Keris Conlay Dominasi Elite 7s

Keris Conlay terus menguasai arena ragbi tanah air di Kejohanan Ragbi Elite 7s apabila berjaya mengenepikan saingan pasukan Panthers Blowpipes dalam perlawanan akhir yang telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily

Keris Conlay terus menguasai arena ragbi tanah air di Kejohanan Ragbi Elite 7s apabila berjaya mengenepikan saingan pasukan Panthers Blowpipes dalam perlawanan akhir yang telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily

Keris Conlay terus mengekalkan momentum kejuaraan ragbi sepanjang tahun ini setelah meraih kejayaan Kejohanan Elite 7s. Pasukan ini mendominasi kejohanan ini setelah mencatatkan rekod tanpa kalah seawal hari pertama kejohanan sehingga tamat hari kejohanan. Ternyata pasukan Bunga Raya Junior, NS Wanderers dan Singa Malaya yang diundi bersama dengan Keris Conlay di dalam Kumpulan A tidak mampu untuk memberi cabaran padu.

Pemain penuh berpengalaman Mohd Fairuz Abd Rahman yang mengalas tugas selaku kapten pasukan Keris Conlay ternyata mampu beraksi dengan cemerlang walaupun kecederaanya belum pulih sepenuhnya. Sebelum ini dalam aksi 15 sepasukan di Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang lalu, Mohd Fairuz Abd Rahman terpaksa direhatkan disebabkan oleh kecederaan buku lali dalam perlawanan pertama menentang UAE.

“Hari pertama kejohanan ini masih tercari rentak permainan walaupun di antara kami sememangnya pernah beraksi dalam kejohanan ragbi 7 sepasukan ini. Namun, kami cuba untuk mengurangkan kesilapan di dalam padang dan secara tidak lansung perbaiki kelemahan dalam setiap permainanan. Kemenangan dalam keseluruhan perlawanan ini sungguh tidak disangka kerana kami dapat menewaskan beberapa pasukan ternama dalam disiplin ragbi 7 sepasukan ini.”, ujar Mohd Fairuz Abd Rahman selaku kapten pasukan Keris Conlay.

Kutipan mata tertinggi perlawanan berjaya diperolehi dalam pusingan separuh akhir menentang pasukan kebangsaan bawah 19 tahun – Bunga Raya Junior dengan berkesudahan 33 berbalas 05. Keris Conlay juga turut pulang bersama ganjaran wang tunai RM3000 bersama piala kejohanan dan medal bagi setiap pemain.

FRC Dingoes juarai kategori wanita setelah menewaskan pasukan Singapore Selects dari Singapura 10 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Elite 7s yang telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily

FRC Dingoes juarai kategori wanita setelah menewaskan pasukan Singapore Selects dari Singapura 10 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Elite 7s yang telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily


Manakala bagi kategori wanita, FRC Dingoes turut membawa pulang RM1,500.00 bersama piala kejohanan dan medal bagi setiap pemain setelah berjaya menewaskan pasukan Singapore Selects dalam pusingan akhir.

Kejohanan Elite 7s yang telah berlansung selama dua hari di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini adalah merupakan kejohanan persediaan bagi pihak penganjur menjelang Sukan SEA KL 2017 nanti. Untuk rekod, kejohanan ragbi 7 sepasukan ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia yang disertai oleh kelab – kelab ragbi seluruh negara dan turut disertai pasukan dari Singapura.


KEJOHANAN RAGBI ELITE 7S 2017
Kategori Lelaki
NO.
 
PASUKAN
 
KEPUTUSAN
  1.  
 
  KERIS CONLAY  
 
JUARA
  2.  
 
  PANTHERS BLOWPIPES  
 
NAIB JUARA
  3.  
 
  BUNGA RAYA JUNIOR  
 
TEMPAT KE-3
  4.  
 
  NS WANDERERS  
 
TEMPAT KE-4
  5.  
 
  FRONT ROW CLUB  
 
TEMPAT KE-5
  6.  
 
  SINGA MALAYA  
 
TEMPAT KE-6
  7.  
 
  ASAS RC  
 
TEMPAT KE-7
  8.  
 
  SINGA CUBS  
 
TEMPAT KE-8

Kategori Wanita
NO.
 
PASUKAN
 
KEPUTUSAN
  1.  
 
  FRC DINGOES  
 
JUARA
  2.  
 
  SINGAPORE SELECTS  
 
NAIB JUARA
  3.  
 
  SIMBA RC  
 
TEMPAT KE-3
  4.  
 
  KL TIGERS  
 
TEMPAT KE-4
  5.  
 
  KS DBKL  
 
TEMPAT KE-5
  6.  
 
  COBRA VENOM  
 
TEMPAT KE-6


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 2.335 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X