Mersing Eagles, IIUM Mustangs & Navy Orca ungguli aksi sulung Liga Ragbi Malaysia 2017

Barisan pasukan Kelab Ragbi Mersing Eagles yang beraksi dalam Liga Ragbi Malaysia 2017.

Barisan pasukan Kelab Ragbi Mersing Eagles yang beraksi dalam Liga Ragbi Malaysia 2017. Foto ihsan – Kelab Ragbi Mersing Eagles


Aksi sulung perlawanan membuka tirai Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2017 ini telah dikejutkan dengan kemenangan besar 52-05 oleh pasukan dari selatan tanah air; Mersing Eagles ke atas pasukan COBRA yang telah berlansung di Padang Bellamy, Pangkalan Tentera Udara Diraja(TUDM), Sungai Besi. Perlawanan peringkat kumpulan A seawal jam 0230 petang ternyata memberi langkah kanan kepada pasukan anak didik Badrul Hisham Jamaludin; bekas pemain kebangsaan sewaktu Sukan Komanwel 1998.

Mersing Eagles dibarisi 6 pemain Johor yang telah beraksi dalam Kejohanan Piala Agong yang lepas dan sebahagian besar adalah pemain yang berasal dari Mersing itu sendiri mengambarkan yang mereka amat bersedia untuk memberi saingan yang lebih padu berbanding tahun – tahun lalu. Kudrat import pemain Fiji, Apolosi Tuiloma Tanoa masih dikekalkan di dalam pasukan Mersing Eagles ternyata masih berbisa untuk saingan kempen Liga Ragbi Malaysia ini.

Badrul Hisham Jamaludin(tshirt biru) memberi taklimat kepada pasukan Mersing Eagles sebelum perlawanan bermula.

Badrul Hisham Jamaludin(tshirt biru) memberi taklimat kepada pasukan Mersing Eagles sebelum perlawanan bermula.


Pemain import Fiji yang baru diketengahkan; Semi Nakaira dan Mohammad Asraf bin Mohd Nor di mana kedua-dua pemain ini beraksi di sayap pasukan ternyata berjaya banyak mencipta peluang dan ruang kepada pasukan untuk terus merobek benteng pertahanan pasukan COBRA. Mersing Eagles dijangka akan terus menerima tentangan sengit dari Serdang Angels, NS Wanderers, Politeknik Malaysia, Iskandar Raiders dalam saingan kumpulan A Liga Premier ini.

“Untuk perlawanan pertama ini menentang pasukan COBRA, kami jangkakan satu perlawanan yang sengit dan bukannya mudah dengan harapan kemenangan di pihak kami. Ternyata kesilapan demi kesilapan oleh barisan pemain muda pasukan lawan membuka peluang kepada kami. Faktor kekurangan pemain import yang diturunkan oleh COBRA yang sepatutnya boleh membantu memberi saingan juga dilihat memberi kelebihan kepada pasukan kami ini.”; ujar Haji Hasbi Zaidi Hassan selaku pengurus pasukan Mersing Eagles yang dihubungi. Beliau juga turut mengulas persiapan awal pasukan yang lebih padat pada awal tahun di samping beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini bersama pasukan ternama seperti IIUM Mustangs dan Keris Conlay turut sedikit sebanyak membantu pasukan untuk beraksi dengan baik.

Manakala dalam aksi Divisyen 1, IIUM Mustangs turut mencatat kutipan mata kemenangan terbanyak telah membelasah pasukan Iskandar Troopers berkesudahan 48 berbalas 07 di padang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). IIUM Mustangs yang beraksi dalam saingan kumpulan C layak untuk berentap dalam Divisyen 1 setelah menjadi juara dalam Liga Ragbi Wilayah Persekutuan yang lalu.

Navy Orca turut merupakan pasukan yang mencatat kutipan mata kemenangan terbanyak di dalam Divisyen 2 setelah menewaskan USM Jokers dengan berkesudahan 15-03. Sebanyak 10 perlawanan pembukaan dari setiap divisyen yang dipertandingan telah berlansung.

HARI PERTAMA: 4 FEBRUARI 2017 LIGA PREMIER
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
MERSING EAGLES
 
52
 
vs
 
05
 
  COBRA
ISKANDAR RAIDERS
 
34
 
vs
 
30
 
  SERDANG ANGELS
NS WANDERERS
 
41
 
vs
 
31
 
  POLITEKNIK MALAYSIA
ASAS RC
 
32
 
vs
 
19
 
  UITM LIONS
DIVISYEN 1
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
IIUM MUSTANGS
 
48
 
vs
 
07
 
  ISKANDAR TROOPERS
ATM JLJ
 
22
 
vs
 
03
 
  UTM PIRATES
KL SARACENS
 
19
 
vs
 
17
 
  EDWARDIAN TIGERS
DIVISYEN 2
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
ATM NAVY ORCA
 
15
 
vs
 
03
 
  USM JOKERS
UTP DRILLERS
 
13
 
vs
 
10
 
  KELLEYS

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.011 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X