Hadiah Hari Jadi Buat Pidot!

Pidot selaku jurulatih yang telah membimbing pasukan FRC Dingoes sejak 2016. Kredit Foto – Sukandaily

Tiada perkataan yang mampu digambarkan khas buat Pidot atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus bin Zakarya apabila pasukan ragbi wanita bimbingannya telah menghadiahkan hari jadi sehari lebih awal setelah muncul juara dalam Kejohanan Elite 7s. Pidot yang genap berusia 35 tahun pada 17 Julai ini telah membimbing pasukan FRC Dingoes sejak tahun lepas ternyata gembira dengan pencapaian ini. Pasukan ini telah menewaskan ke semua pencabar sebelum mara ke pusingan akhir menewaskan pasukan Singapore Selects berakhir dengan keputusan 10 berbalas 5.

Pada perlawanan pembukaan, kedua-dua pasukan ini telah berentap di mana pasukan tuan rumah turut telah menewaskan skuad persediaan ke temasya Sukan SEA 2017 dari Singapura ini berakhir dengan keputusan 10 tanpa balasan. FRC Dingoes turut mencatat kutipan mata tertinggi sepanjang kejohanan sebanyak 43 tanpa balasan setelah membelasah pasukan KSDBKL di hari pertama. Pasukan juara ini telah membuat persediaan latihan awal sejak bulan Ramadhan lalu untuk memastikan kejuaraan penting ini milik mereka bagi menebus kekecewaan mereka di Kejohanan Perlis 10s yang lalu.

FRC Dingoes juarai kategori wanita setelah menewaskan pasukan Singapore Selects dari Singapura 10 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Elite 7s yang telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily

FRC Dingoes juarai kategori wanita setelah menewaskan pasukan Singapore Selects dari Singapura 10 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Elite 7s yang telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily


“Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada mereka(FRC Dingoes)..saya amat terharu di atas kesungguhan para pemain. Sememangnya kami telah lama melakukan persediaan untuk muncul juara pada hari ini. Namun, persediaan kami tidaklah seperti sedia maklum. Para pemain kami banyak berkorban dari segi masa dan wang ringgit. Tiada sebarang elaun atau insentif untuk mereka turun menjalani latihan. Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Frontrow Club kerana memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian dari ahli kelab dan menjaga kebajikan kami.”; ujar Pidot anak jati kelahiran Taiping ini sambil diiringi nyanyian sambutan hari lahir oleh para pemain FRC Dingoes sejurus tamat perlawanan.


Kejohanan Elite 7s yang telah berlansung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya adalah penganjuran oleh pihak Kesatuan Ragbi Malaysia sebagai persediaan terakhir untuk menghadapi temasya Sukan SEA KL2017 nanti. Sebanyak 6 pasukan ragbi wanita telah berentap di dalam format pertandingan liga round robin 7 sepasukan ini termasuk pasukan dari Singapura.

TAHNIAH! dan selamat hari jadi diucapkan kepada saudara Pidot dari kami di Sukandaily. Semoga kesungguhan untuk membimbing dan membangunkan pasukan ragbi wanita negara tidak pernah luntur di jiwa saudara Pidot!

 

KEPUTUSAN KEJOHANAN ELITE 7S 2017
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
PUSINGAN AKHIR
FRC DINGOES  
 
10
 
vs
 
05
 
  SINGAPORE SELECTS
PERINGKAT KUMPULAN
FRC DINGOES  
 
33
 
vs
 
00
 
  COBRA VENOM
FRC DINGOES  
 
15
 
vs
 
05
 
  KLTIGERS
FRC DINGOES  
 
24
 
vs
 
05
 
  SIMBA RC
FRC DINGOES  
 
43
 
vs
 
00
 
  KSDBKL
FRC DINGOES  
 
10
 
vs
 
00
 
  SINGAPORE SELECTS

*KEPUTUSAN FRC DINGOES SAHAJA


Kategori Wanita
NO.
 
PASUKAN
 
KEPUTUSAN
  1.  
 
  FRC DINGOES  
 
JUARA
  2.  
 
  SINGAPORE SELECTS  
 
NAIB JUARA
  3.  
 
  SIMBA RC  
 
TEMPAT KE-3
  4.  
 
  KL TIGERS  
 
TEMPAT KE-4
  5.  
 
  KS DBKL  
 
TEMPAT KE-5
  6.  
 
  COBRA VENOM  
 
TEMPAT KE-6


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 2.363 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X