Ipoh Medan Penentuan Skuad Ragbi Tanah Air

Barisan pasukan ragbi kebangsaan yang bakal beraksi di Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang akan diadakan di Padang Ipoh,Perak. Kredit Foto – Sukandaily


Asia Rugby logo - W255 NoBGSkuad ragbi 15 sepasukan kebangsaan kini sedia sepenuhnya untuk mempertahankan kejuaraan selaku juara edisi 2016 dalam cabaran Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang akan berlansung pada 14 hingga 20 Mei 2017 ini. Skuad Bunga Raya yang baru pulang dari Perth, Australia baru-baru ini untuk latihan intensif menjadi sebahagian dari program persiapan kejohanan ini yang telah dirangka sejak Oktober tahun lalu.

Pasukan Emiriah Arab Bersatu(UAE) bakal menjadi pencabar baru dalam Divisyen 1 ini setelah melayakkan diri selaku juara Divisyen 2 edisi lalu. UAE yang dijangka hadir dengan kudrat pemain-pemain naturalisasi dari Eropah sudah pasti tidak akan memberi cabaran mudah kepada pasukan tuan rumah. Selain itu skuad Bunga Raya bimbingan jurulatih Lee Nyuk Fah ini juga harus tidak terlepas pandang kepada pasukan Filipina yang mampu untuk membuat skuad ini berputih mata untuk menjuarai kejohanan kali ini. Pasukan Singapura yang telah dikalahkan oleh skuad Bunga Raya dalam perlawanan akhir edisi lalu telah turun untuk beraksi dalam Divisyen 2 kali ini.

Jurulatih Pasukan Ragbi Negara Sdr Lee Nyuk Fah(kiri) menerangkan sesuatu kepada Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia YBhg Dato’ Shahrul Yahya bin Zaman sebelum bermulanya Majlis Sidang Akhbar di Muzium OCM, Wisma OCM, Kuala Lumpur. Kredit Foto – Sukandaily


“Selaku juara bertahan sudah tentu tekanan itu amat tinggi. Namun untuk kejohanan kali ini, persiapan pasukan yang lebih mantap & teratur berbanding tahun lalu kini telah bersedia untuk sebarang cabaran. Semangat berpasukan yang semakin meningkat sudah pasti mereka sentiasa bersedia meningkatkan permainan demi permainan”, ujar Lee Nyuk Fah selaku jurulatih pasukan skuad ragbi 15 sepasukan kebangsaan.

Kredit Foto – Facebook.com/groups/malaysiarugbyunion

untuk mengalas tugas selaku kapten pasukan turut optimis dengan keupayaan rakan-rakan lain mempertahankan kejuaraan ini.

Sekiranya skuad Bunga Raya berjaya mempertahankan kejuaraan Divisyen 1 ini maka slot seterusnya skuad ini akan menaiki pentas yang lebih tinggi lagi iaitu Kejohanan Ragbi Asia(Asia Rugby Championship) sekali gus memperolehi satu tiket penting buat skuad Bunga Raya sekiranya ingin menempah tiket ke Piala Dunia Ragbi 2019 yang akan berlansung di Jepun nanti.

KEJOHANAN RAGBI ASIA DIVISYEN 1 2017
Senarai Nama Skuad Bunga Raya
NO.
 
NAMA
 
KELAB
  1.  
 
  MUHAMMAD SYABIL BIN LAILA  
 
POLITEKNIK MALAYSIA
  2.  
 
  NAZURIDIN BIN ABDUL LATIFF  
 
UPM ANGELS
  3.  
 
  NATHANIEL TAN AIK MING  
 
SANDAKAN ANGELS
  4.  
 
  AMIRUL BIN SANI  
 
NS WANDERERS
  5.  
 
  DINESHWARAN KRISHNAN  
 
YAMAHA JUBILO
  6.  
 
  SAUKURU ETONIA VAQA  
 
KERIS CONLAY
  7.  
 
  MOHD NURAZMAN BIN RAMLI  
 
UPM ANGELS
  8.  
 
  MOHAMAD AMIN BIN JAMALUDDIN  
 
COBRA
  9.  
 
  AMIRUL MUKMININ BIN AMIZAN  
 
SSTMI
  10.  
 
  MUHAMMAD AZIM BIN NASRI  
 
KERIS CONLAY
  11.  
 
  ASROY ALHAMDY TENGKEL BIN MOHD RIZAL  
 
ISKANDAR RAIDERS
  12.  
 
  MOHAMAD SYAHMI AFIQ BIN EDAN  
 
UITM LIONS
  13.  
 
  MOHD FARID BIN SUJARI  
 
MERSING EAGLES
  14.  
 
  MOHAMAD ALIFF AL HAFIZ BIN ABDUL KARIM  
 
UPM ANGELS
  15.  
 
  SYARIF NURHIDAYAT BIN MUZHAIMEY  
 
ASAS RC
  16.  
 
  MOHD SYAHIR ASRAF BIN ROSLI  
 
COBRA
  17.  
 
  WAN MOHAMMAD ASYRAF BIN NORUDIN  
 
ISKANDAR RAIDERS
  18.  
 
  MUHAMMAD AMIRUL AQIL BIN KAMSOL  
 
NS WANDERERS
  19.  
 
  BADRUL BIN MUKTEE  
 
SANDAKAN EAGLES
  20.  
 
  MOHAMAD AIMAN BIN JAMALUDIN  
 
JLJ DIRAJA
  21.  
 
  NASALO JONE MARAWA  
 
KERIS CONLAY
  22.  
 
  MOHD AZMIR BIN ZANUL ABIDIN  
 
NS WANDERERS
  23.  
 
  TAMANISAU SAMUELA  
 
NS WANDERERS
  24.  
 
  WONG WYE WYE  
 
HINO RED DOLPHINS
  25.  
 
  MUHD NUR IKQWAN BIN NORDIN  
 
UPM ANGELS
  26.  
 
  MOHD FAIRUZ BIN ABDUL RAHMAN  
 
KERIS CONLAY
  27.  
 
  SAA FAALUPEGA  
 
COBRA
  28.  
 
  VUNIMOKU TIMOCI  
 
MERSING EAGLES
  29.  
 
  IGAVIDI SAKIUSA TERENCE  
 
SANDAKAN EAGLES
  30.  
 
  DUWAILEA APOROSA  
 
NS WANDERERS


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.859 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X