Silver Gaurus Tepati Ramalan

KAMI JUARA!…SILVER GAURUS. Kredit Foto – Sukandaily

Perebutan slot saingan Premier Liga Ragbi pada musim hadapan akhirnya sampai kemuncak setelah Silver Gaurus berjaya menewaskan Kor JLJD dalam perlawanan akhir Divisyen 1 Liga Ragbi 2017 yang telah berlansung di padang A, Universiti Putra Malaysia. Kedua-dua pasukan mara ke pusingan akhir ini setelah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi peringkat kumpulan sepanjang musim ini sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah pasukan lawan masing-masing.

Sepak mula oleh pemain tengah Kor JLJD, Mohd Azuwar Bin Hassan berjaya disambut kemas oleh pasukan lawan terus meluru laju ke tengah padang mengatur serangan. Kelincahan para pemain Silver Gaurus mengatur serangan kemas dari kiri ke kanan padang bersilih ganti terus memberi kelebihan penguasaan di atas padang. Setiap rucking pantas disempurnakan oleh Silver Gaurus menghampiri kubu lawan sedikit demi sedikit terus memaksa Kor JLJD memperkukuhkan barisan pertahanan. Kor JLJD yang kelam kabut terpaksa menghadiahkan sepakan penalti kepada Silver Gaurus sawal minit pertama namun gagal disempurnakan.

Prop Kor JLJ DiRaja Lailatul Norazlee Shaari(depan) cuba melakukan tumbangan keatas lock Silver Gaurus Muhammad Aidid Abdul Razak(jersi kuning/hitam) di perlawanan Akhir Divisyen 1 Kejohanan Air Asia Liga Ragbi Malaysia yang telah berlangsung dipadang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kredit Foto – Sukandaily

Menjelang minit ke-7, hasil balingan line-out oleh Muhmad Amiruddin Bin Razali, pemain hooker Silver Gaurus yang disambut kemas oleh para pemain akhirnya telah memberi ruang kepada kapten pasukan, Mohamad Nor Bin Adol untuk terus mencuri mata melalui jatuhan try pertama di penjuru padang. Namun gagal untuk mengutip mata seterusnya setelah tendangan conversion oleh Juita Beletinikoloni Lutumailagi tersasar jauh. Silver Gaurus yang dibawah kendalian jurulatih, Mohamed Nazeer bin Mohamed Nesharah terus menambah beberapa jatuhan try lagi dan tendangan conversion yang berjaya disempurnakan sekali gus memberi tekanan hebat kepada pasukan Kor JLJD ini.

Pemain pemain Kor JLJ DiRaja(merah) berjaya menyekat pergerakan pemain Silver Gaurus(kuning/hitam) di perlawanan Akhir Divisyen 1 Kejohanan AirAsia Liga Ragbi Malaysia yang telah berlangsung di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kredit Foto – Sukandaily

Kehadiran sebahagian besar penyokong pasukan Kor JLJD memberi sorakan semangat kepada pasukan sedikit sebanyak memberi nafas baru untuk menguasai permainanan. Kor JLJD yang mula mengasak serangan demi serangan tanpa putus dari kiri ke kanan padang memporak-perandakan pertahanan lawan sehinggakan beberapa kesilapan Silver Gaurus mula tercetus. Terdapat pemain dari kedua-dua pasukan telah terbaring mengalami kecederaan di atas padang termasuklah kapten pasukan Silver Gaurus, Mohamad Nor Bin Adol terpaksa dibawa keluar padang setelah mengalami kecederaan bahu pada minit ke-23. Ketiadaan Ketua Pasukan Mohamad Nor Adol sedikit sebanyak memberi ruang kepada pihak lawan untuk terus mengasak. Walaupun Kor JLJD mula mendapat rentak di saat hampir kepada waktu rehat separuh masa pertama namun masih ketinggalan dengan keputusan 28 berbalas 8.

Pada separuh masa kedua, perlawanan mula seimbang setelah kedua-dua pasukan bersilih ganti penguasaan bola di atas padang. Silver Gaurus yang kadang kala dapat menembusi barisan pertahanan Kor JLJD namun masih gagal mencari penyudah setelah seringkali dipatahkan oleh pihak lawan. Tekanan demi tekanan padu yang diberikan oleh Kor JLJD telah memaksa pemain no.8 Silver Gaurus, Mohamad Taufiq bin Mohd Anuar menyimpan sekeping kad kuning. Kor JLJD yang kembali mendapat rentak permainan terus berjaya mengutip 2 jatuhan try dan hanya 1 tendangan conversion berjaya dihasilkan namun masih tidak dapat mendahului perlawanan berbanding Silver Gaurus memperolehi satu jatuhan try dan 1 tendangan conversion di separuh masa kedua ini sehingga akhir permainan.

Pengerusi Kor JLJ DiRaja Mejar Jeneral Dato’ Hanafiah bin Jaafar menyampaikan ‘mock cheque’ kepada pasukan Kor JLJ DiRaja selaku Naib Juara Divisyen 1 Kejohanan Air Asia Liga Ragbi Malaysia sambil diiringi oleh Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia YB Dato Shahrul Zaman Yahya. Kredit Foto – Sukandaily

Untuk rekod sepanjang perlawanan ini, Silver Gaurus berjaya melakukan kutipan mata melalui 5 try, 4 tendangan conversion dan 2 kad kuning. Kor JLJD pula hanya mampu mengutip mata melalui 3 try, 1 tendangan conversion, 1 penalti dan tanpa sebarang mengutip kad kesalahan.

Silver Gaurus yang dinobatkan selaku juara sulung bagi Divisyen 1 Liga Ragbi 2017 ini turut membawa pulang ganjaran RM3000.00 dan bakal beraksi dalam kumpulan Premier pada musim hadapan. Manakala Kor JLJD turut membawa pulang ganjaran tunai RM1500.00 namun terpaksa turun untuk beraksi di Divisyen 2 pada musim hadapan.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X