Kecederaan Himpit Bunga Raya

Pemain gantian Malaysia Muhammad Syabil Laila(merah) cuba melepaskan diri semasa pertemuan menentang Emiriah Arab Bersatu dalam perlawanan pertama Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang telah diadakan di padang Ipoh, Perak. Kredit Foto – Sukandaily

Asia Rugby logo - W265 WhiteBGMeraih kemenangan pertama dalam pertemuan pertama menentang UAE ternyata ianya dibayar pada satu harga yang tinggi buat skuad ragbi negara dalam kempen mempertahankan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 ini. Seawal minit ke-7 skuad tuan rumah diuji apabila pemain sayap kiri Azmir Zanul Abidin tidak sedarkan diri dan terpaksa dibawa keluar padang setelah bertembung padu dengan pemain UAE.

Kini Azmir Zanul Abidin tidak dapat bersama rakan sepejuangan yang lain setelah terpaksa berehat selama 3 minggu seperti mana termaktub dalam peraturan badan induk World Rugby – Rujuk – http://playerwelfare.worldrugby.org/?documentid=158

Skuad Bunga Raya juga turut dikejutkan apabila pakar sepakan conversion yakni Mohd Fairuz Abd Rahman turut terpaksa direhatkan disebabkan oleh kecederaan buku lali setelah dikeluarkan pada minit ke-19 separuh masa kedua dalam perlawanan tersebut. Turut direhatkan adalah Muhammad Syabil Laila yang mengalami kecederaan di kaki.

Oleh yang sedemikian Muhammad Amirul Aqil Kamsol, Wan Mohammad Asraf dan Sae Faalupega akan mengalas tanggungjawab tersebut untuk memastikan skuad Bunga Raya dapat terus beraksi untuk mempertahankan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 ini.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.611 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X