BANTAHAN/ RAYUAN

14.1. Hanya PENGURUS PASUKAN berkenaan sahaja dibenarkan membuat bantahan / rayuan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan wang iringan sebanyak RM 500.00 tunai.

14.2. Bantahan hendaklah dihantar kepada Pegawai Teknikal dalam masa tiga puloh minit (30) minit selepas perlawanan berkenaan tamat.

14.3. Wang iringan akan luput jika bantahan / rayuan gagal.


15. JAWATANKUASA BANTAHAN/ RAYUAN

15.1. Jawatankuasa Bantahan / Rayuan terdiri daripada:

Pengerusi : Pengerusi Kejohanan atau wakilnya
Ahli-ahli : Setiausaha Agong Kehormat KRM atau wakilnya
Pengarah Kepengadilan KRM atau wakilnya
Setiausaha yang diantik oleh Pengerusi

15.2. Jawatankuasa berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang boleh membantu Bantahan atau Rayuan berkaitan.
15.3. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.


16. JAWATANKUASA DISIPLIN KEJOHANAN

16.1. Jawatankuasa Disipllin Kejohanan adalah terdiri daripada:

Pengerusi :Naib Presiden KRM atau wakil
Ahli :Pengarah Kejohanan KRM atau wakil
Pengarah Kepengadilan KRM atau wakil
Setiausaha Agung Kehormat KRM atau wakil
Setiausaha Jawatankuasa :Dilantik oleh Pengerusi.


16.2. Korum minima untuk melaksanakan sessi disiplin kejohanan, adalah 1 orang Pengerusi dan 1 orang Ahli yang terdiri dari penjawat di atas, bersama Setiausaha Jawatankuasa.

16.3. Jika terdapat kes disiplin semasa perlawanan hujung minggu, maka sessi disiplin akan diadakan di Pejabat KRM pada hari Selasa berikutnya, jam 8.30 malam (atau waktu lain yang dimaklumkan) dengan kehadiran minima 2 orang Ahli Jawatankuasa Disiplin Kejohanan serta Pengurus dan Pemain/Pegawai yang terlibat. Kehadiran Pegawai Pelapor akan dimaklumkan jika perlu.

16.4. Rayuan kepada keputusan/hukuman yang di buat oleh Jawatankusa Disiplin Kejohanan hendaklah dibuat kepada Lembaga Disiplin KRM melalui Setiausaha Lembaga Disiplin KRM dalam tempuh 7 hari dari tarikh hukuman dikenakan.

16.5. Jika Jawatankuasa Disiplin Kejohanan gagal untuk mengadakan sessi disiplin dan menjatuhkan hukuman lanjut, ke atas mana-mana pemain atau pegawai dalam tempuh 2 minggu dari tarikh laporan di terima oleh Urusetia Kejohanan, maka kes disiplin berkenaaan akan dikira terlupus dan tiada tindakan lanjut boleh diambil. Bagaimanapun, rekod kes berkenaan boleh diguna pakai jika berlaku kes disiplin kali ke 2 yang melibatkan pemain yang sama.

16.6. Semua Pegawai dan Pemain diwajibkan untuk menandatangani perakuan ‘code of conduct’ sebelum kejohanan dimulakan.


17. HADIAH DAN PIALA KEJOHANAN

17.1. Sebanyak 35 medal kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menjadi Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori.
17.2. Piala Kejohanan “PIALA LIGA SUPER” akan disampaikan kepada Johan Kejohanan. Pasukan itu boleh menyimpannya selama 6 bulan sahaja dari tarikh kemenangan dan kemudiannya hendaklah dipulangkan kepada KRM.

17.3. Piala Kejohanan “PIALA LIGA SUPER” adalah hak milik Kesatuan Ragbi Malaysia dan tidak boleh disimpan terus oleh mana-mana pasukan.

17.4. Pasukan bertanggungjawab tentang keselamatan, insuran dan inskripsi mengikut gaya rupa inskripsi yang sedia ada pada piala tersebut.


18. INSURAN DAN PENDAFTARAN

18.1. Semua pemain dan pegawai yang disenaraikan dalam Borang Pendaftaran Pasukan wajib mempunyai No. Pendaftaran Pemain KRM.

18.2. Setiap pegawai dan pemain pasukan diwajibkan untuk mempunyai insuran dan insuran adalah tanggungan pasukan sendiri.


19. PEGAWAI PERUBATAN

19.1. Setiap pasukan disarankan untuk menyediakan pegawai perubatan sendiri bagi tujuan menjaga kebajikan pemain masing-masing.

19.2. Pihak Pengelola hanya akan menyediakan pembantu perubatan dan ambulan bagi setiap perlawanan kecuali pada perlawanan akhir pegawai perubatan akan disediakan.

