Kota Singa Bakal Kembali Bergema



Rock Ruck Rumble” – Kemeriahan kejohanan ragbi bertaraf dunia sekali lagi kembali ke negara jiran kita pada April nanti. Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2016-17 yang bakal berlansung pada 15 & 16 April 2017 ini merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh para peminat ragbi seluruh tanah air. Penganjuran kali kedua di Stadium Nasional Singapura sudah pasti memberi kelebihan kepada para peminat tempatan yang sebelum ini terpaksa berkorban wang Ringgit dan masa untuk ke venue pertandingan yang teramat jauh.

Tumpuan kali ini bagi peminat ragbi tempatan sudah pasti pada pakej harga tiket yang ditawarkan serendah RM360 yang turut meliputi perkhidmatan pengangkutan pergi & balik yang disediakan dari Kuala Lumpur ke Stadium Nasional Singapura berserta penginapan di Johor Bharu. Selain dari harga pakej tersebut, pihak Sukandaily turut difahami bahawa harga lain-lain tiket yang ditawarkan khas bagi peminat tempatan juga adalah lebih murah berbanding dari jumlah sebenar.


Pakej istimewa ini hanya boleh didapati dengan pembelian dari pihak agen yang sah dari Malaysia ini iaitu pihak R.A.M. Travel & Tours Sdn. Bhd.(603-88886816 / aminramt@yahoo.com) dan Lena Kula (+6016 847 3888 / lenakula@yahoo.co.uk). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus di sg7my.sales@gmail.com.


Singapura menjadi destinasi ke-8 bagi siri Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2016-17 setelah Hong Kong menjadi tuan rumah dan seterusnya akan ke Paris dan London sebagai destinasi terakhir. Pada edisi pertama kejohanan ini diadakan di Singapura, Kenya mencipta sejarah tersendiri dalam arena sukan ragbi antarabangsa apabila berjaya menjuarai setelah menewaskan Fiji.

30 kutipan mata dalam perlawanan menentang pasukan Fiji selaku pendahulu kejohanan adalah sesuatu yang menakjubkan buat pasukan Kenya. Kredit Foto – Sukandaily


Kenya merupakan satu-satunya negara dari benua Afrika pertama yang berjaya memenangi siri kejohanan ragbi dunia 7 sepasukan ini. Walaubagaimanapun Fiji tetap dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2015-16 setelah menewaskan Afrika Selatan dalam siri akhir perlawanan di London.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 2.985 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X