Bunga Raya U19 tunaikan tanggungjawab sosial.

Program Pembangunan Ragbi Remaja 1Malaysia COBRA

Barisan pasukan Bunga Raya U19 bersama para pegawai-pegawai Program Pembangunan Ragbi Remaja 1Malaysia COBRA dan penghuni Taman Sinar Harapan.

Walaupun sibuk dengan latihan padat pasukan Bunga Raya U19 masih berkesempatan untuk melakukan kerja amal bergotong royong di rumah kebajikan Taman Sinar Harapan di Kuala Kubu Bharu bebaru ini. Program ini juga telah disertai Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ P. Kamalanathan turut menceriakan seluruh penghuni rumah kebajikan ini.

YB Dato’ P. Kamalanathan turut menzahirkan perasaan gembira kerana sokongan diberikan oleh para atlet ragbi ini walaupun mereka akan berdepan dengan cabaran besar Kejohanan Ragbi Asia U19 2016 pada hujung minggu nanti. Beliau juga turut berbangga dengan kejayaan Program Pembangunan Ragbi Remaja 1Malaysia COBRA menjadi satu contoh terbaik untuk ditunjukan kepada para remaja khususnya yang masih bersekolah sejajar dengan halatuju oleh Kementerian Pendidikan.

Program Pembangunan Ragbi Remaja 1Malaysia COBRA
“Kami sungguh berterima kasih di atas usaha murni ini. Ianya sesuatu yang tidak mampu untuk dibalas oleh 200 penghuni rumah kebajikan ini di mana di antara mereka telah kehilanggan ahli keluarga. Kehadiran anda amat bermakna untuk memberi sokongan moral kepada mereka menjelang perayaan Krismas dan sambutan tahun baru nanti.”, ujar Pengetua Taman Sinar Harapan Puan Norsyahrulseri binti Mansor.

Sementara itu Ketua Pegawai EKsekutif YR1M, Ung Su Ling yang turur hadir berkata “Kami mahu memberi peluang kepada pasukan ini untuk memupuk semangat berbakti kepada komuniti di samping membina jati diri di kalangan para pemain yang rata-rata adalah belia yang masih muda. Kami berharap mereka mampu untuk membentuk generasi akan datang yang lebih baik”.

Program Pembangunan Ragbi Remaja 1Malaysia COBRA
Program amal ini merupakan sebahagian dari projek Program Pembangunan Ragbi Remaja 1Malaysia COBRA iaitu sebuah program kerjasama di antara Yayasan Rakyat 1Malaysia(YR1M) dan Kelab Ragbi COBRA.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.408 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X