Langkah Tepat Persatuan Ragbi Daerah Besut


Persatuan Ragbi Daerah Besut(PRB) membuka catatan baharu perkembangan sukan ragbi negeri Terengganu untuk menjadi persatuan peringkat daerah yang pertama di negeri ini bernaung di bawah Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT). Persatuan Ragbi Daerah Besut atau ringkasnya disebut PRB seperti mana telah dalam perlembagaan persatuan secara rasmi telah didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 Februari 2017. Seramai 17 ahli terawal telah berdaftar memberi gambaran positif pada hala tuju persatuan yang baharu ditubuhkan ini.

Sebagai persatuan di peringkat daerah meletakkan halatuju untuk bernaung di bawah persatuan induk peringkat negeri adalah langkah tepat perlu dilakukan sewajarnya untuk mendapat pengiktirafan bagi setiap program yang dianjurkan. Pengiktirafan dalam sesuatu program mahupun penganjuran adalah penting bagi memastikan setiap perkara tersebut tidak dilakukan dengan sia-sia khususnya masa depan atlet yang dinaungi. Perkara ini sering dipandang remeh oleh sesetengah penggiat sukan yang akhirnya hanya merugikan mereka sendiri.

Untuk rekod, PRB merupakan merupakan organisasi sukan ragbi kedua dalam negeri ini telah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia di mana sebelum itu adalah Kuala Terengganu Rugby Club(KTRC). Namun hanya PRB yang secara rasmi merupakah organisasi pertama berdaftar dengan PRNT untuk bernaung. PRNT adalah selaku badan induk di peringkat negeri Terengganu yang turut bernaung di bawah Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) selaku badan induk di peringkat kebangsaan.

Karnival Ragbi Pantai Timur 2018 menutup tirai pada 27 Oktober 2018 yang lalu merupakan penganjuran kedua oleh Persatuan Ragbi Daerah Besut. Kredit Foto – Facebook.com/PERSATUANRAGBIBESUT

Karnival Ragbi Pantai Timur 2018 menutup tirai pada 27 Oktober 2018 yang lalu merupakan penganjuran kedua oleh Persatuan Ragbi Daerah Besut. Kredit Foto – Facebook.com/PERSATUANRAGBIBESUT


Berpusat di Jerteh, persatuan ini menyasarkan sebarang aktiviti meliputi program pembangunan dan menggiatkan penganjuran kejohanan sukan ragbi di sekitar daerah Besut tanpa mengira peringkat usia. Perkembangan ini sudah pasti bakal memberi peluang kepada belia-belia untuk beraksi di pentas kejohanan yang lebih tinggi sama ada di dalam negeri mahupun mewakili negeri Terengganu. Program pembangunan tidak hanya memfokuskan kepada atlet mahupun pasukan ragbi itu sendiri malah turut melibatkan kejurulatihan dan pengurusan untuk pegawai-pegawai sukan ini.

Keahlian Persatuan Ragbi Daerah Besut terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Ahli Gabungan, Ahli Individu, Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat. Ahli Gabungan adalah ahli terdiri dari kelab-kelab sukan ragbi yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan manakala Ahli Individu adalah terbuka kepada mana-mana individu yang berminat untuk bergiat di dalam sukan ini.

Ahli Bersekutu membawa maksud dari persatuan, kelab dan pertubuhan berdaftar secara sah di sisi undang-undang yang menjalankan pelbagai aktiviti sukan selain dari sukan ragbi. Ahli Kehormat merupakan individu-individu yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk kepada mereka yang pernah berjasa kepada persatuan atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada persatuan.

Karnival Ragbi Pantai Timur 2018 mendapat penyertaan sebanyak 33 pasukan ragbi terdiri dari 25 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan dari pelbagai negeri. Kredit Foto - Facebook.com/PERSATUANRAGBIBESUT

Karnival Ragbi Pantai Timur 2018 mendapat penyertaan sebanyak 33 pasukan ragbi terdiri dari 25 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan dari pelbagai negeri. Kredit Foto – Facebook.com/PERSATUANRAGBIBESUT


Karnival Ragbi Besut 7s yang telah berlansung pada 19 Ogos 2017 melibatkan penyertaan 12 buah sekolah dari negeri Terengganu dan Kelantan menjadikan 244 atlet dan 24 pegawai sukan merupakan penganjuran sulung untuk menguji kemampuan jentera pengurusan persatuan ini. Bertitik tolak dari kejayaan penganjuran itu, PRB terus mengorak langkah kejayaan dengan penganjuran Karnival Ragbi Pantai Timur 2018 yang baharu menutup tirai pada 27 Oktober 2018 yang lalu. Karnival ini telah melibatkan 33 pasukan ragbi terdiri dari 25 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan dari pelbagai negeri.

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli persatuan atau menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh pihak PRB boleh menghubungi melalui email – per.ragbi.besut@gmail.com atau di talian 012 909 7374. PRB juga turut mempunyai akaun Facebook rasmi yang boleh dilawati di https://www.facebook.com/PERSATUANRAGBIBESUT

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 0.818 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X