Piala Agong 2018: Kedah, Johor, Terengganu dan Perak Terawal Tempah Suku Akhir

Aksi pemain flyhalf Aliff Sazrie Azmi ketika mendapatkan mata jatuhan try ke-4 buat pasukan Terengganu sewaktu menentang Kedah dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 yang telah berlansung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi pemain flyhalf Aliff Sazrie Azmi ketika mendapatkan mata jatuhan try ke-4 buat pasukan Terengganu sewaktu menentang Kedah dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 yang telah berlansung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star. Kredit Foto – Sukandaily


Minggu ke-3 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 menyaksikan beberapa pasukan telah menamatkan aksi peringkat kumpulan dan seterusnya bakal berentap di pusingan suku akhir yang dijadualkan bakal bermula pada 17 November 2018 nanti. Kedah, Johor, Terengganu dan Perak merupakan kesemua pasukan di dalam kumpulan Premier telah menempah tiket awal layak ke pusingan suku akhir berdasarkan format permainan yang diperkenalkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia.

Rekod cemerlang Perak pada sejak 2015 mengejutkan peminat ragbi tanah air apabila menjadi pasukan belasahan setelah mencatatkan kekalahan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Perak yang muncul juara pada 2016 menamatkan kemarau kejuaraan selama 33 tahun sejak berentap dari edisi pertama kejohanan pada 1982. Mohamad Nazeer bin Mohamed Nesharah atau lebih mesra dikenali sebagai Black telah membimbing pasukan ini sejak 2015 untuk muncul naib juara dan seterusnya mencipta sejarah untuk negeri Perak setelah muncul juara. Untuk musim ini, Perak di bawah bimbingan jurulatih dari Fiji; Digitaki Levaci yang turut telah membimbing Perak untuk berentap di Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018.

Manakala pasukan Kedah yang menjadi sebutan di kalangan peminat sejak awal musim ibarat memberikan amaran kepada semua pasukan bertanding setelah mencatat kemenangan dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan. Pada perlawanan pembukaan, Kedah juga turut telah membuat kejutan untuk aksi penuh mendebarkan di tempat lawan menewaskan penyandang juara edisi lalu iaitu Johor berkeputusan 26-24. Kedah juga turut menewaskan pasukan naib juara edisi lalu iaitu Terengganu dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan sebelum membelasah Perak.

Setelah tewas di tempat sendiri, Johor bangkit dalam perlawanan kedua dengan membelasah Perak berkesudahan 43 berbalas 05 dan seterusnya kelebihan 2 mata try di saat akhir berjaya menewaskan Terengganu yang telah bertandang ke Stadium Mini Kota Tinggi, Johor.

Seterusnya Kedah selaku pendahulu kumpulan Premier dijadualkan untuk bertemu pendahulu kumpulan Divisyen 2, manakala Terengganu bakal berentap bersama Kelantan selaku pendahulu kumpulan Divisyen 1. Johor pula bakal memberi tentangan kepada Negeri Sembilan yang berada di tangga kedua kumpulan Divisyen 1. Sabah selaku wakil tunggal dari Borneo selesa menanti di pusingan suku akhir untuk perlawanan pembukaan buat negeri ini untuk bertemu Perak.

Kesemua perlawanan pusingan kedua kejohanan ini bakal berlansung di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur bermula 17 November 2018.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 0.811 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X