Kajang Rams juarai Kejohanan Ragbi Liga Putrajaya 2016

Juara Liga Putrajaya musim 2016 dirangkul kemas oleh pasukan Kajang Rams RC. Foto - Sukandaily

Juara Liga Putrajaya musim 2016 dirangkul kemas oleh pasukan Kajang Rams RC. Foto – Sukandaily

Kejohanan Ragbi Liga Putrajaya 2016 melabuhkan tirainya di mana Kelab Ragbi Kajang Rams (KRRC) muncul juara setelah menewaskan Kelab Ragbi MIAT Falcons (MFRC) dengan keputusan 23-19 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Perbadanan Putrajaya di Alamanda.

Kajang Rams nyata terlalu gah untuk disaingi apabila mendahului 11-0 di separuh masa pertama setelah menyempurnakan dua penalti pada minit ke-11 dan 17, diikuti try pada minit ke-20. Mereka terus unggul mendominasi perlawanan apabila melakukan satu lagi try pada minit ke-45 untuk mendahului 16-0.

Ketua Pasukan Kajang Rams RC; Muhammad Shahrulnizam Abu Seman(kiri) cuba melakukan tumbang sisi ke atas lawannya dari MIAT Falcons(kanan) semasa perlawanan akhir Cup di Kejohanan Ragbi Liga Putrajaya yang telah berlangsung dipadang Alamanda, Putrajaya. Foto - Sukandaily

Ketua Pasukan Kajang Rams RC; Muhammad Shahrulnizam Abu Seman(kiri) cuba melakukan tumbang sisi ke atas lawannya dari MIAT Falcons(kanan) semasa perlawanan akhir Cup di Kejohanan Ragbi Liga Putrajaya yang telah berlangsung dipadang Alamanda, Putrajaya. Foto – Sukandaily

MIAT Falcons mula menterjemahkan kebangkitan menakjubkan dalam tempoh 12 minit di separuh masa kedua apabila mengutip 19 mata berturut-turut menerusi tiga try dan dua conversion sekaligus mendahului perlawanan 19-16. Pasukan ini yang mula mendapat rentak menguasai perlawanan hinga ke minit-minit terakhir ternyata memberi debaran kepada Kajang Rams yang bermula selesa sebelum itu. Serangan demi serangan dicipta oleh pasukan Kajang Rams berjaya dipatahkan sehinggakan MIAT Falcons hampir pasti untuk merangkul kejuaraan.

Namun Kajang Rams bagaimanapun memastikan kejuaraan milik mereka setelah mengutip tujuh mata menerusi try dan conversion yang disempurnakan pada minit akhir perlawanan.

Pertemuan di antara Kajang Rams RC dengan MIAT Falcons bagi menentukan juara Liga Putrajaya 2016 yang telah diadakan di padang Alamanda, Putrajaya. Foto - Sukandaily

Pertemuan di antara Kajang Rams RC dengan MIAT Falcons bagi menentukan juara Liga Putrajaya 2016 yang telah diadakan di padang Alamanda, Putrajaya. Foto – Sukandaily

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik pasukan QUBYX-Lion yang menewaskan Bangi Hunters 30-10 dalam final ‘Plate’ pada perlawanan sebelum itu., manakala tempat kelima pula dimenangi Kelab Ragbi ASAS yang menewaskan Kelab Ragbi SAAS 46-29 dalam final ‘Bowl’.

Untuk rekod, kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan anjuran Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP), membabitkan penyertaan dari 8 pasukan yang merupakan ahli gabungan PRP iaitu Kajang Rams, ASAS, Bangi Hunters, MIAT Falcons, QUBYX-Lion, GMI Knight, SAAS RC dan MMU-OLIE Tiger.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X