Piala Agong 2018: Melaka, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur dan Selangor Kembali!

Aksi finalis edisi lalu, Terengganu sewaktu menewaskan pasukan Kelantan(jersi merah) di peringkat suku akhir yang telah berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi finalis edisi lalu, Terengganu sewaktu menewaskan pasukan Kelantan(jersi merah) di peringkat suku akhir yang telah berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily

Edisi penganjuran kali ke-36 kejohanan ragbi Piala Agong 2018 bakal menyaksikan penyertaan kembali pasukan dari negeri Melaka dan Selangor. Melaka yang kali terakhir beraksi di pentas kejohanan ragbi paling berprestij ini pada 2013 manakala Selangor terpaksa membuat keputusan berat untuk menarik diri pada edisi lalu. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(W.P Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang pula kali terakhir berentap pada tahun 2016.

Selain itu Wilayah Persekutuan Putrajaya(W.P Putrajaya) dan Wilayah Persekutuan Labuan(W.P Labuan) masih tidak dapat berentap untuk edisi kali ini. Untuk rekod, kali terakhir W.P Putrajaya dan W.P Labuan beraksi pada tahun 2016. Pada tahun 2016 merupakan tahun terbaik buat kesemua negeri wilayah apabila berjaya menempatkan diri ke kejohanan ini.

Aksi pemain kebangsaan yang membantu skuad Bunga Raya di pentas kejuaraan Ragbi Asia Divisyen 1 2017; Airul Mukminim Bin Amizan(tiga dari kiri) turut beraksi bersama Kedah di tempat ke-4 pada kejohanan ragbi Piala Agong 2017 setelah tewas tipis kepada Perak. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi pemain kebangsaan yang membantu skuad Bunga Raya di pentas kejuaraan Ragbi Asia Divisyen 1 2017; Airul Mukminim Bin Amizan(tiga dari kiri) turut beraksi bersama Kedah di tempat ke-4 pada kejohanan ragbi Piala Agong 2017 setelah tewas tipis kepada Perak. Kredit Foto – Sukandaily

Tirai kejohanan yang bakal dibuka pada hujung minggu ini bakal menyaksikan pasukan Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi pasukan tuan rumah. Percaturan saingan bagi edisi kali ini dlihat lebih mencabar memandangkan setiap pasukan dilaporkan giat memperkasakan pasukan masing-masing dengan pemain-pemain tempatan berkualiti tinggi mahupun pemain-pemain import yang menjadi pertaruhan.

Finalis edisi lalu pasukan Johor dan Terengganu kini berada di dalam kumpulan Premier bersama Kedah dan Perak menjadikan 4 pasukan di dalam kumpulan maut ini. Pemain import Fiji Timoci Vunimoku masih setia untuk bersama negeri Terengganu manakala Sevanaia Natuitagalua pula kembali menyarung jersi negeri ini setelah kali terakhir beraksi bersama Terengganu di pentas Piala Agong ini pada tahun 2016.

Aksi pasukan Negeri Sembilan sewaktu menewaskan pasukan PDRM dalam peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2017 Ke-35. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi pasukan Negeri Sembilan sewaktu menewaskan pasukan PDRM dalam peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2017 Ke-35. Kredit Foto – Sukandaily

Kelantan yang berada dalam kumpulan Divisyen 1 harus berwaspada dengan PDRM yang telah terkandas dalam aksi peringkat kumpulan edisi lalu. PDRM dikhabarkan untuk musim ini bakal mempertaruhkan import Fiji baharu hasil kerjasama bersama pasukan polis di negara itu. Negeri Sembilan dan ATM yang turut berada dalam kumpulan ini juga harus tidak dipandang mudah kerana mempunyai rekod mampu merencatkan perancangan pasukan lawan.

Perlis yang beraksi dalam kumpulan Divisyen 2 – A masih mengekalkan rekod cemerlang di mana tidak pernah tercicir untuk berentap dalam kejohanan ini sejak pertama kali menyertai pada 2015. Perlis bakal memberi cabaran kepada Selangor dan Pulau Pinang yang kembali beraksi dalam peringkat kumpulan ini. Kumpulan Divisyen 2 – B bakal memperlihatkan aksi dari Melaka, W.P Kuala Lumpur dan Pahang. Melaka antara menjadi pasukan sebutan bagi edisi kali ini di mana bakal memperlihatkan gandingan mantap pemain berpengalaman.

Pasukan tunggal dari Borneo, cabaran kali ini cukup selesa buat Sabah di mana perlawanan pembukaan mereka hanya menanti saingan di peringkat suku akhir. Sabah bakal berentap dengan pasukan yang berada di tangga kedudukan ke-4 dalam kumpulan Premier nanti. Selain W.P Labuan, Sarawak antara pasukan dari Borneo juga tidak beraksi untuk kejohanan kali ini.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 2.336 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X