ASAS RC Optimis Saingi Musim 2017

Pada perlawanan kedua ASAS RC musim ini telah berjaya mengalahkan pasukan Panthers Blowpipes dengan kutipan mata 72 berbalas 12.

Pada perlawanan kedua ASAS RC musim ini telah berjaya mengalahkan pasukan Panthers Blowpipes dengan kutipan mata 72 berbalas 12.

ASAS RC yang kini dikendalikan oleh jurulatih baru; Encik Mohd Arshad Bin Ahmad optimis untuk mengharungi saingan Premier Liga Ragbi 2017 dan memperbaiki prestasi pasukan yang merundum pada tahun lalu. Persediaan pasukan yang lebih padu berbanding tahun lepas dengan gandingan import Fiji baru di lihat mampu untuk berentap bersama beberapa pasukan ternama lain dalam kumpulan B ini. Pada tahun lalu dalam kempen Liga Super 2016, ASAS RC yang bermula agak teruk di awal musim setelah mengutip 5 kekalahan dalam 6 siri perlawanan.

Pada perlawanan kedua ASAS RC musim ini telah berjaya mengalahkan pasukan Panthers Blowpipes dengan kutipan mata 72 berbalas 12. ASAS RC yang turut mendahului pada separuh masa dengan kutipan mata 36 berbalas 12 ternyata memberi amaran awal kepada pasukan lawan. Try pertama seawal minit ke-2 oleh pemain Prop ASAS RC ini; Amirrul bin Shahbudin ternyata memberi gambaran kerapuhan pasukan Panthers Blowpipes untuk memberi tentangan. Namun disebalik kenduri kutipan mata ini, ASAS RC juga turut menerima 2 layangan kad kuning yang dikutip oleh pemain Prop; Affiq Aiman bin A. Arasyid dan pemain Flanker gantian; Mohd Shahir B. Sidek.

Pathers Blowpipes hanya mampu mengutip 2 jatuhan try dan 1 tendangan conversion sepanjang perlawanan ini sekaligus mencatat kekalahan kali kedua berturut-turut. Pada perlawanan pembukaan, Panthers Blowpipes turut dibelasah teruk tanpa sebarang mata setelah Keris Conlay berjaya mengutip mata sebanyak 86. Pada perlawanan pembukaan yang lalu, ASAS RC telah berjaya menewaskan pasukan UiTM Lions dengan kutipan mata 32 berbalas 19.

Kejohanan Liga Ragbi Malaysia kini telah mengabungkan Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia dan Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan(NICC) untuk setiap kelab ragbi berentap mengikut kategori atau divisyen yang ditetapkan. Foto Ihsan – Rohimi Ahmad – Kesatuan Ragbi Malaysia.


“Pada perlawanan kedua ini, kombinasi para pemain bersama 4 pemain import Fiji baru ternyata semakin baik walaupun boleh dilihat masalah kecergasan pemain barisan depan kami. Kudrat import kali ini dilihat lebih berkualiti berbanding yang terdahulu. Untuk kempen tahun ini, kami yakin untuk mara ke pusingan kalah mati berbanding pada tahun lepas di mana prestasi kami agak buruk.”; ujar jurulatih ASAS RC; Encik Mohd Arshad Bin Ahmad yang berusia 60 tahun berasal dari Kedah ini.

Untuk rekod, ASAS RC telah terkandas berturut-turut untuk mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia setelah ditewaskan oleh UPM Angels pada 2016 dan UiTM Lions pada 2015.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X