Ragbi Asia: Selangkah Lagi Buat Skuad Bunga Raya

Airul Mukminim Bin Amizan(kiri) meraikan kejayaan setelah membantu Dineshvaran Krishnan(tengah) untuk mendapatkan jatuhan try terakhir bagi skuad Bunga Raya dengan penuh bergaya. Kredit Foto – Waris Adam.


Asia Rugby logo - W265 WhiteBGSkuad Bunga Raya sekali lagi meraih kemenangan kedua setelah menewaskan pasukan Filipina 40-08 dalam kempen kejuaraan Ragbi Asia Divisyen 1 2017 yang telah berlansung di Padang Ipoh, Perak. Pasukan tuan rumah bermula dengan penuh bertenaga mengawal permainan sepenuhnya manakala pasukan lawan buntu untuk mencari ruang mara ke kubu tuan rumah. Namun sebelum itu, sudah pasti perlawanan ini tidak diambil mudah oleh pasukan tuan rumah memandangkan pada perlawanan pembukaan edisi tahun lalu Filipina telah menewaskan skuad Bunga Raya ini dengan perbezaan mata melalui satu jatuhan try.

Seawal minit-minit pertama permainan, tuan rumah hampir-hampir memperolehi mata jatuhan try namun dibatalkan oleh pengadil. Keputusan tersebut tidak memadamkan semangat juang skuad Bunga Raya untuk terus mengasak padu ke kubu pertahanan lawan yang semakin rapuh. Menjelang minit ke-17 akhirnya percaturan bijak skuad Bunga Raya berjaya diterjemah oleh Jone Mawara Nasalo untuk memberi dorongan bola kepada Sakiusa Terence Gavidi yang hampir-hampir terlepas menyambut bola untuk terus berlari laju ke garisan try mendapatkan kutipan mata pertama pasukan. Seterusnya mata conversion berjaya dikutip oleh Wan Mohammad Asraf Norudin selaku pemain sayap menggalang tugas yang ditinggalkan Mohd Fairuz Abdul Rahman disebabkan kecederaan pada perlawanan pertama lalu. Kejayaan tersebut pantas disambut sorakan penuh gemuruh oleh penonton yang hadir memenuhi kawasan penonton walaupun perlawanan ini diadakan pada hari bekerja.

Aksi Timoci Vunimoku selaku pemain gantian dari Kelab Mersing Eagles yang turut membantu dalam perlawanan menewaskan Filipina berkesudahan 40 berbalas 8. Kredit Foto – Waris Adam.


Mata pertama pasukan pelawat hadir pada minit ke-24 melalui tendangan penalti yang disempurnakan oleh Timothy Bweheni yang turut menjadi kuda harapan untuk mencorak serangan pasukan ini. Namun kesilapan di pihak Bunga Raya terus pantas diperbaiki agar tidak mudah melakukan kesilapan lagi dengan terus menambah kutipan mata. Hasil komunikasi dan semangat bekerjasama sepasukan yang kian mantap di atas padang mula mempamerkan aksi-aksi yang lebih menarik oleh skuad Bunga Raya ini. Sekali lagi percaturan bijak skuad Bunga Raya bermula dari bola yang berjaya dikeluarkan dalama situasi scrum telah disambut kemas oleh pemain flyhalf; Mohd Syahir Asraf Rosli tanpa membuang masa menendang jauh terus ke kubu lawan. Sekelip mata bagaikan telah dirancang, Amirul Sani pantas menyambut kemas dan berlari sepenuh hati untuk jatuhan try dengan mudah pada minit ke-28.

Setelah beberapa kali larian solo jauh dari tepi padang cuba dilakukan oleh Wong Wye Wye atau lebih dikenali sebagai Mark Lee berjaya dipintas, akhirnya pada minit ke-36 Mark Lee berjaya berlari sekuat hati sejauh lebih 50 meter dari tengah padang untuk terus membuat jatuhan try dengan penuh bergaya disambut tepukan gemuruh para penonton. Kutipan mata ke-25 melalui jatuhan try oleh Mark Lee sekali gus menutup peluang pasukan lawan untuk terus mencipta peluang pada separuh masa pertama.

Kredit Foto – Waris Adam

Pada separuh masa kedua, Filipina bermula dengan penuh keyakinan sehingga beberapa kali menduga padu di kubu Bunga Raya. Setelah hampir 10 minit separuh masa kedua bergasak akhirnya pasukan pelawat berjaya mendapat jatuhan try pertama sekali gus mengenapkan kutipan mata kepada 8. Namun itulah mata terakhir yang berjaya dicuri oleh Filipina apabila skuad Bunga Raya terus bertubi-tubi menambah kutipan mata. Menjelang minit-minit terakhir permainan, akhirnya aksi dari Dineshvaran Krishnan yang sentiasa ditunggu oleh para peminat ragbi tanah air berjaya mendapatkan jatuhan try terakhir dengan penuh bergaya. Tendangan conversion mudah berjaya disempurnakan oleh pemain gantian; Muhammad Amirul Aqil Bin Kamsol sekali gus terus menamatkan permainan dengan kutipan mata penuh 40 berbalas 8.

Jurulatih skuad Bunga Raya, Lee Nyuk Fah yang ditemuramah sejurus tamat perlawanan menyifatkan kemenangan ini merupakan satu penebus kekalahan tahun lalu dalam kejohanan yang sama di padang Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Keputusan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 2017

PUSINGAN KE-2: 17 MEI 2017
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
MALAYSIA  
 
40
 
vs
 
08
 
  PHILIPPINES
SRI LANKA  
 
33
 
vs
 
17
 
  UAE



Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X