Malaysia Gergasi Ragbi Asia Ke-5!

Kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Asia Ruby atau sebelum ini dikenali sebagai Asian Rugby Football Union (ARFU).

TAHNIAH! sekali lagi diucapkan kepada skuad Bunga Raya yang sememangnya berhak untuk menerima penghargaan rentetan momentum kejayaan demi kejayaan yang telah diraih dalam tempoh 5 tahun sebelum ini hingga kini. Tanggal 12 Jun 2017, badan induk ragbi Asia – Asia Rugby telah mengemaskini senarai tangga kedudukan terkini pasukan-pasukan ragbi kebangsaan di mana Malaysia kini berada di kedudukan ke-5 di peringkat Asia!

Walaupun skuad Bunga Raya berjaya memperolehi kejayaan dalam Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 bebaru ini setelah mengalahkan Sri Lanka, namun Sri Lanka masih berada di tangga kedudukan ke-4 iaitu satu anak tangga di atas Malaysia. Hal ini adalah disebabkan perbezaan kutipan mata sebanyak 0.96 yang menjadi jurang untuk Sri Lanka kekal di atas. Sri Lanka yang sebelum ini banyak terlibat di dalam beberapa perlawanan kompetitif mahupun persahabatan antarabangsa sedikit sebanyak dapat mengutip mata untuk bertahan di tangga kedudukan.

Oleh yang sedemikian, seharusnya skuad Bunga Raya perlu mencari peluang di masa hadapan untuk berentap dengan pasukan lain bagi memastikan skuad ini terus menambah mata sekali gus mempertahankan kedudukan yang disandang kini. Setiap perlawanan yang bakal disertai nanti walaupun perlawanan persahabatan haruslah mendapat pengiktirafan dari Asia Rugby untuk memastikan usaha mereka tidak sia-sia. Sekiranya skuad Bunga Raya hanya menantikan sebarang kejohanan besar untuk disertai ianya pasti menjadi satu risiko yang besar harganya. Risiko tersebut tidak semestinya sekiranya skuad Bunga Raya tewas kepada pasukan yang sentiasa maju ke depan malah mungkin dipintas oleh pasukan lain yang terus menambah mata walaupun tidak berentap dengan skuad Bunga Raya ini!

Sebagai contoh berdasarkan senarai kedudukan terkini di mana pasukan Korea Selatan telah turun satu anak tangga di kedudukan ke-31 dunia setelah dipintas Brazil memberi kejutan menewaskan Portugal(tangga kedudukan ke-25 dunia ketika itu) dalam perlawanan terkini mereka. Brazil sebelum ini di kedudukan ke-31 dunia kini berada di kedudukan ke-29 dunia manakala Portugal turun satu anak tangga di tangga 26.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


X