SEA Games 2017: Skuad 7s Wanita Idam Pingat

Hanya 2 pemain senior dari skuad SEA Games 2015 manakala selebihnya adalah muka-muka baru yang bakal memberi cabaran. Kredit Foto – Sukandaily

Skuad ragbi wanita 7 sepasukan kini kembali menaruh harapan untuk merangkul pingat dalam temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlansung nanti. Pada edisi lalu di Singapura, skuad wanita sekadar berjaya meraih tempat ke-4 setelah ditewaskan oleh Filipina dalam pusingan penentuan tempat ke-3 & ke-4.

Kini dengan tempoh masa persiapan yang lebih mantap berbanding dulu mampu memberi kekuatan kepada pasukan untuk berentap. Walaupun pingat gangsa menjadi sasaran yang diletakkan namun jauh di sudut hati setiap pemain mahupun semua pegawai pasukan dan para peminat sudah pasti optimist untuk lebih dari itu.

Nik Safuan Ismade bin Nik Man selaku ketua jurulatih untuk edisi SEA Games kali ini kini berkeyakinan tinggi dengan komitmen yang diberikan oleh setiap pemain. Seramai 12 pemain dikenal pasti di mana sebahagian besar adalah muka baru berbanding skuad terdahulu dan hanya 2 pemain dari skuad lalu dikekalkan.

Ketua Pasukan Ragbi Wanita 7 Sepasukan Malaysia Normasyirah binti Zahari. Kredit Foto – Sukandaily

Kapten pasukan, Nor Masyirah Zahari dan Fidelia Limang adalah pemain tunggak utama pasukan yang masih lagi dikekalkan di dalam pasukan di mana sebelum ini telah beraksi di Sukan SEA Singapura 2015.

“Sekiranya dibandingkan dengan pasukan terdahulu, pasukan ini lebih berpotensi dan bersedia untuk berentap dengan lebih lagi. Saya yakin untuk sasaran pingat gangsa dan sudah pasti untuk yang lebih terbaik dari itu. Bermain di laman sendiri sudah pasti memberi kelebihan kepada kami.”, ujar Nik Safuan Ismade bin Nik Man selaku jurulatih berpengalaman berasal dari Kuala Lipis, Pahang.

Fidelia Limang Anak Telajan yang pernah beraksi di SEA Games Singapura 2015. Kredit Foto – Sukandaily

Sementara itu Tan Thiam Jin selaku pengurus pasukan turut mengulas, “Kami telah bersedia sepenuhnya untuk kejohanan ini begitu juga dengan negara-negara lain yang akan turun memberi cabaran. Thailand, Singapura, Filipina dan Laos merupakan pasukan ragbi wanita yang kian meningkat naik mampu memberi cabaran namun bermain dalam format “round-robin” akan memberi peluang sama rata kepada semua pasukan untuk berentap. Kami harapkan para penyokong dapat hadir untuk memberi sokongan padu di stadium nanti.”

Kejohanan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan SEA 2017 ini akan berlansung pada 19 dan 20 Ogos 2017 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura dan Laos di antara negara yang mengesahkan slot kejohanan manakala Indonesia telah menarik diri di saat akhir. Pasukan Singapura selaku finalis bagi edisi lalu akan menjadi pasukan sulung unuk memberi cabaran kepada pasukan wanita ini nanti.

KEJOHANAN RAGBI WANITA 7s SEA GAMES 2017
Senarai Nama Skuad Bunga Raya Wanita
NO.
 
NAMA
 
POSISI
  1.  
 
  CHRISTINA BINTI IDRIS  
 
FORWARD
  2.  
 
  CINDY JOHN PASAN  
 
UTILITY BACKLINE
  3.  
 
  DAYANG ANAK MANGGIE  
 
FORWARD
  4.  
 
  EUPHRASIA ANNE CRALIS  
 
SCRUMHALF
  5.  
 
  FIDELIA LIMANG ANAK TELAJAN  
 
ROVER
  6.  
 
  HENRIETTA DAVID  
 
UTILITY BACKLINE
  7.  
 
  NORFARAHANA BINTI AZIZ  
 
FORWARD
  8.  
 
  NORMASYIRAH BINTI ZAHARI  
 
STANDOFF
  9.  
 
  ROZLIANA BINTI MOHD RIDWAN  
 
WINGER
  10.  
 
  SITI FARHANITA BINTI MADDIN  
 
UTILITY FORWARD
  11.  
 
  WAN ZUFIRAH BINTI MOHD NASIR  
 
UTILITY FORWARD
  12.  
 
  SHARIFAH NOOR FASHA EDAYU  
 
WINGER


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.321 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X