Genap Setahun Penubuhan Simba RC

Simba RC merupakan kelab ragbi yang bernaung di bawah Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam.

Simba RC kian mengukuhkan langkah untuk turut memahat nama dalam persada lipatan sejarah sukan ragbi negara apabila menjadi perhatian dalam sebarang kejohanan yang disertai. Titik permulaan kelab ini bermula setelah wujudnya bilangan pemain ragbi wanita dari pelbagai latar belakang sukan ini yang semakin ramai menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam ini.

Tanggal 18 Julai 2016 kini genap setahun penubuhan kelab ragbi Simba RC diasaskan sepenuhnya oleh para pemain ragbi wanita terdiri daripada Liyana Kamarul Bahrin, Amalina Salim, Siti Markhamah Mohd Fadzil dan Wan Noor Shafiqa Mohd Radza. Malah kelab yang berpusat di UiTM Shah Alam ini turut menjadi salah satu kelab ragbi wanita pertama di peringkat universiti dalam semenanjung Malaysia.

Tanpa memandang ke belakang sejak memperolehi kemenangan sulung malah kejohanan sulung yang disertai oleh Simba RC di Kejohanan Balik Pulau 10s 2016 lepas, pasukan ini terus padu untuk berentap dalam beberapa kejohanan domestik seluruh negara. Simba RC yang bermula sebagai kelab kerdil di UiTM Shah Alam mula diberi perhatian oleh pihak pengurusan UiTM Shah Alam sejajar dengan potensi pencapaian yang diraih dalam beberapa kejohanan. Kelab ini juga turut dinaungi oleh pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam; Prof. Madya Dr. Ahmad Naim Ismail.

Amalina Binti Salim(kiri) berusia 22 tahun selaku kapten pasukan bersama para pemain Simba RC dalam perlawanan menentang KL Tigers bagi pusingan tempat ke-3 & ke-4 Kejohanan Ragbi Elite 7s.


Pasukan ragbi wanita ini yang dikemudikan oleh Normasyirah Zahari selaku jurulatih yang kini turut menjadi kapten bagi pasukan ragbi wanita SEA Games Kuala Lumpur 2017. Manakala Amalina Binti Salim berusia 22 tahun selaku kapten pasukan Simba RC mula bermain ragbi seawal usia 19 tahun bersama kelab ragbi wanita COBRA Venom turut menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam dalam jurusan Diploma Pengajian Sukan. Malah beliau juga di antara pemain ragbi wanita yang turut dipanggil untuk pemilihan pasukan ragbi wanita SEA Games Kuala Lumpur 2017.

Menjadikan Padang Pusat Sukan Uitm Shah Alam untuk latihan setiap minggu, Simba RC mempunyai seramai 56 pemain ketika ini sentiasa mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja dan umumnya para pelajar UiTM Shah Alam ini untuk menyertai kelab ini.

Untuk rekod, kini Universiti Teknologi Mara(UiTM) mempunyai dua pasukan ragbi iaitu UiTM Lions yang berentap membawa nama Universiti Teknologi Mara itu sendiri manakala Simba RC merupakan kelab ragbi yang bernaung di bawah universiti ini. Sebarang perkembangan semasa pasukan Simba RC ini boleh diikuti terus melalui akaun rasmi Instagram – https://www.instagram.com/uitmsimbarc

SIMBA RUGBY CLUB 2017
 
NO.
 
Nama
 
Jawatan
  1.  
 
  Prof. Madya Dr. Ahmad Naim Ismail  
 
Penaung
  2.  
 
  Normasyirah Zahari  
 
Jurulatih
  3.  
 
  Liyana Kamarul Bahrin  
 
Presiden
  4.  
 
  Amalina Salim  
 
Naib Presiden
  5.  
 
  Siti Markhamah Mohd Fadzil  
 
Setiausaha
  6.  
 
  Wan Noor Shafiqa Mohd Radza  
 
Naib Setiausaha



SIMBA RUGBY CLUB
 
NO.
 
Nama
 
Pencapaian
  1.  
 
  Kejohanan Ragbi Elite 7s 2017  
 
Naib Johan Plate
  2.  
 
  Kejohanan Perlis 7’s 2017  
 
Juara
  3.  
 
  Kejohanan UPSI 10’s 2016  
 
Juara Plate
  4.  
 
  Hari Sukan Negara 2016  
 
Juara
  5.  
 
  Kejohanan Labuan 10’s 2016  
 
Naib Juara
  6.  
 
  Kejohanan Balik Pulau 10’s 2016  
 
Juara

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.354 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X