“Teruk!Masalah disiplin!” – Yusli Ramli.

Kelab Sukan DBKL catat kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan pembukaan kumpulan B Premier Liga Ragbi Malaysia 2017.

Teruk!Masalah disiplin!” itulah yang digambarkan oleh Yusli bin Ramli selaku jurulatih pasukan Kelab Sukan DBKL setelah tewas kepada UiTM Lions dalam perlawanan kedua saingan kumpulan B Premier Liga Ragbi Malaysia 2017. Beberapa “masalah disiplin” di atas padang telah menghukum pasukan ini sehingga mengutip 3 kad kuning dan ketiga-tiga pemain import Fiji mereka dikenakan perintah sin bin turut menambah duka. Ternyata jurulatih ini amat kecewa dengan persembahan para pemain di atas padang yang tidak mampu untuk mencipta peluang.

Selain itu beberapa pemain Kelab Sukan DBKL ini turut mengalami kecederaan sewaktu perlawanan sengit menentang UiTM Lions yang turut menjadi pertimbangan buat pengendali pasukan ini dalam saingan seterusnya yang dijadualkan menentang Keris Conlay nanti. Keris Conlay yang telah membelasah tanpa kasihan pasukan Panthers Blowpipes dan SSTMI Tsunami dalam dua perlawanan pembukaan sebelum ini ternyata memberi isyarat yang amat padu kepada semua pasukan yang bertanding.

Jurulatih Kelab Sukan DBKL; Yusli bin Ramli(dua dari kiri) sewaktu saingan menentang pasukan UiTM Lions dalam saingan kumpulan B Premier Liga Ragbi Malaysia 2017.

Momentum Kelab Sukan DBKL mula meningkat naik sejak tahun lepas setelah mara ke pusingan suku akhir dalam saingan Liga Super 2016 dan turut beraksi cemerlang dalam beberapa kejohanan tempatan lain dilihat masih tidak dapat mampu mencari rentak untuk tahun ini. Persediaan pasukan pada tahun ini yang dilaporkan agak terlewat berbanding tahun lalu di samping masalah perbelanjaan pasukan pada awalnya turut sedikit sebanyak merenjatkan perancangan pasukan.

Sukandaily - Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2017 - UiTM Lions vs KSDBKL

Flanker KSDBKL Abduboris Karimov(merah) cuba melepaskan diri dari lawannya UiTM Lions(biru) semasa perlawanan kumpulan B yang telah diadakan dipadang A Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kredit Foto – Sukandaily

Tewas tipis kepada pasukan SSTMI Tsunami dalam perlawan pertama dan tewas kepada UiTM Lions dalam perlawanan kedua ini seterusnya menanti saingan dari Keris Conlay pasti laluan berliku buat pasukan ini. Namun sasaran untuk mara ke pusingan kedua kempen Liga Ragbi Malaysia 2017 ini tetap menjadi halatuju bagi pasukan ini.

“Kita telah tewas dalam dua perlawanan terdahulu. Saya harap para pemain dapat berfikiran positif untuk perlawan seterusnya.”, ujar Yusli bin Ramli yang ditemui sejurus tamat perlawanan.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X