Piala Agong 2016: NS longlai di laman sendiri

Percubaan pemain W.P Putrajaya(belakang) untuk mengekang winger Negeri Sembilan; Muhammad Danial bin Noor Hamidi(depan) semasa perlawanan pertama Kumpulan A Kejohanan Ragbi Piala Agong yang berlangsung dipadang Kolej Tuanku Jaafar Mantin. Foto - Sukandaily

Percubaan pemain W.P Putrajaya(belakang) untuk mengekang winger Negeri Sembilan; Muhammad Danial bin Noor Hamidi(depan) semasa
perlawanan pertama Kumpulan A Kejohanan Ragbi Piala Agong yang berlangsung dipadang Kolej Tuanku Jaafar Mantin. Foto – Sukandaily

Logo - Kejohanan Ragbi Piala AgongDebaran Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-34 bermula dengan enam perlawanan peringkat kumpulan menjadi pembuka tirai. Negeri Sembilan selaku juara bagi edisi 2003 menerima kunjungan Wilayah Persekutuan Putrajaya di padang Kolej Tuanku Jaafar Mantin untuk perlawanan pertama Kumpulan A di mana kedua-dua pasukan perlu mencari kemenangan pertama untuk berada di tangga teratas kumpulan.

Negeri Sembilan turun sebagai pasukan pilihan membariskan gandingan pemain baru dan berpengalaman untuk mengekang pasukan Putrajaya dari mencuri mata penuh bermula agak berhati-hati di awal permainan, namun pasukan Putrajaya terus mengasak dan berjaya melakukan try oleh ketua pasukan Mohd Azam bin Mohd Daud di minit ke-11 permainan. Putrajaya terus menambahkan 3 mata menerusi pemain scrum half Mohd Firdaus bin Abdul Rahman dengan tendangan penalti untuk menjadikan kedudukan 8 mata tanpa balas.

Pemain Negeri Sembilan melakukan tumbang depan ke atas pemain center W.P Putrajaya; Jone Marawa Nasalo(jersi kuning) di Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 yang telah berlangsung di padang Kolej Tuanku Jaafar, Mantin. Foto - Sukandaily

Pemain Negeri Sembilan melakukan tumbang depan ke atas pemain center W.P Putrajaya; Jone Marawa Nasalo(jersi kuning) di Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 yang telah berlangsung di padang Kolej Tuanku Jaafar, Mantin. Foto – Sukandaily

Tersentak dengan keputusan itu, Negeri Sembilan terus mengasak untuk merapatkan jurang dengan kutipan mata try oleh pemain prop yang juga selaku ketua pasukan; Amirul bin Sani sebelum tamat masa pertama.

Sebaik saja bermula separuh masa kedua, pasukan Negeri Sembilan mengubah corak permainan dan berjaya mendapat try menerusi pemain nombor 8; Timoci Vunimoku untuk mendahului 10 berbalas 8.

Kegagalan untuk mengimbang permainan dan banyak melakukan kesilapan telah menghadiahkan penalti kepada pasukan Putrajaya yang disempurnakan oleh scrum half Mohd Firdaus bin Abdul Rahman untuk menambah 3 mata lagi menjadi 11 berbalas 10. Kedudukan ini kekal sehingga tamat masa permainan.

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN PIALA AGONG 2016
MINGGU PERTAMA: 3 SEPTEMBER 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
JOHOR  
 
101
 
vs
 
03
 
  PULAU PINANG
KELANTAN  
 
76
 
vs
 
00
 
  W.P KUALA LUMPUR
PERLIS  
 
30
 
vs
 
13
 
  SELANGOR
W.P PUTRAJAYA  
 
11
 
vs
 
10
 
  N. SEMBILAN
ATM  
 
44
 
vs
 
17
 
  PAHANG
PDRM  
 
32
 
vs
 
08
 
  KEDAH

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X