Liga Ragbi 2017 Berwajah Baharu

Sukandaily sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat terkini perkembangan ragbi tanah air yang terbaik untuk para peminat sukan ini.


Tirai kejohanan ragbi 2017 kembali dengan format baharu kejohanan yang diperkenalkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia. Kejohanan yang menjadi acara pertama dalam kalendar ragbi kebangsaan dikenali sebagai Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2017 kini telah mengabungkan Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia dan Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan(NICC) untuk setiap kelab ragbi berentap mengikut kategori atau divisyen yang ditetapkan. Sebelum ini Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan(NICC) menjadi titik permulaan bagi setiap kelab ragbi untuk menapak ke peringkat kebangsaan yang lebih tinggi untuk layak ke Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia.

Pada edisi lalu, sebanyak 18 pasukan telah bertanding dalam Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan(NICC) 2015. Iskandar Raiders selaku juara dan NS Wanderers yang berentap di pusingan akhir kejohanan ini layak untuk mara di pentas Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016. Untuk rekod, sebanyak 14 pasukan telah berentap sepanjang musim Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016. Manakala pasukan KL Saracens dan ATM JLJ yang tersingkir dari saingan Kejohanan Liga Super 2016 akan berentap di dalam Liga Divisyen 1 pada kejohanan kali ini. 12 pasukan teratas yang telah menamatkan musim Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016 akan berentap di dalam Liga Premier nanti.

Sukandaily - Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia - Mohd Mazuri Salehuddin

“Penambahbaikan yang diperkenalkan dalam penganjuran kali ini sudah pasti dapat melibatkan lebih ramai pengadil, pegawai teknikal dan para pemain kerana dijalankan serentak. Ianya sesuatu yang bagus untuk memastikan hasil program pembangunan yang telah dijalankan itu berjaya.”; Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia – Mohd Mazuri Salehuddin. Kredit Foto – Sukandaily


Kos penganjuran bagi sepanjang musim Kejohanan Liga Ragbi 2017 kali ini yang hampir mencecah RM400,000.00 sudah pasti menjanjikan suatu pengalaman penganjuran yang terbaik dari sebelum ini. Kesatuan Ragbi Malaysia yang dilihat mula melakukan penambahbaikan dalam penganjuran demi penganjuran adalah sesuatu perkara yang harus diambil perhatian demi perubahan ke arah profesionalisma dan memberi keyakinan kepada pihak penaja. Hasil perkembangan positif sukan ragbi tanah air sepanjang 2016 sedikit sebanyak berjaya memberi perhatian kepada beberapa bakal pihak penaja untuk bersama. Malah dengan ganjaran inisiatif wang tunai ditawarkan kepada setiap pasukan yang menjuarai kejohanan ini sudah pasti ianya satu penanda aras terbaik buat pasukan yang bertanding.

“Penambahbaikan yang diperkenalkan dalam penganjuran kali ini sudah pasti dapat melibatkan lebih ramai pengadil, pegawai teknikal dan para pemain kerana dijalankan serentak. Ianya sesuatu yang bagus untuk memastikan hasil program pembangunan yang telah dijalankan itu berjaya. Selain itu juga turut memberi peluang kepada setiap pasukan bersaing dengan adil di mana para pemain tidak lagi dapat memberi “komitmen” untuk mewakili lebih dari satu pasukan sepanjang kejohanan yang selama ini memberi masalah kepada kami. Begitu juga dengan para pengadil di mana tidak akan memonopoli sebahagian besar pengadilan perlawanan. Ini akan memberi ruang dan peluang kepada bakat-bakat baru pihak yang terlibat dalam sukan ini.”; ujar Encik Mohd Mazuri Sallehuddin selaku Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia(kini dikenali sebagai Malaysia Rugby) yang dihubungi oleh pihak Sukandaily

Beliau juga turut mengulas yang format terbaharu kejohanan ini dijangka mampu untuk memeriahkan suasana perkembangan ragbi tanah air di mana di merata tempat setiap minggu sepanjang kejohanan berlansung.

12 pasukan dari Liga Premier, 12 pasukan dari Divisyen 1 dan 11 pasukan dari Divisyen 2 menghimpunkan keseluruhan 35 pasukan kelab ragbi bakal berentap seluruh tanah air yang akan bermula pada 4 Februari 2017 ini. Beberapa pasukan yang bertanding juga turut telah mengadakan beberapa siri perlawanan persabahatan dalam persediaan mengharungi kempen kejohanan ini yang dijangka akan berakhir pada Mac 2017 nanti.


 

KUMPULAN PASUKAN LIGA PREMIER 2017
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SERDANG ANGELS  
  2.  
 
  NS WANDERERS  
  3.  
 
  POLITEKNIK MALAYSIA  
  4.  
 
  COBRA  
  5.  
 
  MERSING EAGLES  
  6.  
 
  ISKANDAR RAIDERS  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KERIS CONLAY  
  2.  
 
  SSTMI TSUNAMI  
  3.  
 
  KELAB SUKAN DBKL  
  4.  
 
  ASAS RC  
  5.  
 
  UITM LIONS  
  6.  
 
  PANTHERS BLOWPIPES  

KUMPULAN PASUKAN LIGA DIVISYEN 1 2017
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  ATM JLJ  
  2.  
 
  KOTA BHARU  
  3.  
 
  UTM PIRATES  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KL SARACEN  
  2.  
 
  SAHOCA RC  
  3.  
 
  EDWARDIAN TIGER  
         
KUMPULAN C
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  BERINGIN RENDANG RC  
  2.  
 
  IIUM MUSTANGS  
  3.  
 
  ISKANDAR TROOPERS  
   
KUMPULAN D
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  SILVER GAURUS  
  2.  
 
  KL TIGERS  
  3.  
 
  ATM BLACKHAWKS  

KUMPULAN PASUKAN LIGA DIVISYEN 2 2017
KUMPULAN A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  HOME OF WARRIORS RC  
  2.  
 
  VIOBA BLUES  
  3.  
 
  ARMOUR KNIGHTS  
   
KUMPULAN B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  ATM NAVY ORCA  
  2.  
 
  USM JOKERS  
  3.  
 
  RMP PAHANG  
         
KUMPULAN C
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KELLEYS  
  2.  
 
  UTP DRILLERS  
  3.  
 
  QUBYX LIONS  
   
KUMPULAN D
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  JERANTUT RAINFOREST RC  
  2.  
 
  TERENGGANU RC  
         

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 2.292 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X