Terengganu Mara Pusingan Akhir Divisyen 2.

Sebahagian besar pemain muda berumur di bawah 20 tahun membarisi pasukan Terengganu RT ini juga dilihat sebagai projek serampang dua mata di mana pasukan ini mempunyai hala tuju yang jauh untuk dikecapi. Foto Ihsan: Facebook Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

Pasukan Terengganu Rugby Team(Terengganu RT) menjadi salah satu pasukan sebutan dikalangan para peminat ragbi tanah air akan mara ke pusingan akhir Divisyen 2 nanti yang dijadualkan akan berlansung pada 12 Mac 2017 nanti. Momentum pasukan ragbi yang kian melonjak sejak tahun lalu seolah-olah memberi gambaran pasukan dari Pantai Timur ini bakal mendominasikan kuasa ragbi tempatan.

Pasukan Terengganu RT yang telah diundi di dalam kumpulan D bersama pasukan tunggal iaitu Jerantut Rainforest RC sudah pasti dilihat mempunyai kelebihan di situ walaupun menang tipis dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan ini. Pasukan yang dikendalikan oleh Encik Izami Zainuddin kini telah layak untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan pasukan UTP Drillers dengan kutipan mata 13 berbalas 00. Sebelum ini dalam perlawanan peringkat suku akhir, Terengganu RT berjaya mengutip kutipan mata sebanyak 51 berbalas 17 dengan menewaskan USM Jokers sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dan kutipan mata terbesar sepanjang kempen ini berlansung.

Sebahagian besar pemain muda berumur di bawah 20 tahun membarisi pasukan Terengganu RT ini juga dilihat sebagai projek serampang dua mata di mana pasukan ini mempunyai hala tuju yang jauh untuk dikecapi. Kehadiran Mohd Khairul Nor Azmi dan Abdul Latiff Said selaku pemain negara bawah 19 tahun juga dilihat mampu untuk berkongsi pengalaman kepada para pemain muda lain. Tiada sebarang kudrat pemain import ditagihkan untuk kejuaraan Divisyen 2 Liga Ragbi 2017 ini di mana pihak Persatuan Ragbi Negeri Terengganu optimis untuk mara ke pusingan akhir nanti.

Pasukan yang penuh berpengalaman seperti ATM Navy Orca atau Vioba Blues dilihat mampu memberi cabaran kepada pasukan ini sekiranya beraksi di pusingan akhir nanti.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X