Wanita Terengganu Lakar Kejuaraan ‘trible’ Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018

Muhammad Firdaus bin Zakarya yang lebih mesra dikenali sebagai 'Pidot' selaku jurulatih pasukan ragbi 7 sepasukan wanita negeri Terengganu menzahirkan tanda terima kasih setelah pasukan bimbingannya muncul juara Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018 bagi kategori Wanita Terbuka. Kredit Foto - Facebook.com/pidotte

Muhammad Firdaus bin Zakarya yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Pidot’ selaku jurulatih pasukan ragbi 7 sepasukan wanita negeri Terengganu menzahirkan tanda terima kasih setelah pasukan bimbingannya muncul juara Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018 bagi kategori Wanita Terbuka. Kredit Foto – Facebook.com/pidotte


Pasukan ragbi 7 sepasukan wanita Terengganu Darul Iman mencipta fenomena setelah merangkul kejayaan dalam ketiga-tiga siri penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018. Pertama kali dalam sejarah penganjuran, Kesatuan Ragbi Malaysia memperkenalkan format penganjuran baharu iaitu setiap pasukan perlu mengharungi 3 siri penganjuran bagi edisi 2018 ini.

Siri 1 penganjuran yang telah berlangsung pada 3 & Mac 2018 bertempat 2019 menyaksikan pasukan wanita Terengganu Hanelang ini telah membelasah pasukan Selangor berkeputusan 39 berbalas 07 dalam perlawanan pembukaan. Sekaligus menjadi kutipan mata tertinggi sepanjang kejohanan siri 1 ini. Bertemu Kedah di pusingan akhir ibarat buku bertemu ruas namun kejayaan tetap milik pasukan wanita negeri Terengganu selaku juara sulung penganjuran.

Pada 10 & 11 Mac 2018 bertempat di Stadium Educity, Johor menjadi saksi buat pasukan ragbi wanita negeri Terengganu ini untuk sekali lagi menafikan pasukan Kedah yang kembali bertemu di pusingan akhir Siri Ke-2 yang berkesudahan 15 berbalas 07.

Ibarat seteru tidak berkesudahan, pada edisi siri penganjuran ke-3 sekali lagi pasukan ragbi wanita negeri Terengganu terus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk sekali lagi menafikan hasrat Kedah yang bertemu di pusingan akhir. Berkesudahan dengan mata kemenangan 20 berbalas 07 di Padang Ipoh, Perak sudah pasti menobatkan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu ini selaku juara dan juga kuasa besar untuk edisi Kejohanan Ragbi 7 sepasukan 2018 yang tamat penganjuran pada 24 & 25 Mac 2018.


KEPUTUSAN KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN KEBANGSAAN 2018
WANITA TERBUKA SIRI 1

AKHIR
TERENGGANU 12 vs 05 KEDAH
SEPARUH AKHIR
TERENGGANU 32 vs 07 ATM

PERINGKAT KUMPULAN
TERENGGANU 34 vs 00 JOHOR
TERENGGANU 39 vs 07 SELANGOR


WANITA TERBUKA SIRI 2
AKHIR
TERENGGANU 15 vs 07 KEDAH
SEPARUH AKHIR
TERENGGANU 22 vs 05 JOHOR

PERINGKAT KUMPULAN
TERENGGANU 24 vs 00 ATM
TERENGGANU 41 vs 00 SELANGOR


WANITA TERBUKA SIRI 3
AKHIR
TERENGGANU 20 vs 07 KEDAH
SEPARUH AKHIR
TERENGGANU 27 vs 14 JOHOR

PERINGKAT KUMPULAN
TERENGGANU 31 vs 00 W.P LABUAN
TERENGGANU 26 vs 00 ATM

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 1.981 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X