Piala Agong Ke-34 tanpa Melaka & Sarawak

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34

Sebahagian dari Pengurus Pasukan yang hadir semasa sidang akhbar Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 yang berlangsung
di bilik mesyuarat, Wisma OCM, Kuala Lumpur. Foto – Sukandaily

Logo - Kejohanan Ragbi Piala AgongPara penyokong dan peminat ragbi kali ini tidak dapat dilihat sebarang kelibat aksi dari pasukan Melaka dan Sarawak dalam kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 ini. Hal ini telah disahkan oleh Pengarah Pertandingan Piala Agong 2016, En. Mohd Mazuri Sallehuddin dalam satu sidang media bersemperna dengan penganjuran kejohanan ini yang akan berlansung dari 3 September hingga 2 Oktober depan. Pasukan dari negeri Sarawak dilaporkan tidak dapat menyertai kejohanan ini disebabkan oleh masalah urusan logistik pasukan dan kewangan manakala bagi pasukan Melaka masih terdapat isu yang perlu diselesaikan bersama Pesuruhjaya Sukan. Kali terakhir pasukan Melaka dan Sarawak beraksi di dalam kejohanan ini pada 2013.

2015 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-33 - Sabah vs Perak

Bekas pemain pasukan All Black; Orene Ai’i(tengah) yang beraksi bersama pasukan Sabah dalam perlawanan akhir Piala Agong 2015 menentang Perak. Foto – Sukandaily

Walaupun tanpa penyertaan dari kedua-dua pasukan ini, kejohanan ini tetap akan diteruskan dan dijangka pasti lebih menarik memandangkan beberapa pasukan ghairah untuk merebut kejuaraan. Sabah selaku penyandang juara edisi lalu optimis untuk memburu kejuaraan bagi kali ke-3 berturut-turut dengan memperkuatkan pasukan dengan kehadiran Brad Mika, bekas pemain kebangsaan New Zealand selaku jurulatih. Sabah yang diundi bersama pasukan Wilayah Persekutuan Labuan di dalam Kumpulan E(Borneo) akan berentap sebanyak 2 perlawanan sebelum mengesahkan slot ke pusingan suku akhir. Pada edisi terdahulu, Sabah telah mempertaruhkan bekas pemain pasukan All Black; Orene Ai’i yang turut memberi impak kemenangan.

Perak selaku pasukan yang mara ke perlawanan akhir pada edisi lalu telah diundi di dalam Kumpulan A bersama pasukan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan. Manakala bagi pasukan Kelantan pasti sukar untuk mengharungi musim ini kerana sebahagian besar pemain utama mereka terlibat di Program Kita Juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dilarang menyertai kejohanan ini. Pada edisi terdahulu Kelantan hanya mampu melangkah ke pusingan suku akhir namun tewas kepada pasukan Perak. Kelantan yang hampir – hampir merangkul kejuaraan treble pada 2013 telah diranapkan oleh pasukan Johor ketika itu.

Terengganu yang mara ke pusingan suku akhir pada edisi lalu juga dilaporkan turut kehilangan beberapa tunggak utama pasukan yang turut terlibat dalam program persediaan Sukan SEA 2017. Terengganu yang kini meningkat naik telah diundi di dalam kumpulan B bersama Selangor dan Perlis pasti tiada masalah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Bagi Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 kali ini, hadiah wang tunai turut ditawarkan di mana pasukan juara akan membawa pulang RM10,000, naib juara RM5,000 manakala pemenang tempat ketiga dan keempat mendapat RM3,000 dan RM1,000. Perlawanan akhir bakal berlansung pada 2 Oktober 2016 bertempat di Sandakan, Sabah.

 

KUMPULAN PASUKAN PIALA AGONG 2016
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  PERAK  
  2.  
 
  W.P PUTRAJAYA  
  3.  
 
  NEGERI SEMBILAN  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  TERENGGANU  
  2.  
 
  SELANGOR  
  3.  
 
  PERLIS  
         
KUMPULAN C
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  JOHOR  
  2.  
 
  ANGKATAN TENTERA MALAYSIA(ATM)  
  3.  
 
  PULAU PINANG  
   
KUMPULAN D
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KELANTAN  
  2.  
 
  POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM)  
  3.  
 
  W.P KUALA LUMPUR  
  4.  
 
  KEDAH  
         
KUMPULAN E (BORNEO)
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SABAH  
  4.  
 
  W.P LABUAN  
       
         

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.858 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X