FRC Dingoes Juara Sulung COBRA 10’s Ladies

FRC Dingoes rangkul kejuaraan sulung Kejohanan COBRA 10’s Ladies yang telah berlansung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Kredit Foto – Waris Adam

Keunggulan pasukan ragbi wanita FRC Dingoes meraih kemenangan dalam keseluruhan perlawanan telah dinobatkan selaku juara bagi kejohanan julung kalinya diadakan ini. FRC Dingoes mara ke pusingan akhir menewaskan pasukan tuan rumah COBRA Venom berkesudahan 27 tanpa balasan. Sebelum itu di peringkat separuh akhir Cup/Plate juga turut menewaskan pasukan UPM Ladies Angels yang berakhir dengan kutipan mata 25 tanpa balasan.

Pada peringkat kumpulan di hari pertama, pasukan juara telah membelasah pasukan pembangunan tuan rumah COBRA Venom Development dengan kutipan mata 68 tanpa sebarang balasan sekaligus meraih kutipan mata tertinggi sepanjang kejohanan. FRC Dingoes juga turut menerima cabaran seimbang apabila sekadar meraih kutipan mata 12 berbalas 5 setelah berentap bersama pasukan UiTM Lions Ladies di peringkat kumpulan.

Aksi pemain berpengalaman FRC Dingoes; Haslinda Mohd Salleh untuk jatuhan try sewaktu menentang pasukan COBRA Venom di Kejohanan COBRA 10s Ladies 2017. Kredit Foto – Waris Adam


FRC Dingoes dibarisi beberapa pemain berpengalaman di peringkat kebangsaan malah di pentas antarabangsa di bawah kendalian jurulatih Muhammad Firdaus bin Zakarya sejak 2016. Beliau yang lebih mesra dikenali dengan nama Pidot turut telah membimbing pasukan ragbi wanita Terengganu untuk berentap di Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(National 7s) pada tahun ini.

Muhammad Firdaus bin Zakarya(dua dari kiri); Jurulatih berpengalaman yang turut mempunyai kelulusan akademik ijazah kejuruteraan dari Universiti Tenaga Nasional. Kredit Foto - Waris Adam

Muhammad Firdaus bin Zakarya(dua dari kiri); Jurulatih berpengalaman yang turut mempunyai kelulusan akademik ijazah kejuruteraan dari Universiti Tenaga Nasional. Kredit Foto – Waris Adam


“Syukur Alhamdullilah! Sesuatu amat membanggakan apabila menjadi juara lebih-lebih lagi dalam kejohanan sulung ini. Terima kasih saya ucapkan kepada para pemain kerana memberikan persembahan yang terbaik walaupun sebahagian besar mereka terikat dengan komitmen kerjaya dan ada yang masih belajar. Pujian juga harus diberikan kepada pasukan lawan yang mampu memberi saingan walaupun di barisi sebahagian besar pemain muda. Satu perkembangan bagus. Hanya pengalaman yang membezakan antara kami dengan mereka untuk hadir selaku juara dan bukannya jumlah mata dikutip.”; ujar jurulatih yang berasal dari Taiping ini kepada Sukandaily.

Jurulatih berkelulusan akademik ijazah kejuruteraan dari Universiti Tenaga Nasional menzahirkan pendapat di mana kejayaan pasukan ragbi wanita pada temasya Sukan SEA 2017 lalu telah memberi nafas baru kepada perkembangan sukan ragbi wanita yang mula mendapat perhatian. Pidot juga turut berterima kasih kepada kelab ragbi COBRA kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini untuk memberi peluang kepada pasukan wanita untuk beraksi.

Pemain pasukan COBRA Venom(kuning) sewaktu berentap dengan pasukan FRC Dingoes. Kredit Foto – Waris Adam.


“Penyertaan 10 pasukan berjaya menghimpunkan 150 pemain ragbi wanita dalam kejohanan ini membuktikan satu perkembangan yang baik. Semoga sokongan diteruskan oleh semua pihak supaya sukan ini terus berkembang. Terima kasih kepada COBRA di atas penganjuran ini.”, ujar Pidot.

Untuk rekod, sememangnya penganjuran kejohanan ragbi untuk pasukan wanita di negara ini masih kurang sehinggakan pasukan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk berentap di luar negara.

Kejohanan COBRA 10’s Ladies pertama kali dianjurkan oleh kelab ragbi COBRA ini telah berlansung selama dua hari di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya bersemperna sambutan jubli emas kelab ragbi COBRA yang berusia 50 tahun. Kejohanan ini telah berjaya menarik 10 pasukan ragbi wanita untuk berentap di dalam format 10 sepasukan ini.

 

KEJOHANAN COBRA 10’s LADIES 2017
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
AKHIR
FRC DINGOES  
 
27
 
vs
 
00
 
  COBRA VENOM
SUKU AKHIR CUP/PLATE
FRC DINGOES  
 
25
 
vs
 
00
 
  UPM LADIES ANGEL
PERINGKAT KUMPULAN
FRC DINGOES  
 
12
 
vs
 
05
 
  UITM LIONS LADIES
FRC DINGOES  
 
12
 
vs
 
00
 
  KL TIGERS
FRC DINGOES  
 
68
 
vs
 
00
 
  COBRA VENOM DEVELOPMENT
FRC DINGOES  
 
29
 
vs
 
00
 
  LETTO RHINOS MIRI

*KEPUTUSAN FRC DINGOES SAHAJA


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.278 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X