Singa FRC Cipta Kejuaraan Sulung NS Royal 7s

Singa FRC cipta kejuaraan sulung di pentas Kejohanan NS Royal 7s 2017 Ke-19 setelah menewaskan pasukan Singapore Cricket Club.

Persembahan sulung pasukan gandingan pemain dari pasukan Singapore Malay dan FrontRow Club dari Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila muncul juara Kejohanan NS Royal 7s 2017 Ke-19 yang telah berlansung di padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.

Singa FRC yang bermula dengan penuh garang apabila menewaskan NS Perantau dengan kutipan mata 39 tanpa sebarang balasan sekaligus merupakan kutipan mata tertinggi sepanjang kejohanan. Singa FRC juga turut mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan ini.

Seramai 13 pemain dari Malaysia 2 pemain dari Singapura dan dibantu seorang pemain dari Fiji(Samuela Tamanisau) yang juga turut mewakili pasukan kebangsaan telah memperkasakan pasukan Singa FRC ini di bawah kendalian jurulatih berpengalaman; Raime Yusof. Pasukan ini terbentuk setelah pasukan Singapura(Singapore Malay) tidak dapat menurunkan sepenuhnya pemain ke kejohanan ini maka baki pemain tersebut berganding bersama FrontRow Club.

FrontRow Club adalah kelab ragbi tempatan terdiri dari pemain muda seawal 19 tahun dan pemain berpengalaman di arena kebangsaan. FrontRow Club juga aktif melakukan program pembangunan sukan ragbi ini di mana memberi peluang kepada pemain baru mendapat pendedahan bermain di peringkat tinggi.

“Sudah pasti persediaan awal dari segi latihan telah dilakukan bagi menyambut cabaran dari pasukan hebat seperti SSTMI, COBRA dan Singapore Cricket Club. Perlawanan akhir menentang pasukan Singapore Cricket Club agak setanding, peluang jatuhan try memberi kelebihan setelah pasukan lawan membuat kesilapan.”, ulas Raime Yusof setelah menewaskan Singapore Cricket Club 17 berbalas 14 dalam perlawanan akhir. Sebelum itu Singa FRC juga turut menewaskan pasukan tuan rumah NS Wanderers berkesudahan 26 berbalas 12 dalam aksi separuh akhir Cup.

“InsyAllah kami akan datang pada edisi seterusnya untuk mempertahankan kejuaraan sekiranya dijemput.”, ujar Raime Yusof mengakhiri perbualan.

 

NS ROYAL 7S 2017 KE-19
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
AKHIR CUP
SINGA FRC  
 
17
 
vs
 
14
 
  SINGAPORE CC
SEPARUH AKHIR CUP
SINGA FRC  
 
26
 
vs
 
12
 
  NS WANDERERS
SUKU AKHIR CUP/PLATE
SINGA FRC  
 
38
 
vs
 
05
 
  RMP BLUES
PERINGKAT KUMPULAN
SINGA FRC  
 
31
 
vs
 
07
 
  NS 20
SINGA FRC  
 
28
 
vs
 
00
 
  PERLIS RUGBY
SINGA FRC  
 
39
 
vs
 
00
 
  NS PERANTAU

*KEPUTUSAN SINGA FRC SAHAJA

Keputusan penuh lawati – http://www.sukandaily.com.my/v4/2017/10/keputusan-kejohanan-ragbi-ns-royal-7s-2017-ke-19-kelab/

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.907 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X