Kedah Beri Kejutan Mara Suku Akhir

Skuad Jelapang Padi telah berjaya mara ke pusingan suku akhir di mana bakal menentang Sarawak pada 21 Ogos nanti bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Mata terakhir dikutip penuh hasil dari try dan seterusnya sepakan conversion oleh kapten pasukan Jelapang Padi; Mohd Fairuz Abdul Rahman ternyata memberi kejutan setelah menewaskan pasukan Perak selaku penyandang juara edisi lalu dalam aksi peringkat kumpulan minggu ke-3 ini. Walaupun Perak berjaya mencuri mata pertama perlawanan seawal minit ke-5 dan seterusnya hasil dari sepakan penalti mendahului di awal permainan namun gagal untuk menambah mata sehingga tamat separuh masa pertama.

Kedah yang agak selesa bermain di laman sendiri di padang Universiti Utara Malaysia, Sintok ternyata mampu untuk terus mendahului perlawanan 10 berbalas 8 pada separuh masa pertama. Babak separuh masa kedua, skuad Jelapang Padi ini ternyata unggul untuk terus menguasai permainan. Kesediaan kapten pasukan untuk bermain dalam perlawanan ini walaupun baru kehilangan ayahnda tercinta sehari sebelum ini ternyata dibalas dengan semangat para pemain yang membara.

Perak seakan akan terus hilang rentak permainan apabila sering kali melakukan pertukaran pemain untuk mengatur serangan. Sehingga tamat permainan, pasukan tuan rumah berjaya mengutip 3 jatuhan try sekaligus 3 tendangan conversion dan 3 mata lagi melalui penalti berjaya disempurnakan untuk menewaskan pasukan Perak dengan berkesudahan 27 berbalas 20.

Pasukan Kedah(kiri) dan Polis DiRaja Malaysia memperagakan jersi baharu mereka dari jenama tempatan; Tackle Asia untuk musim ini.


“Para pemain masih mengekalkan corak permainan seperti mana dirancang bersama jurulatih Mohd Farid Syazwan. Namun kehadiran kapten pasukan untuk sanggup berentap walaupun baru sehari kehilangan ayahnda ianya memberi inspirasi buat seluruh warga pasukan. Takziah dan terima kasih dari kami semuanya.”, ujar Wan Norsyahmi Wan Daud yang dihubungi.

Ketua jurulatih skuad Jelapang Padi ini juga turut mengulas bahawa pasukan lawan bukan memberi laluan mudah untuk kemenangan ini yang hadir dengan reputasi pasukan pilihan. Perak bermain seperti mana mengikut perancangan jurulatih mereka dan terbukti apabila berjaya mendapatkan mata pertama dan mendahului di awal minit permainan.

Mengulas tentang perlawanan yang bakal ditempuhi oleh skuad Jelapang Padi menentang Sarawak nanti, Wan Norsyahmi Wan Daud yang lebih dikenali sebagai Wan Jigone turut akui tidak dapat menilai kekuatan dan corak pasukan lawan. Kedah juga turut berdepan dengan isu kecederaan di mana pemain kebangsaan penuh berpengalaman, Amirul Mukmin Amizan terpaksa direhatkan untuk perlawanan seterusnya setelah mengalami kecederaan di bahagian dagu. Apa yang pasti Wan Jigone dan Mohd Farid Syazwan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Lomu’ berharap para pemain dapat meneruskan momentum dalam perlawanan suku akhir nanti.

Kini pasukan Jelapang Padi telah berjaya mara ke pusingan suku akhir di mana bakal menentang Sarawak pada 21 Ogos nanti bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Sarawak bakal beraksi dalam perlawanan sulung mereka ini di mana Sarawak bersama Sabah adalah di antara pasukan yang secara automatik melayakkan diri ke pusingan suku akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-35.

Untuk rekod, dalam edisi lalu Kedah terkandas di peringkat kumpulan setelah tewas dalam 2 perlawanan dari 3 perlawanan. Manakala Sarawak kali terakhir berentap di dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong ini pada 2013 namun gagal di peringkat kumpulan.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.461 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X