Piala Agong 2016: Johor & Sabah terawal ke slot separuh akhir.

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 - Johor vs PDRM

Cubaan pemain-pemain Polis Diraja Malaysia(kanan) untuk mengekang pemain nombor 8 Johor Mohd Asraf Md. Noor(kiri) di Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 peringkat suku akhir yang telah diadakan di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Foto – Sukandaily

Logo - Kejohanan Ragbi Piala AgongPersaingan peringkat suku akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 hari ini menyaksikan 4 pasukan dari berentap padu dalam 2 perlawanan yang telah diadakan di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk merebut slot ke separuh akhir. Perlawanan pertama seawal jam 0230 petang di bawah matahari terik di antara pasukan Johor menentang pasukan PDRM(Polis Diraja Malaysia) tenyata memberi tekanan kepada kedua-dua pasukan untuk berhempas pulas. Pasukan Johor di awal permainan yang agak agresif memberi peluang kutipan mata sepakan penalti kepada PDRM seawal minit ke-2 yang diambil oleh oleh pemain lock Razitaman bin Kaalam. Namun kelebihan situasi itu tidak bertahan lama apabila anak didik Hamrizal Hamdan; pemain winger Wan Mohd Asyraf bin Norudin berjaya menembusi barisan kubu-kubu PDRM untuk jatuhan try pada minit ke-7 sekaligus tendangan conversion disempurnakan oleh pemain prop M. Firdaus Rozan.

Pasukan PDRM kembali mengatur strategi di waktu rehat separuh masa pertama dan berjaya mengutip 10 mata namun gagal menempah slot separuh akhir.

Pasukan PDRM kembali mengatur strategi di waktu rehat separuh masa pertama dan berjaya mengutip 10 mata namun gagal menempah slot separuh akhir.

Asakan demi asakan pemain PDRM di kubu pertahanan lawan sekali lagi menyebabkan pasukan Johor agak tertekan sehingga melakukan kesilapan yang sama untuk memberi kutipan mata penalti sekali lagi kepada PDRM. Kesilapan demi kesilapan yang telah dilakukan berserta dua kad kuning, akhirnya Johor kembali berjaya untuk memberi fokus di atas padang dengan 3 jatuhan try dan 3 tendangan conversion yang berjaya melengkapkan kutipan mata sebanyak 28 berbalas 13 di separuh masa pertama.

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 - Jurulatih PDRM - Yusli Ramli

Yusli Ramli(tengah) selaku jurulatih pasukan PDRM sewaktu aksi suku akhir menentang pasukan Johor.

Yusli Ramli selaku jurulatih pasukan PDRM ternyata gusar dengan rentapan pasukan lawan terpaksa merencanakan beberapa perubahan taktikal pada separuh masa kedua. Johor ternyata berhempas pulas gagal untuk mencipta ruang tanpa menambah mata sebaliknya 10 mata yang berjaya dicuri oleh PDRM masih tidak mampu untuk merebut slot ke separuh akhir. Johor berjaya melengkapkan 4 kemenangan di dalam kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 ini sekaligus berjaya mara ke separuh akhir pada 30 September 2016 nanti.

Kelantan yang tewas dalam perlawanan kedua di padang yang sama ternyata tidak dapat mengekang kemaraan Sabah yang terus optimis untuk mara dalam misi mengekalkan kejuaraan. Kelantan yang berada dalam saingan Kumpulan D berjaya mencatatkan 2 kemenangan namun tewas kepada pasukan PDRM untuk berjaya melayakan diri ke pusingan suku akhir ini berdasarkan kiraan mata kejohanan terkumpul. Pada edisi terdahulu, Kelantan turut hanya mampu untuk melayakan diri ke pusingan suku akhir setelah tewas kepada pasukan Perak.

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 - Sabah vs Kelantan

Kesungguhan pemain Sabah(depan) untuk melakukan try ketika bertemu Kelantan untuk menentukan tempat diseparuh akhir semasa Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 yang telah berlangsung dipadang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Foto – Sukandaily

 

MINGGU KE-4 SUKU AKHIR: 24 SEPTEMBER 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
JOHOR  
 
28
 
vs
 
23
 
  PDRM
SABAH  
 
43
 
vs
 
16
 
  KELANTAN

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X