Piala Agong 2018: Selangor Melangkah Buka Gelanggang

Cubaan untuk melakukan try oleh pemain Pulau Pinang(biru) berjaya disekat oleh lawannya dari pasukan Selangor dalam perlawanan pembukaan Divisyen 2 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di Padang Utara, Petaling Jaya. Kredit Foto – Sukandaily

Selangor kembali beraksi di pentas Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 mula melangkah setapak setelah menewaskan Pulau Pinang dalam perlawanan pembukaan mereka berkeputusan 14 berbalas 08. Perlawanan telah berlansung dalam cuaca hujan di Padang Utara menyaksikan kedua-dua pasukan mencari rentak permainan di minit-minit awal permainan. Faktor cuaca memberi tekanan kepada Pulau Pinang untuk melakukan kesilapan demi kesilapan memberi kelebihan kepada Selangor untuk menuai 9 kutipan mata hasil dari 3 penalti yang dihadiahkan.

Selangor juga turut menghadiahkan kembali tendangan penalti di minit ke-19 kepada pasukan pelawat sekaligus menyumbang kutipan mata pertama yang disempurnakan oleh Muhammad Aidil Muzakir. Selangor yang mendahului permainan pada separuh masa pertama terus menambah kutipan mata melalui jatuhan try pertama permainan yang diperolehi oleh melalui pemain gantian Aiman Nazri di minit ke-55.

Pemain Selangor(tengah) dikekang oleh dua pemain pasukan Pulau Pinang dalam perlawanan pembukaan Divisyen 2 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di Padang Utara, Petaling Jaya. Kredit Foto – Sukandaily

Pasukan pelawat terus tertekan sekaligus meraih dua kad kuning dalam perlawanan pembukaan yang disimpan kemas oleh pemain flanker Mohamad Hafizul dan pemain scrum half Muhamad Sufian Sanudin pada separuh masa kedua ini. Tersentak dengan situasi itu Pulau Pinang terus memperkemas rentak permainan akhirnya berjaya membuahkan hasil setelah jatuhan try pertama buat pasukan ini berjaya disempurnakan oleh pemain gantian Harison Anak Stevenson. Namun pasukan pelawat gagal untuk mengekalkan rentak permainan di mana sekali lagi menghadiahkan 3 mata penalti kepada pasukan tuan rumah sekaligus menjadi mata penamat dalam perlawanan ini.

Pemain Selangor(merah/kuning) cuba menghalang lawannya dari pasukan Pulau Pinang dalam perlawanan pembukaan Divisyen 2 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di Padang Utara, Petaling Jaya. Kredit Foto – Sukandaily

Untuk musim ini, Selangor telah diundi untuk berada di dalam kumpulan Divisyen 2 – A bersama Perlis dan Pulau Pinang. Pada edisi lalu Kesatuan Ragbi Selangor terpaksa membuat keputusan berat untuk pertama kali tidak menghantar pasukan bertanding sekaligus memeranjatkan para peminat ragbi tanah air. Saingan musim 2016 menyaksikan Selangor telah terkandas awal di peringkat kumpulan. Pulau Pinang juga turut berkongsi nasib yang sama di mana tidak dapat menghantar pasukan pada saingan edisi lalu dan turut terkandas di peringkat kumpulan di musim 2016.

KEPUTUSAN DIVISYEN 2 PIALA AGONG 2018
MINGGU KEDUA:13 OKTOBER 2018
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
SELANGOR  
 
14
 
vs
 
08
 
  PULAU PINANG
MELAKA  
 
53
 
vs
 
00
 
  PAHANG

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda

Page generated in 1.382 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X