Sorotan

Selangor Tarik Diri Pertama Kali Sejak 1983

Selangor terpaksa membuat keputusan berat itu dengan rasminya setelah menghantar rasmi kepada Kesatuan Ragbi Malaysia pada 21 Julai lalu.

Kehangatan Kejohanan Ragbi Piala Agong yang kini berusia 35 tahun dikejutkan pada saat akhir dengan penarikan penyertaan dari Selangor di mana merupakan pasukan yang sekian lama telah mencorak warna-warni arena ragbi tanah air. Malah sepanjang kejohanan ini dianjurkan pasukan ini telah merangkul 6 kali kejuaraan iaitu pada tahun 1984, 1987, 1997, 2001, 2004 dan 2006 dan mara ke peringkat akhir lebih dari 10 kali kejohanan.

Selangor yang terpaksa membuat keputusan berat itu dengan rasminya setelah menghantar rasmi kepada Kesatuan Ragbi Malaysia pada 21 Julai lalu setelah ketiadaan pemain yang bersedia untuk berentap di kejohanan berpestij tinggi ini menjadi faktor.

“Para pemain telah dipanggil untuk pemilihan skuad ke kejohanan ini namun tiada yang cukup bersedia untuk memberi cabaran di peringkat ini. Oleh yang sedemikian sewajarnya Kesatuan Ragbi Selangor untuk menarik diri dari menanggung risiko kecederaan yang tinggi sebelum ini.”, ujar Encik M.Suhaimi Zainuddin selaku Setiausaha Kehormat Kesatuan Ragbi Selangor yang dihubungi oleh Sukandaily.

Selain itu beliau turut mengulas isu sebahagian besar pemain-pemain yang bernaung di bawah Kesatuan Ragbi Selangor bermain dengan pasukan negeri lain turut menjadi punca disebabkan peraturan baru membenarkan pemain membuat pilihan tanpa mendapatkan kelulusan dari kesatuan negeri dan kelab gabungan.

“Kesatuan Ragbi Selangor tidak mempraktikkan berbelanja mewah untuk membayar pemain seperti pasukan lain.”, ujar M. Suhaimi bin Zainuddin

Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-35 2017 – Surat Penarikan Penyertaan Kesatuan Ragbi Selangor


M.Suhaimi Zainuddin juga turut menafikan faktor kewangan semasa oleh Kesatuan Ragbi Selangor menjadi punca dan menegaskan pihak kesatuan masih mampu untuk mempersiapkan keperluan asas pasukan bagi sebarang kejohanan. Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Pulau Pinang yang telah beraksi pada edisi lalu juga turut tidak membuat penampilan bagi edisi ini.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.601 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X