COBRA 10s: 16 Pasukan Meriahkan Jubli Emas COBRA

Edisi penganjuran ke-47 bakal kembali berentap di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kredit Foto – www.cobrarugby.com

Kejohanan COBRA 10s 2017 Ke-27 yang dijadualkan pada 11 hingga 12 November 2017 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya bakal dianjurkan dengan penuh meriah bersemperna sambutan 50 tahun penubuhan kelab ragbi COBRA ini. Turut mengesahkan penyertaan dari 10 pasukan ternama dari pelbagai negara dan 6 pasukan ternama tempatan bakal berentap di pentas kejohanan 10 sepasukan penuh prestij ini. 16 pasukan ini bakal mula berentap dalam cabaran peringkat kumpulan di mana terdapat 4 kumpulan.

“Bersemperna dengan sambutan jubli emas ini, penganjuran tahun ini adalah teramat istimewa di mana setiap pasukan bakal kembali berentap di tempat asalnya iaitu Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang baru dibaik pulih. Kami amat berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya(MBPJ) kerana memberi peluang ini.”, ujar Lt Kol (Bersara) Tommy Pereira, Presiden Kelab Ragbi COBRA dalam satu sidang media hari ini. Pada edisi yang lalu, kejohanan ini telah berlansung di Padang Utara, Petaling Jaya kerana ketika itu stadium tersebut giat melakukan baik pulih sepenuhnya untuk persediaan Sukan SEA. Tiada sebarang tiket dikenakan kepada para penonton yang ingin menyaksikan ke semua perlawanan di stadium ini.

Selain dari Kejohanan Ragbi COBRA 10s yang menjadi acara utama, pihak penganjur juga turut menganjurkan beberapa acara sampingan untuk memeriahkan sambutan jubli emas ini. Kredit Foto – COBRA


Pasukan tempatan yang bakal memberi cabaran adalah ERC Borneo Eagles, KL Tigers, Sabah Eagles, Panthers Blowpipe RC, NS Wanderers dan sudah pasti pasukan tuan rumah yakni COBRA. Manakala pasukan ternama dari pelbagai negara adalah Duka Old Boys(Afrika Selatan), Singapore Barbarians(Singapura), Daveta(Fiji), Western Province(Afrika Selatan), Global Lions(New Zealand), Auckland Varsity Vipers(New Zealand), Charis Wolfpacks Rugby(Australia), North Harbour(New Zealand), NNK Northlink(Afrika Selatan) dan West RFC(Australia).

Kejohanan ini akan dimeriahkan dengan penampilan istimewa beberapa pemain ragbi antarabangsa ternama yang bakal beraksi seperti Tony Underwood(Pemain sayap England 1993-1996), David Pickering(Kapten pasukan Welsh 1993), Eric Peters(Scotland), Shane Dylan Thompson(Canada), Waisale Serevi(Pemain lagenda Fiji 7s), Amasio Valance (NZ IRB 7s) dan Uale Mai(Samoa IRB 7s).

Tanggal 8 Jun 1967 merupakan tarikh bersejarah penubuhan kelab Combined Old Boys Rugby Association(COBRA). Kredit Foto – Facebook.com/cobrarugbyclub1967


Untuk rekod, penganjuran sulung pada 1967 telah dimenangi oleh Royal Selangor Club manakala pasukan Royal New Zealand Infantry Regiment(berpangkalan di Singapura) berjaya mengukir nama di trofi selaku penyandang juara terbanyak iaitu sebelas kali sejak penganjuran. Beberapa pemain ragbi antarabangsa ternama seperti Lawrence Dallaglio(Bekas kapten pasukan England), Phil Kearns(Pemain Hooker dan kapten pasukan Australia) dan Kiwi Olo Brown juga turut pernah bermain di kejohanan ini.

Selain dari Kejohanan Ragbi COBRA 10s yang menjadi acara utama, pihak penganjur juga turut menganjurkan beberapa acara sampingan untuk memeriahkan sambutan jubli emas ini di antaranya:

a) 28 Oktober 2017 – COBRA 10s Mini
Kejohanan ragbi peringkat kanak-kanak yang akan berlansung di Kompleks RRI, Sungai Buloh.
b) 4 hingga 5 November 2017 – COBRA 10s Ladies
Penganjuran sulung untuk para pemain ragbi wanita yang akan berlansung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya.
c) 7 November 2017 – COBRA Golf
Acara mengumpul dana untuk membantu pemain ragbi yang memerlukan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
d) 8 November 2017 – COBRA Legends VS The Rest of The World Legends Perlawanan sosial di antara bekas pemain COBRA menentang pasukan yang dibarisi oleh jurulatih dan pegawai pasukan yang bertanding di dalam Kejohanan COBRA 10s.
e) 9 November 2017 – COBRA 50th Anniversary Gala Dinner
Majlis makan malam untuk menghargai pelbagai pihak yang telah berbakti kepada COBRA.

KEJOHANAN RAGBI COBRA 10s 2017 KE-47
Senarai Pasukan
NO.
 
NAMA
 
NEGARA
  1.  
 
  COBRA  
 
MALAYSIA
  2.  
 
  ERC BORNEO EAGLES  
 
MALAYSIA
  3.  
 
  KL TIGERS  
 
MALAYSIA
  4.  
 
  NS WANDERERS  
 
MALAYSIA
  5.  
 
  PANTHERS BLOWPIPES RC  
 
MALAYSIA
  6.  
 
  SABAH EAGLES  
 
MALAYSIA
  7.  
 
  AUCKLAND VARSITY VIPERS  
 
NEW ZEALAND
  8.  
 
  CHARIS WOLFPACKS RUGBY  
 
AUSTRALIA
  9.  
 
  DAVETA  
 
FIJI
  10.  
 
  DUKA OLD BOYS  
 
AFRIKA SELATAN
  11.  
 
  GLOBAL LIONS  
 
NEW ZEALAND
  12.  
 
  NNK NORTHLINK  
 
AFRIKA SELATAN
  13.  
 
  NORTH HARBOUR  
 
NEW ZEALAND
  14.  
 
  SINGAPORE BARBARIANS  
 
SINGAPURA
  15.  
 
  WESTERN PROVINCE  
 
AFRIKA SELATAN
  16.  
 
  WESTS RFC  
 
AUSTRALIA

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 2.630 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X