NS Royal 7s: Persiapan Perlis Untuk SUKMA 2018

Pak Non sewaktu memberi taklimat kepada pasukan sewaktu Kejohanan NS Royal 7s 2017 Ke-19. Foto Kredit – Sukandaily

Perlis mengorak langkah awal dalam persiapan pasukan menjelang Sukan Malaysia 2018 Ke-19 menjadikan pentas Kejohanan NS Royal 7s 2017 ini sebagai permulaan. Jurulatih berpengalaman dan juga anak jati Perlis, Mohd Hafiz Bin Zainon sekali lagi diberi kepercayaan untuk persiapan skuad ragbi 7 sebelah ke SUKMA nanti. Mohd Hafiz Bin Zainon atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Pak Non’ adalah di antara individu yang sering kali membimbing skuad senior Perlis untuk berentap di Kejohanan Piala Agong dan lain-lain kejohanan besar. Malah untuk Kejohanan NS Royal 7s turut mempunyai sejarah yang panjang untuk Pak Non di mana beliau pernah hadir sebagai pemain dan kini selaku jurulatih pasukan.

Pak Non turut mengulas persiapan awal ini penting buat Perlis untuk mengenal pasti pemain sebelum memulakan siri latihan intensif yang bakal bermula pada tahun hadapan. Walaupun buat masa ini pemain masih bersekolah namun dengan siri latihan yang telah bermula pada tahun ini mampu untuk digilap menjadi pemain yang berkualiti. Perlis juga bakal menyertai setiap kejohanan yang dianjurkan di seluruh Malaysia sebagai salah satu platform dalam persiapan pasukan ini. Selain itu juga skuad dari utara ini juga turut menjalin kerjasama dengan pasukan ragbi UPM Angels dan COBRA untuk memperkasakan pasukan.

Jurulatih berpengalaman dan juga anak jati Perlis, Mohd Hafiz Bin Zainon atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Non. Kredit Foto – Sukandaily


“Pasukan yang hadir ke Kejohanan Royal 7s ini adalah masih di peringkat awal untuk membentuk pasukan ke SUKMA nanti. Buat masa ini pihak pengurusan masih dalam proses mengenal pasti pemain anak jati Perlis yang berpotensi untuk diserap. Untuk SUKMA di Perak nanti kami berazam untuk membawa pulang sebarang warna pingat nanti”, ujar Pak Non kepada Sukandaily.

Persiapan awal pasukan ragbi ini turut juga mendapat dana bantuan dari pihak Majlis Sukan Negeri Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Persatuan Ragbi Perlis dan Kesatuan Ragbi Malaysia. Namun, pihak pengurusan masih memerlukan dana tambahan dari pihak-pihak NGO mahupun individu untuk memastikan sebarang persiapan dan keperluan pasukan tidak terganggu.

Kejohanan NS Royal 7s 2017 Ke-19 yang telah berlansung di padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Kredit Foto – Sukandaily


Hadir sebagai pasukan bukan pilihan dinamakan ‘PERLIS U20’ tidak menjadi halangan untuk menimba pengalaman buat skuad ini. Pasukan ini telah diundi berada di dalam kumpulan bersama-sama dengan pasukan ternama lain iaitu NS Wanderers, Singapore Police B dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM). Walaubagaimanapun pasukan ATM terpaksa menarik diri di saat akhir disebabkan oleh urusan pasukan keselamatan itu. Untuk rekod, penyertaan dari Perlis ini telah hampir 16 tahun menyertai Kejohanan NS Royal 7s sejak tahun 2000 dan hanya sekali pada tahun 2015 tidak dapat turun berentap.

Untuk edisi ke-19 Kejohanan NS Royal 7s 2017 ini, Pasukan anak didik Pak Non ini berjaya mara ke pusingan akhir Plate namun tewas setelah berentap dengan pasukan NS 20 yang juga merupakan pasukan tuan rumah untuk projek SUKMA 2018 nanti.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 0.850 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X