NS Royal 7s: SMK Sri Mersing Rampas Kejuaraan

SMK Sri Mersing muncul juara Kejohanan Ragbi NS Royal 7s 2017 Ke-19.
Kredit Foto – Sukandaily

Kedua-dua pasukan dari selatan tanah air ini merupakan di antara pasukan pilihan yang sering kali ke peringkat akhir di kejohanan ragbi NS Royal 7s ini. Bagi edisi ke-19 ini, sekolah harian biasa SMK Sri Mersing berjaya menewaskan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail berkesudahan 20 berbalas 12.

SMK Sri Mersing telah bermula baik mencatatkan rekod tanpa kalah sejak hari pertama kejohanan begitu juga dengan pasukan Sekolah Sukan Tengku Ismail(SSTMI) ini. Namun hasrat SSTMI untuk terus cemerlang mengekalkan rekod kejuaraan treble pada edisi ini telah dipadamkan oleh SMK Sri Mersing dengan kemenangan tipis perbezaan 2 mata.

Rata-rata pemain SSTMI merupakan pelapis baru yang telah mendaftar pada April lalu di sekolah sukan ini masih tercari keserasian dan rentak untuk berentap di kejohanan peringkat tinggi ini. Selain itu pada tahun ini pasukan SSTMI juga kurang diberi pendedahan untuk menyertai lain-lain kejohanan menyebabkan prestasi pasukan merundum. Kekangan kewangan menjadi salah satu faktor untuk pasukan ini mencari slot untuk beraksi dalam sebarang penganjuran kejohanan.

Pasukan SSTMI di bawah kendalian jurulatih Syed Shazril Syed Mahadzir yang mengantikan Mohd Saizul Hafifi bin Md Noor yang terlibat dengan pasukan kebangsaan. Manakala SMK Sri Mersing di bawah kendalian jurulatih Zulkefli bin Mohd Amin sejak sekian lama juga merupakan juara kejohanan ragbi bawah 15 tahun di Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) 2015.

Aksi pemain SSTMI (kuning) berentap bersama SMK Sri Mersing di pusingan akhir Kejohanan NS Royal 7s 2017 Ke-19 bagi kategori sekolah. Kredit Foto – Sukandaily


“Walaupun tewas ianya tetap satu keputusan yang membanggakan kerana pasukan ini baru dibentuk. Barisan pemain adalah pelapis kepada generasi baru skuad ragbi SSTMI ini. Untuk sepanjang tahun ini hanya 2 kali berpeluang untuk beraksi di sebarang kejohanan disebabkan kekangan kewangan. Sebarang penyertaan kejohanan adalah penting untuk pendedahan pasukan khususnya bagi kami di sekolah sukan ini.”, ujar Syed Shazril Syed Mahadzir selaku jurulatih SSTMI bagi tahun 2017 ini.

Syed Shazril Syed Mahadzir juga turut mengulas ketiadaan ketua jurulatih SSTMI; Mohd Saizul Hafifi bin Md Noor sedikit sebanyak juga mempengaruhi tumpuan perancangan dan latihan pasukan berbanding tahun-tahun lalu.

SMK Sri Mersing(hitam) merampas kejuaraan berkesudahan 20 berbalas 12 ke atas SSTMI. Kredit Foto – Sukandaily


Manakala buat skuad senior sekolah ini yang berentap dalam kategori kelab; SSTMI Tsunami masih lagi mengekalkan pencapaian seperti tahun lalu untuk berada di kedudukan ke-4 teratas. Untuk edisi kali ini, SSTMI Tsunami sekali lagi mengulangi sejarah terkandas di pusingan separuh akhir Cup apabila tewas kepada Singapore Cricket Club. Untuk edisi lalu, SSTMI Tsunami telah dinafikan oleh pasukan juara iaitu KS DBKL.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.421 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X