SEA Games: Venue Ragbi Siap Sedia!

Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya menjadi venue kejohanan ragbi 7 sepasukan di Sukan SEA 2017 nanti.

Menjelang 40 hari lagi untuk temasya dwi tahunan Sukan SEA KL 2017 kini Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya berada di landasan yang terbaik untuk penganjuran nanti.

Stadium yang mampu memuatkan 15 ribu penonton sudah pasti menjadi venue terbaik buat skuad ragbi tanah air yang bakal melakar sejarah. Malah sebelum penganjuran Sukan SEA bermula nanti, pihak Kesatuan Ragbi Malaysia telah berjaya menganjurkan Kejohanan Elite 7s sebagai persediaan terakhir.

Sebelum ini Stadium Merdeka merupakan venue yang dicadangkan untuk kejohanan ragbi di temasya Sukan SEA ini namun di saat akhir ianya telah ditukarkan ke Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Wan Ibrahim Wan Chik selaku Pengurus Sukan Ragbi SEA Games KL2017

Wan Ibrahim Wan Chik selaku Pengurus Sukan Ragbi SEA Games KL2017.


“Penganjuran Kejohanan Elite 7s ini menjadi satu ukuran persiapan sebagai penganjur Sukan SEA nanti di mana dari segi teknikal pertandingan, sistem permarkahan dan audio berjalan dengan lancar. Hanya beberapa isu kecil melibatkan persiapan tempat seperti bilik persalinan pemain, tandas dan lain-lain masih belum bersedia. Namun berbaki sebulan lagi segalanya pasti dapat disiapkan.”, ujar Wan Ibrahim Wan Chik selaku Pengurus Sukan Ragbi SEA Games KL2017 yang ditemui oleh Sukandaily sewaktu Kejohanan Elite 7s berlansung.

Kemudahan untuk warga media menjalankan tugas yang turut dilengkapi dengan soket elektrik dan capaian internet.


Bekas pengetua dan jurulatih ragbi Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail ini juga turut mengulas kawasan meletak kenderaan yang disediakan mampu menampung bagi sejumlah besar penonton yang hadir. Selain itu dengan kemudahan pengangkutan awam terkini di mana stesen LRT Glenmarie terletak berhampiran dengan stadium sudah pasti menjadi pilihan terbaik. Turut ditawarkan dua ribu keping tiket perlawanan pada setiap hari perlawanan secara percuma kepada pelajar sekolah.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.340 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X