Ragbi Malaysia Terus Mekar Padu!

Ketua Pasukan Ragbi Malaysia Mohd Syahir Asraf Rosli menerima Piala Kejohanan dari Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah setelah menewaskan pasukan Sri Lanka dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang telah diadakan diPadang Ipoh, Perak. Foto Kredit – Sukandaily

Asia Rugby logo - W265 WhiteBGPasukan Ragbi Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Bunga Raya akhirnya berjaya menamatkan kempen mempertahankan Kejuaraan Ragbi Asia Divisyen 1 dengan penuh bergaya setelah menewaskan Sri Lanka 22-09 di Padang Ipoh, Perak. Bunga Raya mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sepanjang minggu ini bermula dengan penuh berhati-hati untuk menewaskan UAE dalam perlawanan sulung. UAE hadir sepenuhnya dengan kudrat pemain-pemain naturalisasi berpengalaman dari Eropah ternyata masih tidak mampu untuk beraksi sepenuhnya di pentas ini setelah tewas kepada semua lawan.

Buat pasukan Filipina yang pernah merencatkan perlawanan pertama skuad Bunga Raya pada edisi lalu, kini hutang telah dibayar penuh dengan sedikit “bunga”. Namun agak berbeza buat pasukan Sri Lanka walaupun pada edisi lalu Bunga Raya berjaya menewaskan mereka tetapi kedudukan tangga dunia ke-39 berbanding Malaysia di tangga ke-55 membuatkan rentak permainan amat mencabar.

Ketua Pasukan Ragbi Malaysia Mohd Syahir Asraf Rosli menjulang Piala Kejohanan setelah berjaya mengenepikan cabaran pasukan Sri Lanka 22 berbalas 9 diKejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang telah diadakan diPadang Ipoh, Perak. Foto Kredit – Sukandaily


Segala-galanya kini dalam lipatan sejarah ragbi tanah air di mana Malaysia merupakan satu-satunya pasukan yang berentap berjaya mempertahankan kejuaraan selama 2 tahun berturut-turut di pentas ini. Kejayaan turut telah melayakkan skuad Bunga Raya untuk berentap di pentas yang lebih tinggi lagi di benua Asia dalam Kejohanan Ragbi Asia Premier 2018 nanti bersama -sama dengan pasukan Hong Kong dan Korea. Selain itu apa yang penting adalah dengan kemenangan ini juga skuad Bunga Raya turut memberi peluang dengan penuh berliku untuk slot pusingan repechage untuk ke Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun ini. Apa yang pasti kini pasukan ragbi Malaysia di antara di antara pasukan terbaik di benua Asia.

Bersama-sama kita nantikan kemaskini kedudukan dunia semasa skuad Bunga Raya nanti yang akan dikeluarkan oleh World Rugby nanti.

TAHNIAH diucapkan dari kami di Sukandaily!

Keputusan Kejohanan Ragbi Asia 2017 Divisyen 1

PUSINGAN KE-3: 20 MEI 2017
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
MALAYSIA  
 
22
 
vs
 
09
 
  SRI LANKA
PHILIPPINES  
 
34
 
vs
 
26
 
  UAE

 

PUSINGAN KE-2: 17 MEI 2017
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
MALAYSIA  
 
40
 
vs
 
08
 
  PHILIPPINES
SRI LANKA  
 
33
 
vs
 
17
 
  UAE

 

PUSINGAN PERTAMA: 14 MEI 2017
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
MALAYSIA  
 
36
 
vs
 
22
 
  UAE
SRI LANKA  
 
24
 
vs
 
13
 
  PHILIPPINES


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X