Mampukah KS DBKL Pertahankan Piala Kejohanan.

Sukandaily - Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens 2015 - Kelab Ragbi KS DBKL

Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjuarai Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens 2015 setelah menewaskan SSTMI Tsunami di perlawanan akhir yang telah diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban, Seremban. Foto – Sukandaily

kejohanan-ragbi-antarabangsa-royal-sevens-2016-logoSiri kejohanan ragbi 7 sepasukan kini kembali mewarnai kalendar tahunan perkembangan ragbi di Malaysia ini. Penganjuran kali ke-18 bagi Kejohanan Ragbi Antarabangsa Royal Sevens 2016 ini ternyata makin mampan dengan penyertaan beberapa pasukan di dalam negara mahupun di luar negara saban tahun. Bagi kejohanan kali ini, Singapura turut menghantar 3 pasukan untuk berentap di kategori Kelab Liga Super bersama pasukan kelab ragbi tempatan lain. Sebanyak 16 pasukan bakal berentap dalam kategori Kelab Liga Super dan 16 pasukan dari peringkat sekolah mengambil bahagian.

Kelab ragbi KS DBKL selaku penyandang juara edisi lalu optimis walaupun dijangka menerima tentangan sengit untuk terus mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi Antarabangsa Royal Sevens 2016 Ke-18 yang akan berlansung selama 2 hari di padang Majlis Perbandaran Seremban bermula 8 Okt ini. KS DBKL berhadapan cabaran besar setelah beberapa pemain utama mereka berkemungkinan tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan. Namun situasi ini dijangka dapat di atasi dengan beberapa pemain gantian dan pemain import yang telah dikenal pasti untuk mengalas cabaran. Nik Safuan Ismade Nik Man berusia 36 tahun ini yang berpengalaman besar sekali lagi telah diberi kepercayaan selaku jurulatih untuk membawa pasukan KS DBKL ini selama 3 tahun berturut-turut dalam kejohanan ini.

kejohanan-ragbi-antarabangsa-royal-sevens-2016
“Bagi kejohanan kali ini, kami mempertaruhkan beberapa pemain import kami untuk mengantikan beberapa pemain utama kami yang tidak dapat beraksi. Selain itu ini juga merupakan platform terbaik kami untuk persedian ke Kejohanan COBRA 10’s nanti. Sudah tentu kami selaku penyandang juara pada edisi lalu perlu bermati-matian mempertahankan kejuaraan. Saingan makin sengit sudah pasti di mana banyak prestasi pasukan lawan kian bagus sejajar dengan perkembangan ragbi semasa kini.” ujar Nik Safuan Ismade Nik Man yang dihubungi oleh pihak Sukandaily.

Sukandaily - Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens 2015 - NS Wanderers vs Serdang Angels

Pasukan NS Wanderers yang telah dikecewakan beberapa kali akan kembali untuk merampas kembali tahta kejohanan. Foto – Sukandaily

Manakala bagi pasukan tuan rumah; NS Wanderers turut memperkasakan pasukan bagi menghadapi saingan kejohanan ini. Pada edisi terdahulu, tuan rumah berjaya mara ke pusingan akhir Plate setelah menewaskan pasukan Panters Blowpipes berkesudahan 19 berbalas 7. Mohd Fahmy Bin Abd Jalil selaku pengurus pasukan NS Wanderers turut mengulas tentang kejohanan tahun ini kian sengit di mana kebanyakkan pasukan lawan mempunyai pemain import yang bagus untuk bersaing dengan pemain tempatan. Tiada had penyertaan pemain import bagi setiap pasukan di dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa Royal Sevens 2016 ini.

 

KUMPULAN KELAB LIGA SUPER
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KS DBKL  
  2.  
 
  ATM JLJ  
  3.  
 
  BANGI HUNTERS  
  4.  
 
  SINGAPORE RU  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SSTMI TSUNAMI  
  2.  
 
  SERDANG ANGELS  
  3.  
 
  NS PERANTAU  
  4.  
 
  SINGAPORE CRICKET CLUB  
         
KUMPULAN C
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  TERENGGANU RC  
  2.  
 
  COBRA  
  3.  
 
  PERLIS  
  4.  
 
  BLACKHAWK  
   
KUMPULAN D
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  ISKANDAR RAIDERS  
  2.  
 
  NS WANDERERS  
  3.  
 
  ROYAL SELANGOR CLUB  
  4.  
 
  SINGAPORE POLICE  
         
           
         

 

KUMPULAN DIVISYEN SEKOLAH
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SS TUNKU MAHKOTA ISMAIL  
  2.  
 
  SMK TTDI JAYA  
  3.  
 
  SM SYED SIRAJUDDIN  
  4.  
 
  MRSM KUALA KLAWANG  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SMS TUANKU JAAFAR  
  2.  
 
  SBPI INTEGRASI KUANTAN  
  3.  
 
  KV SEGAMAT  
  4.  
 
  TEKNIK TUANKU JAAFAR  
         
KUMPULAN C
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SMK SRI MERSING  
  2.  
 
  MAKTAB TENTERA DIRAJA  
  3.  
 
  SMK BUKIT KEPAYAN  
  4.  
 
  SMK SSAAS  
   
KUMPULAN D
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KV AMPANGAN  
  2.  
 
  SMK KING GEORGE V  
  3.  
 
  SMK SUNGAI KAPAR INDAH  
  4.  
 
  SMS SULTAN AHMAD SHAH  
         

*SMK SSAAS- SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
       
         

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X