Perak Tuan Rumah Kejohanan Ragbi Asia

Kejohanan Ragbi Asia 2017 Divisyen 1 yang akan berlansung pada 14 hingga 20 Mei 2017 nanti

Kejohanan Ragbi Asia 2017 Divisyen 1 yang akan berlansung pada 14 hingga 20 Mei 2017 nanti.

Asia Rugby logo - W255 NoBGPadang Ipoh telah dipilih sebagai venue pertandingan Kejohanan Ragbi Asia 2017 Divisyen 1 yang akan berlansung pada 14 hingga 20 Mei 2017 nanti. Padang yang terletak di pusat Bandaraya Ipoh di Jalan S.P. Seenivasagam sudah pasti menjadi pilihan terbaik khususnya para peminat untuk hadir. Peluang ini tidak harus dilepaskan oleh para peminat ragbi dari negeri-negeri berhampiran untuk hadir menyaksikan kejohanan berprestij peringkat Asia yang mana sebelum ini sering kali diadakan di sekitar Lembah Klang. Lokasi padang ini yang terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Ipoh dalam jarak +/-600meter sudah pasti akan menjadi pilihan pengangkutan buat pengunjung nanti. Bagi pengunjung yang ingin bermalam sudah pasti mempunyai banyak pilihan hotel sekitar padang ini.

Kerajaan Negeri Perak juga turut menjadi penaja kejohanan ini bersemperna dengan program Tahun Melawat Perak 2017 yang telah dilancarkan. Pendekatan pelancongan sukan sebagai salah satu mekanisma promosi untuk menarik kehadiran pelancong ke negeri secara tidak lansung dapat membantu sosio ekonomi penduduk tempatan. Penganjuran sukan yang mula diberi perhatian sebagai produk pelancongan sejak akhir-akhir ini sudah pasti ianya memberi peluang dan ruang kepada persatuan sukan tempatan untuk berinovasi. Namun disebalik kehebatan penganjuran perlu juga seiring dengan pencapaian yang akan dikecapi oleh tuan rumah.

Padang Ipoh yang terletak di lokasi strategik untuk dikunjungi. Kredit Foto – https://www.google.com.my/maps


“Kerajaan Negeri Perak ketika ini agresif mempromosi produk pelancongan melalui penganjuran sukan. Ini memberi peluang yang baik kepada perkembangan ragbi tanah air. Sudah pasti saya selaku exco Kerajaan Negeri Perak perlu mengambil peluang ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Perak kerana turut menjadi sebahagian penaja untuk kejohanan ini.”, ujar Dato’ Shahrul Yahya bin Zaman, Presiden MRU merangkap Exco Belia, Sukan & Sumber Manusia Negeri Perak dalam satu majlis sidang media yang telah berlansung di Muzium OCM, Kuala Lumpur.

Selain itu, Perak juga turut telah menempa nama selaku kuasa besar dalam ragbi setelah merangkul kejuaraan buat pertama kali dalam Kejohanan Piala Agong 2016 yang telah dianjurkan sejak tahun 1982 dan terkini selaku juara Divisyen 1 Liga Ragbi 2017.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.628 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X