Penantian 33 tahun Perak berakhir.

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 - Perlis vs Perak

Naib Juara tahun lepas Perak, cuba mencatat sejarah untuk menjualang Piala Agong buat pertama kalinya di Negeri di Bawah Bayu. Foto – Sukandaily

Logo - Kejohanan Ragbi Piala AgongPenantian sekian lama sejak edisi pertama di pertandingkan pada 1982, akhirnya Perak berjaya mengukir sejarah di padang Kelab Ragbi Eagles, Sandakan, Sabah bertempatnya perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 Ke-34 setelah menewaskan pasukan Johor.

Kebangkitan pasukan Perak mula menjadi perhatian setelah mara ke pusingan akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong pada tahun 2015. Begitu juga buat tahun ini di mana Perak terus beraksi cemerlang dalam peringkat kumpulan A menewaskan pasukan Wilayan Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan sebelum mara ke pusingan suku akhir menewaskan Perlis dan Terengganu dalam perlawanan separuh akhir.

Sukandaily - 2016 Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-34 - Jurulatih Perak - Mohamad Nazeer Bin Mohamed Nesharah

Percaturan Black(3 dari kiri) untuk pasukan Perak sepanjang Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 ini ternyata berjaya diterjemahkan oleh para pemain untuk merangkul kejayaan.

Mohamad Nazeer bin Mohamed Nesharah yang pertama kali diberi kepercayaan selaku jurulatih pada 2015 terus berjaya membawa pasukan Perak ke pusingan akhir dan tahun ini selaku juara sudah pasti secara tidak lansung memberi nafas baru halatuju masa depan pasukan yang selama ini di pandang sepi. Pujian juga wajar diberikan kepada para pemain yang bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap perlawanan walaupun menentang beberapa pasukan pilihan sebelum ini.

“Syukur Alhamdulilah, akhirnya kami berjaya merangkul juara. Sesuatu yang manis buat saya. Terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua para pemain yang memberikan kepercayaan kepada saya dan kepercayaan kepada pasukan. Mereka telah memberikan segala-galanya dalam setiap perlawanan untuk kejayaan hari ini.” ujar Mohamad Nazeer bin Mohamed Nesharah atau lebih mesra dikenali sebagai Black.

Kejayaan ini jugak sudah pasti menjadi satu kenangan manis buat Datuk Shahrul Zaman Yahya selaku presiden Kesatuan Ragbi Malaysia yang baharu dilantik pada tahun ini yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X