Kenya lenyapkan impian Fiji selaku pendahulu.

Kenya merupakan satu-satunya negara dari benua Afrika pertama yang berjaya memenangi siri kejohanan ragbi dunia 7 sepasukan ini.

Kenya mencipta sejarah tersendiri dalam arena sukan ragbi antarabangsa apabila berjaya menjuarai Kejohanan Ragbi HSBC Seven Series yang telah berlangsung Stadium Kallang, Singapura. Kredit Foto – Sukandaily

World Cup HSBC Sevens Series Singapore logoKenya akhirnya mencipta sejarah tersendiri dalam arena sukan ragbi antarabangsa apabila berjaya menjuarai Kejohanan Ragbi HSBC Seven Series yang telah berlangsung Stadium Kallang, Singapura. Kenya merupakan satu-satunya negara dari benua Afrika pertama yang berjaya memenangi siri kejohanan ragbi dunia 7 sepasukan ini setelah menewaskan pasukan pilihan iaitu Fiji berkesudahan 30 berbalas 7. Sepanjang 29 pertemuan di antara pasukan Kenya dengan Fiji sebelum ini, Kenya hanya mampu untuk menang sekali ketika di London pada 2013 dan kini kemenangan kali ke-2. Kemenangan ini sememangnya amat bermakna buat Kenya yang berjaya membuktikan bahawa mereka bukan pasukan sekadar untuk melengkapkan siri kejohanan. Kini Kenya berada di tangga kedudukan ke-8 di dunia dan ianya adalah satu petanda baik dalam pembangunan ragbi di benua Afrika ini.

Kenya merupakan satu-satunya negara dari benua Afrika pertama yang berjaya memenangi siri kejohanan di luar benua Afrika. Kredit Foto - Sukandaily

Kenya merupakan satu-satunya negara dari benua Afrika pertama yang berjaya memenangi siri kejohanan di luar benua Afrika. Kredit Foto – Sukandaily

Kenya yang mendahului kutipan mata sebanyak 20 tanpa balasan di separuh masa pertama sebelum itu sememangnya berjaya memberi tekanan kepada pasukan lawan. Nelson Oyoo dan Frank Wanyama selaku pemain simpanan yang dimasukkan ke dalam padang akhirnya menambah derita buat pasukan Fiji setelah berjaya memperolehi kutipan mata melalui jatuhan try.

Maruah pasukan Fiji selaku pendahulu tangga kejohanan & penyandang juara edisi lepas yang hampir dimalukan sepenuhnya akhirnya jatuhan try pertama berjaya dibolosi oleh Jerry Tu dan akhirnya berjaya mengutip 7 mata penuh buat Fiji.

30 kutipan mata dalam perlawanan menentang pasukan Fiji selaku pendahulu kejohanan adalah sesuatu yang menakjubkan buat pasukan Kenya. Kredit Foto - Sukandaily

30 kutipan mata dalam perlawanan menentang pasukan Fiji selaku pendahulu kejohanan adalah sesuatu yang menakjubkan buat pasukan Kenya. Kredit Foto – Sukandaily

“Berjaya mengalahkan Fiji sememangnya sesuatu yang amat mengembirakan, pasukan mereka merupakan pasukan terkuat dan selaku pendahulu tangga siri kejohanan. Berjaya mengutip 30 mata dari pasukan ini sesuatu yang amat menakjubkan. Kemenangan di pusingan akhir ini amat penuh bermakna buat motivasi pasukan kami di mana sasaran jauh kami adalah untuk merangkul pingat di Olimpik nanti,” berkata Collins Injera selaku pemain sayap pasukan Kenya yang berusia 29 tahun yang kini mengutip 225 jatuhan try dalam siri kejohanan ini.

Sementara itu, Benjamin Ayimba selaku jurulatih pasukan Kenya berkata “Merangkul sebarang kejuaraan dalam sebarang kejohanan di luar benua Afrika adalah perkara tidak pernah tercapai sebelum ini namun tidak untuk hari ini. Kemenangan ini amat bermakna buat anak-anak muda kami untuk terus bermain ragbi dan mendapat inspirasi dari pasukan negara mereka. Kemenangan ini juga bukan hanya untuk Kenya malah untuk semua negara di benua Afrika untuk membuktikan rakyat dari benua ini juga mampu memberi saingan di pentas dunia.”

Dalam saingan lain, pasukan Afrika Selatan berjaya mengalahkan pasukan Argentina dengan kutipan mata 28 tanpa balasan untuk memastikan memperolehi tempat ke-3 sekali gus mengubah kedudukan tangga ke-2 dengan perbezaan 8 mata dengan Fiji selaku pendahulu dalam siri kejohanan ini. Pasukan Samoa akhirnya berjaya merangkul Plate setelah mara ke pusingan plate sebanyak 13 kali sebelum ini dengan mengalahkan New Zealand dengan kutipan mata 26-21. Manakala saingan Bowl berjaya dirangkul oleh pasukan Scotland dengan kemenangan 14-10 ke atas pasukan Amerika Syarikat. Russia yang berjaya mengutip 3 mata siri kejohanan setelah menewaskan pasukan Wales dalam saingan Shield.

Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2016 yang berlansung di Stadium Kallang, Singapura ini berjaya menarik 26,053 penonton di hari terakhir kejohanan. Siri kejohanan ini seterusnya akan berkunjung ke Paris dan London sebelum membuat lakaran sejarah pertama kali penganjuran di Olimpik Rio pada Ogos nanti.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.815 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X