20. TUAN RUMAH:

20.1. Bagi semua perlawanan yang dijadualkan, Urusetia KRM akan bertindak sebagai tuan rumah dan menyediakan perkara-perkara berikut:

20.1.1. Padang Permainan
20.1.2. Pegawai Perlawanan (Referee, AR, Pegawai ke 4 & CMO)
20.1.3. Pegawai Teknikal
20.1.4. Khemah untuk Pegawai Teknikal dan Pemain
20.1.5. Pegawai Perubatan dan Ambulan
20.1.6. Air dan Ais untuk pasukan (2 kotak Air Minuman [500ml x48 botol] dan 1 bag Ais).
20.1.7. Air dan Ais untuk Pegawai Perlawanan dan Teknikal.
20.1.8. Bola Permainan
20.1.9. Keselamatan dan Kebersihan


20.2. Pasukan yang memohon untuk menjalankan perlawanan di tempat sendiri akan bertindak sebagai tuan rumah dan bersetuju menanggung perbelanjaan berikut:
20.2.1. Menyediakan Padang dan kemudahan-kemudahannya (Padang, Khemah Teknikal dan Pemain, Meja & Kerusi Teknikal, Keselamatan, Pegawai Perubatan, Air & Ais untuk pasukan dan teknikal serta kebersihan).


21. PASUKAN PELAWAT/PASUKAN BERTANDING.

21.1. Menyediakan Pasukan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

21.2. Menyediakan Set Jersi yang bersesuaian untuk permainan ragbi dengan nombor jersi yang jelas serta mengikut urutan posisi permainan sebagaimana yang dimaklumkan oleh KRM melalui Memorundum 4_2015 KRM.

21.3. Semua kos persiapan pasukan termasuk kos perjalanan hendaklah ditanggung oleh pasukan sendiri.

21.4. Menyediakan Minuman dan Ais tambahan untuk pasukan masing-masing semasa perlawanan.

21.5. Menyemak dengan pasukan lawan warna jersi yang akan diguna-pakai bagi mengelakkan kesamaan warna jersi.


22. INTERPRETASI

22.1. Apa jua perkara yang tidak disebut dalam peraturan ini akan dirujuk kepada Pengarah Pertandingan KRM atau wakilnya. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.



Lampiran A:

TATACARA PENDAFTARAN PEMAIN:

1. Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pemain kepada KRM dalam tempuh 14 hari dari tarikh bermula kejohanan (23hb Januari 2016) untuk tujuan semakkan status pemain dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Senarai yang dikemukakan boleh melebihi 35 orang (sebelum 9hb Januari 2016).

1.1. Pasukan diminta untuk mengemukakan senarai pemain berstatus import dan expatriate bersama dokumen sokongan untuk diluluskan.

1.2. Pasukan diminta mengemukakan bersama Borang TP1 jika pemain yang disenaraikan telah berdaftar dengan pasukan lain sebelum ini (Pemain yang berdaftar dengan pasukan NICC 2015 tidak layak didaftarkan).

1.3. Pendaftaran penuh pemain seramai 35 orang hendaklah dibuat 2 hari selepas perlawanan pertama pasukan berdasarkan kepada senarai yang telah diluluskan oleh Jaawatankuasa Pertandingan KRM.

2. Bagi setiap perlawanan, Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pemain yang lengkap dengan nombor jersey 24 jam sebelum masa perlawanan melalui email kepada Urusetia Kejohanan (admin@mru.org.my) tanpa gagal.

3. Siri Nombor Jersi pemain hendaklah mengikut standard posisi permainan sebagaimana yang dimaklumkan melalui Memorandum 4/KRM bertarikh 10hb Oktober 2015 selaras dengan Regulation 15 WR.

4. Tiga Puluh Lima (35) pemain yang telah didaftarkan tidak dibenarkan ditukar ganti dalam apa juga keadaan.

5. Kegagalan mematuhi tatacara di atas boleh menyebabkan wang deposit ditolak dengan jumlah yang akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pengelola berdasarkan kepada justifikasi pasukan.



Lampiran B:

STATUS WANG CAGARAN:

Sebagai panduan, berikut disenaraikan tingkah-laku yang boleh menyebabkan Wang Cagaran sebanyak RM1,000.00 boleh dihapuskan:

1. Pasukan gagal mengemukakan senarai pendaftaran nama pemain pada tempuh yang dinyatakan.

2. Pasukan menarik diri selepas memberikan pengesahan penyertaan atau semasa kejohanan sedang berlangsung.

3. Pasukan yang gagal hadir ke perlawanan yang dijadualkan

4. Pasukan yang menurunkan pemain yang tidak didaftarkan dalam senarai penuh 35 pemain atau dalam senarai 23 pemain untuk setiap perlawanan.

5. Pasukan yang gagal mengawal disiplin pasukan masing-masing di luar kawasan padang permainan terutamanya di kawasan bangku simpanan.

6. Wang cagaran baru akan dikenakan kepada pasukan jika Wang Cagaran sediada telah diluputkan atas sebab-sebab di atas.

7. Wang Cagaran (jika masih ada) akan dikembalikan kepada Pasukan dalam tempuh 14 hari dari tarikh perlawanan terakhir setiap pasukan.


Lembaga Pertandingan
Kesatuan Ragbi Malaysia.


*Kemaskini pada 22-April-2016


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.543 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X