Piala Agong 2018: Terengganu Melangkah Suku Akhir Ulangi Sejarah Bertemu Kelantan

Aksi finalis edisi lalu, Terengganu sewaktu menewaskan pasukan Kelantan(jersi merah) di peringkat suku akhir yang telah berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi finalis edisi lalu, Terengganu sewaktu menewaskan pasukan Kelantan(jersi merah) di peringkat suku akhir yang telah berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily


Pasukan ragbi negeri Terengganu sekali lagi berjaya mara ke perlawanan suku akhir kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 malah turut mengulangi sejarah untuk bertemu Kelantan di peringkat ini seperti mana pada edisi terdahulu(2017). Terengganu berada di tangga kedudukan ke-3 dalam kumpulan Premier setelah mengharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan. Untuk rekod, pada edisi lalu peringkat suku akhir Terengganu berjaya menewaskan Kelantan dengan berkeputusan 43 berbalas 26 dan berjaya mara ke peringkat akhir menentang Johor.

Aksi finalis edisi lalu, Terengganu sewaktu menewaskan pasukan Kelantan(jersi merah) di peringkat suku akhir yang telah berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi finalis edisi lalu, Terengganu sewaktu menewaskan pasukan Kelantan(jersi merah) di peringkat suku akhir yang telah berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily


Kelantan kini berada di tangga kedudukan pertama dalam kumpulan Divisyen 1 setelah berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan ke-3 peringkat kumpulan. Untuk rekod pasukan Kelantan kali terakhir mara ke pusingan separuh akhir pada tahun 2014 di mana pada 2015, 2016 dan 2017 telah terkandas di peringkat suku akhir.

Sepanjang kempen Piala Agong 2018, Terengganu mencatat 1 kemenangan dari 3 perlawanan dalam aksi kumpulan Premier manakala Kelantan mencatat 3 kemenangan penuh sepanjang aksi untuk kumpulan Divisyen 1.
Kedua-dua pasukan ini dijadualkan untuk berentap pada 18 November 2018 nanti bertempat di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 0.768 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X