Silap Percaturan Bawa Padah

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 - Johor vs ATM

Pemain prop Angkatan Tentera Malaysia Mohd Farid Sujari(belakang) cuba menyekat pergerakan lawannya dari Johor Mohd Asraf Md Noor(depan)
semasa perlawanan Kumpulan C Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 yang telah diadakan dipadang Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Foto – Sukandaily

Logo - Kejohanan Ragbi Piala AgongPasukan ATM(Angkatan Tentera Malaysia) yang telah meraih dua kemenangan setelah berentap bersama Pahang dan Pulau Pinang dalam saingan Kumpulan C namun tidak dapat mengekalkan rentak setelah disentap oleh Johor. Johor selaku penyandang juara bagi edisi 2013 turut telah meraih dua kemenangan di pusingan awal kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34. Johor yang membuka tirai kejohanan dalam perlawanan pertama sebelum ini telah membelasah Pulau Pinang dengan kutipan mata 101 berbalas 3 mata. Perlawanan ke-3 bagi kedua-dua pasukan ini yang telah berlansung di padang Pangkalan Udara Kuala Lumpur di mana ATM telah membariskan gandingan pemain dari tiga perkhidmatan tentera untuk menempah ke slot suku akhir.

Johor di bawah kendalian jurulatih Hamrizal Amdan telah bermula dengan agresif di awal permainan dan berjaya menembusi pertahanan lawan untuk melakukan jatuhan try seawal minit ke-6 oleh bekas pemain remaja kebangsaan Mohd Asraf bin Md. Noor. Gandingan mantap pasukan Johor teruskan rentak berjaya mengucar-kacirkan barisan pihak lawan untuk menambahkan mata melalui pemain winger Mohd Zahieri Zumardi.

Kealpaan pemain-pemain ATM ternyata telah memberi ruang kepada pasukan Johor untuk meluaskan jurang mata menjadikan kedudukan 31 berbalas 03. ATM kemudian berjaya menambah 5 mata lagi melalui try oleh pemain winger Walter ak Muyang menjadikan kutipan mata 8 berbalas 31 sebelum tamat masa pertama perlawanan.

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 - Johor vs ATM

Gandingan tiga pemain Johor melakukan tumbangan ke atas prop Angkatan Tentera Malaysia Mohd Farid Sujari(camofludge) dalam saingan awal peringkat kumpulan yang telah berlangsung dipadang Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Foto – Sukandaily

Percaturan meletakan beberapa pemain yang kurang menyerlah ternyata menghukum pasukan ATM yang gagal untuk memberi saingan di separuh masa pertama Ketinggalan kutipan mata agak jauh turut memberi tekanan kepada para pemain ATM dalam situasi tersebut. Namun pada separuh masa kedua, ATM telah melakukan beberapa pertukaran pemain secara lansung turut mengubah corak permainan yang mampu untuk mencipta peluang.

Johor yang masih mengekal rentak permainan yang konsisten masih mampu untuk terus menambah 14 mata lagi menjadi 45 berbalas 08. Asakan demi asakan padu melalui pemain forward, ATM berjaya menambahkan 3 try dan 2 conversion sebelum pengadil perlawanan Nik Ramadhan meniup wisel tamat permainan untuk kemenangan bagi pasukan Johor dengan kutipan mata 45 berbalas 27.

 

MINGGU KE-3: 17 SEPTEMBER 2016
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
PERAK  
 
20
 
vs
 
16
 
  NEGERI SEMBILAN
KEDAH  
 
67
 
vs
 
10
 
  W.P KUALA LUMPUR
PAHANG  
 
32
 
vs
 
21
 
  PULAU PINANG
JOHOR  
 
45
 
vs
 
27
 
  ATM
PDRM  
 
28
 
vs
 
18
 
  KELANTAN

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X